Saturday, 7 December 2013

Santa ker Gandalf

Semalam adalah Nikolaus Tag, iaitu hari Si Klaus datang letak coklat dan buah oren dalam kasut but sekalian. Sepatutnya kasut tu kena letak depan pintu rumah and pagi2 tengok la apa ada, tapi orang skang dah tak buat dah semua tu. Btw skul Jelita tadi ada la buat kecil-kecilan, and minggu depan dorang ada Krismas party tapi tak dapat la dia join, kita balik parti takperware kat kampung lagi best yer sayang.

I myself tak sure Santa Claus, Nikolaus, Weihnachtsman (father krismas) are the same or not, tapi dress code dorang adalah sama. Btw I heard Santa yang sebenarnya pakaian dia adalah all white, tapi coca cola canner buat promotion lama dulu tukar jadi merah, terus kekal merah sampai sekarang. Itu pun sebab tahun bila dah I pergi Kadewe Mall nampak Santa Putih ni, so dorang citer la... kisahnya. And Santa putih sebenarnya nampak lagi baik, macam Gandalf. Btw maafkan saya jika cerita ini tak benar, I am just telling what I've been told.

Cikgu JJ kirim beberapa keping gambar dia masa kelas untuk Oma kat kampung, so sweet. Ada kad hasil keras tangan budak ni lagi tau. Pasni confirm hari2 sebut nama kawan2 ngan cikgu dia tu, for sure.

I myself dapat jadiah notebook dari cikgu kelas, yer notebook yang tulis2 tu.. bukan yang touch touch skrin (*,*) Terima kasih cikgu.


Our flight tonight 21:50hr Etihad, transit Abu Dhabi aku datang mu tunggu, and will be arriving KLIA 8 Dec eta 21:30hr local time. Semoga perjalanan kami dipermudahkan ya Allah. Kalau tengok macam 24hours journey kami kan, hehehe kena tolak beza umur, eh beza masa Jerman 7hours dibelekang. Kak  Ros, kalau dan sambil tunggu luggage tu... jeling2 la kami kot2 sempat peluk cium kat airport. 

Friday, 6 December 2013

Salji Sekepal

Haru giler keluar umah tadi pagi, perasaan berbahagi jer nak tak nak pergi skul tapi memandangkan last day letter pun belum submit, terpaksa la jugak. Keluar pun agak lewat sebab angin kencang. Semalam dilaporkan ribut Orkan melanda Eropah, Berlin kena la jugak tempias sikit2. Tengok dalam news ada bumbung terbang pokok tumbang kereta pecah semua, in fact tadi pun tren tak jalan for a while.

Dah selamat drop JJ semua, I terus ke kelas macam biasa tapi mengharung angin kencang tu ya Allah.... tak tergerak2 I. Jalan pun sambil menunduk hampir rapat ke lutut la my kepala sambil pegang hud jaket, hampir melayang jugak la myself. And it was snowing. Snow yang macam ais, jatuh kemuka dengan angin kencang tu, sangat tak best and my nose pun mengalami pendarahan dalaman. Dugaan hari2 terakhir ku di bumi Berlin.

Balik dari kelas tadi pun tak nampak apa, snow lebat giler. But since suhu above 0degress, dia terus mencair once ke tanah, menyebabkan permukaan bumi basah dan berlopak-lopak air. Basah lenjun jugak la I tadi. Sampai jer umah terus panaskan sup tulang makan ngan nasi semalam yang tak hangat, errrr belum sempat I habiskan semangkuk kecik tu dia dah membeku balik lelemak nyer, terbantut nafsu kejap.

So, itu lah kisahnya kami hari ni. I tak putus berdoa semoga weather esok lebih baik dari hari ini. Semalam dalam berita tunjuk flight take off landing kat sini sedikit bergoyang ala inul kat atas tu terkedek2 melayang macam kapal terbang kertas, terus kecut perut.


Yups, dapat juga kami kepal2 salji sebelum pulang ke tanah tempat tumpah air kita, bak kata Puan Kutu.

Travel Light

Macam merentas cahaya gitewww hahahaa. Ada yang bertanya how I do untuk travel light kan, direct translate nyer melancong ringan gitu hehehe meh sini nak bisik meh.

First of all tengok la mana hala tuju kita, kalau balik kampung umah mak, pakai jer kain sarung ngan kurung kedah mak kat kampung, balik selai sepinggang lenggang kangkung jer haaa. See...senang kan. Tapi kalau nak travel ke tempat sejuk sejuk, harus la bawak extra jaket kulit rimau kulit boyo sumer tu, jangan lupa.

Honestly I tak reti sangat nak bagi tips ni, lain orang lain caranya... I consider myself as a minimalist, sangat2 simple. Btw some tips yang I rasa boleh share with u guys:


Clothes yang u dont see, touch or wear berbulan-bulan... tak perlu bawak (unless it is something special that u need for the trip like scuba gear or baju perantin, denggg).

Lipat and gulung baju bajan tersebut untuk jimat ruang dan juga kurangkan kedutan (am pretty sure ramai tahu ni). Just selit jer mana2 ruang kosong selagi boleh dengan stoking, scarf.. jangan letak setempat, better merata agar memenuhi setiap ceruk.

Barang kecik2 fragile pack elok2 buh dalam kasut yang nak dibawa sama, jimat ruang dan selamat disitu.

Shampoo or shower gel takyah la bawak, kalau perlu sangat beli yg traveller pack yg kecik tu jer, selain ambik banyak ruang, ia juga bisa menjejaskan segala harta benda lain yg bersekedudukan dengannya (pernah nampak ada orang pack shampoo yang besar giler tu ok).

Fashion atau style, lain orang lain cara pemakaiannya kan. If possible untuk travel... maxima kan kualiti dan minima kan kuantiti. I suka pakai jeans, senang dan flexible. Pack sehelai dua jer jeans dah more than enough tapi bawak banyak2 baju luar dan dalam sebab kan kena selalu tukar. Kalau u fashionista baju nak kena matching betul2 ngan kasut ngan bag tudung semua tu, mmg tak leh buat apa la.. angkut la semmmmuaaa.

Kasut.. u guys suka tukar2 pakai kasut lain2lain ker masa travel? Macam I sepasang kasut pakai masa fly atau dalam kereta then pack sepasang high heels just in case, and sepasang selipar jepun. Ala kalau kita on trip, yang penting selesa, melawa tu for me paling last la.


Ini masa packing untuk ke Berlin almost 2 years back. Dua butir tu jer beg yang diangkut, tu pun penuh ngan barang2 JJ, beg kecik tu letak sweater, jaket dia jer dah penuh. Masa travel ke Sarajevo pun sama, still need these bags sebab jaket baju semua tebal2. 


Packing herself bawak diri. Kalut kalau mengemas, dia la yang paling banyak menolong. 


I bet ur kids pun do the same (*,*)


*If travelling by car or jet sendiri, bawak jer sumbat semua selagi boleh, why not. Better to have more than less. Psikologi manusia ni, once kita tau kita ada benda tu, tak pakai pun takper... yang penting ada, kan kan kan.

*Another thing, luggage. Ada orang asal nak travel jer nak kena beli luggage baru. Kalau anda Paris Hilton, gasakla... actually sangat la tak perlu kalau luggage masih boleh dipakai, sebab deme airlines ni baling2 campak2 jer semua. Yet, lagi buruk luggage korang.. lagi orang respect. Well travelled.

Thursday, 5 December 2013

ADRIANNA SYAZ FIRST GIVEAWAY



GA.jpg

Syarat syarat

- Backlink kan banner ga ni atau tempek je banner ni. 
 - letakkan satu gambar hujan/titik hujan yang paling diminati.(tak kira la gambar ambil sendiri ke,gambar google ke,janji ada.hehe)

Wait wait, sambil tu moh layan lagu faveret me and my Abe di suatu tika dulu hihihi. Kalau dengar lagu ni mesti tingat dia, papa JJ pun dah tau dah lagu kami ni. 



Yes, it is "Rain Over Me" 


I ada masalah editing ni, naper ek gambar ilang masa I edit tapi I bila click preview dia kuar pulak. Mac gedik ni selalu tau buat ngada2 taknak accept format itu ini, kadang tu penat2 I edit surat formula wateva, bila hantar print kat kedai semua berterabur. 

Anwyhow, since I takleh nak edit sangat tang gambar kat bawah ni, terima lah.... persembahanku... 



Rain-rain-bi-29194799-400-300.jpg
Ini pun Rain jugak.. rain mata air hehe 


regen.gif
Relieve... love this one


face_in_rain.gif
This is oh so purrfect.. can feel the rain drops on my face. 




Psstt... maaf la I buat entry ni just to support u sambil memeriahkan suasana, plus am not sure the gambars will stay or not, so I tak nak u ambil kira penyertaan I ni yer babeh. Plus, I tak sempat la nak visit the other blogs and follow them, hope u understand I tengah lintang pukang ni.  

Have fun, viel spass!! 


*All images hasil carian google, sorry I lost tracks of those sites. Minta halal yer. 

Esok Jumaat Lusa Sabtu, Tulat Malaysiaaaaaa

Hehehehe harus la menghitung hari, tapi duk hitung jer la, satu apa pun lum settle ni. Semalam ke kelas surat cuti belum siap-siap jugak, kena buatkan untuk skul JJ jugak, not only mama's. 

Habis kelas terus berlari balik umah ambik buku Mutterpass (buku pink kalau kat Malaysia) sebab I patutnya nextweek check up perut lagi, tapi since tak sempat terpaksa la semalam laju2 ke klinik untuk update ujian tempoh hari and set new appointment for next year, haaaaa bertahun aku peknen kan.

Hari ni tak ke skul sebab ada orang nak datang cek letrik pemanas apa tah kat umah, kena standby. Heishhh time ni la nak kena buat semua benda kan, selama ni duk goyang kaki goyang badan takder satu pun hal penting perlu diuruskan. Takpa la, baru meriah kehidupan kalut2 gini :p 

Si JJ pun dah susun2 mainan dia sambil cakap this Eisya, this Anis... toyoyo jer macam la kau ingat kazen kau tu, berskype pun kelam kelam suram. 


Ini la budak berdua yang Auntie kamu yang cantik jelita ni tak sabar nak jumpa. 


Masa JJ with them, now JJ dah tak pacak2


First of all... lets have coffayyyy, errr tutuk better. 


*Lupa nak update wetter, katanya hari ni kemungkinan snow turun (sebelum ni pun ramalan duk kata lgu tu, tapi ramalanmu tak benar belaka). Mungkin dah turun semalam tapi mencair sebelum sempat jejak tanah. Sempat ker JJ bungkus snow bawak balik Mesia ni?

Wednesday, 4 December 2013

Peking Pecking Packing

Eksaited jugak la nak balik kampung, tapi apa satu pun belum packing ni. Last time masa zaman bujang I pernah nak ke Australia masa tu, flight awal pagi dah siap2 book taxi ke ariport, I sedar2 bukan alarm yang bunyi, abang taxi dah tunggu kat bawah, and nope, I tak packing apa pun lagi. Can u guys imagine? Nak ke Australia tu. Rembat jer apa ada depan mata cuci muka terus lari ke Down Under.

I jenis light traveler. If I am off for 2 minggu tu, satu bag galas kecik pun dah cukup for me. Papa JJ pun kalau bab bab packing ni dia serahkan kat I, tiga beranak satu luggage kecik dah muat, kata dia kasi dua beg besar pun belum tentu cukup for him. Haaaa tu la kau, tak tomakninah buat kerja.

Tapi...this time I still nak bawa luggage besar tu, bawak kosong pun tak per sumbat jer dalam plane kan, sebab balik ke sini I nak isi banyak2 barang heheheee. Segala rempah ratus barangan pantang larang, semua I nak angkut. Pokok nangka pun kalau boleh.

Amboi best borak, dah 6.20am ni JJ still belum bangun. I nak siap2 today pergi kelas (I hope) sebab nak isi form cuti and ciao amigos. Muehehehe see u when I see u guys. Bis spater.


*Sedih my Abe (abang sulong) kena ke Sabah in few days, maybe sempat jumpa dia kat airport jer. Serious sedih tak dapat spend time with him, after all these years... after all these distances.

Tuesday, 3 December 2013

Mu Tunggu JJ Datang

Niat di hati nok beli udae... lalala lalalaa (tau tak lagu Joget Kelantan by Nora)
Sungguh menaghik... taghi Melayu, seni asli indoh dipandae.. lengge lenggok ghacoknyo taghi... ok cukup.

Nak cakap satu benda jer sebenarnya, tp intro tu penting wei ambik feel. Kami akan pulang ke tanahair tercintooo. Pada yang sudi, kita jumpa di saaaaaanaa. Badummm tsssssss.

Hehehe gedik as usual, tak rancang tak plan apa2 tetiba terdetik macam best jer kalau dapat balik kampung pulun makan sesedap rasa hohoho. Maka, akan bertolak la kami pada 7hb Dec 2013 untuk bermastautin di Malaysia selama sebulan lebih lebih semalam baru I book tiket siap ponteng kelas. Takder any perancangan, we won't travel around much pun will mostly be in Kota Bharu and maybe KL kalau ada rezeki. See how...


JJ says, "Taming...taming". Ada sesapa nak teman JJ main ujan?

Kaki tu nak silang manjang, kat potty nak berak pun bersilang otey. 


Omg omg excited giler now, baper hari jer lagi ni wei hohoho then explorace begins. Insya Allah mudah-mudahan lancar perjalanan kami, amin amin amin. Today pun I nak ponteng kelas lagi nak start packing (I doubt so sebab I kalau tak ke minute yang last, takkan pack nyer).


Monday, 2 December 2013

Budak Pelat "K"

Seperti yang disaran En. Azstory supaya buat kamus pelat versi JJ untuk rujukan sendiri one fine day.. so I nak catat kat sini pelat budak ni yang kelakar bila dengar.

I nak clearkan dulu, kami memang tak guna baby talk with her, in fact dari kecik pun kami tak biasa agah2 dia macam baby baby, but  communicate macam orang dewasa hahaha. Bapak dia lagi la, kalau budak ni nangis boleh dia tanya "what ur bf do this time?" walhal budak tu baru umur 3 bulan, tak leh blah.

Anyway... here kamus pelat JJ versi K.


Tol (cold)
Lari-lari lompat ke sofa tarik selimut sambil jerit "tol tol tol tol".


Tam (come)
"Tam tam" sambil tarik tangan I bila nak minta I ambilkan sesuatu. Kadang-kadang dia berdiri depan pintu jari kuit-kuit (errr tau tak kuit tu apa) panggil I dengan tam tam dia tu.


Topf (Kopf)
Kepala dalam bahasa German. Suka menari letak tangan atas kepala gaya Bollywood tapi disebutnya Topf la, ini dia belajar kat sekolah kan depa belajar melalui nyanyian.

Otay (Okay)
I suka kacau tanya dia ok tak, bila dia cakap Otay of course la I bantai gelak. Dia pun suka tengok I gelok, pastu duk otay otay la manjang. Macam terbalik jer kan peranan mak ngan anak kat sini, memang selalu pun macam ni, I kan baby to JJ.

Tiss (Kiss)
Sangkut bag kat bahu, pakai kasut papa datang jenguk I kat kitchen muncung2 mulut minta Tiss sebab dia nak kuar beronggeng, kononnya.


Tapi... nak kata dia pelat "K" pun tak jugak sebab Kakao elok jer dia sebut, atau Kaka (poo), Car pun ok jer. I rasa dia ni ikut senang, ikut sedap dia jer nak sebut canner, toyoyo jer. Gasak jer la JJ oi.


Pulun kupas buah untuk Mama, rajin nyerrr! Papa dia pulak duk pam suruh I makan laju2 sebab si JJ busy "reload", semput mak kau ni telan limau tau. 


Nah sengih sebijik. 


Sunday, 1 December 2013

Pesta Kito

Yayyyy semalam finally ketemu jua kami teman segera senegera senegara Malaysia di rantau ini, wieeeee!! We met Huda and family seperti yang dirancang, terus ke pesta muda mudi hehehe joke joke, ke Weinachtmarkt aka Pasar Krismas yang berlangsung di musim sejuk bangat ni.

Seronok sangat ok, tapi fenin sikit la ramai sangat orang agak payah nak gerak berasak but still we had so much fun dalam hujan renyai2. Baby nyer Cik Puan Huda ni sangat la baik, langsung tak dengar dia bersuara till dah hampir nak balik tu, marah kot tak dapat tidur dengan aman. Kakak dan Abang nnt nextime mesti lagi kamceng ngan JJ, semalam dak Jelita ni malu2 kucen.


Tadi pagi kami usik Jelita, kami panggil-panggil cari baby kononnya... dia datang tepuk peha I sambil satu jari telunjuk tunjuk kat dada dia "heyo heyo" (hello). Yer, dia la baby nyer... kot2 I tak nampak cehh.

Thanks guys yang wish and also for the petua, Alhamdulillah I am much much better now. Dua malam berturut2 berpesta harusla cepat sihatnya kan hahahaa. Btw the other night lepas dapat petua dari Cik Aisy, I terus la ambik Tiger Balm (bukan Vicks seperti yang disarankan) letak kat tapak kaki, dada and sekitar hidung. Menangis tak berlagu selama 10minits panas pedih pasai kat area hidung tu kan dah menggelupas kulitnya.

Then semalam ke Apotheka (farmasi) nak cari ubat atau bon bon untuk legakan gatal2 tekak ni, but then katanya takder any for ibu mengandung, so depa bagi Balm jer macam Vicks tu. Ok la, lega jugak pakai yang ni coz tak sepanas brand rimau tu kan. CikSue nnt nextime kalau selsema lagi I cuba petua u buh Vikcs dalam air then hirup, eh hidu. Again, thank u all love u much much much.



Btw sorry pictures semalam belum transfer so I letak this one from Winter Traum last year, same place... different faces (*,*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...