Monday, 30 September 2013

Berlin Marathon, JJ Kepenatan

Rekod Marathon terbaru berjaya dicatat dalam Berlin Marathon semalam, kagum I tengok depa ni lari. Kenyans ni siap boleh senyum beramah mesra semua la masa tamat larian tu, kalau I... saper datang dekat aku cepuk. Hahahah tu pasal I tak pernah menang :p

Jalan depan umah kami ni pun antara laluan marathon so tergedik2 la 3 beranak dalam sejuk turun tengok. Dari tingkap umah pun boleh nampak tapi tak feel, nak bertepuk sorak dalam umah kang kata giler pulak. JJ biasa la merempit jer ke mana-mana, wahh siap tepuk tangan sambil kayuh basikal dia tu, dah terror dah sekarang. Ok meh layan gambar meh. 








Masa kami lepak kat bridge sebelah group pancaragam tu, kuat gila terasa bridge bergegar. Seriau tau. Then I terfikir macam mana dorang berlari marathon Penang Bridge every year. Tak gegar ker? Jangan la berlaku perkara tak diingini, touchwood. 

*JJ kepenatan sebab balik jer dari tengok orang berlari, dia pun semangat berlari dalam umah. Sepanjang hari. Dengan tangan kaki macam2 gaya marathon dia buat. 

Friday, 27 September 2013

Tajuk Surat

Ohhh baru I jelas akan surat Siti Hajar untuk PM ni setelah research dibuat.. bravo to u sista!

Tu la I duk baca-baca berkenaan surat beliau ni kan, baca sekali dengan komen-komen hat duk ada tu, menarik. Banyak yang sokong, ada jugak yang marah yang katanya golongan belia sekarang terlampau manja la apa la. Ok fine, setiap orang berhak memberi pandangan dan pendapat masing-masing.

Honestly, sejak I duk bertapa kat Berlin ni... I lebih banyak fikir dan kenangkan Malaysia. Kalau dulu I tak kisah pun hal ekonomi negara semua, hidup ala kadar, ada... ada. Takder, diam. Kalau kita tengok embentangan bajet yang dibuat sister ni, its based on midde class kan, tu pun dah macam nyawa-nyawa ayam jer dah. And kat KL tu berapa ramai yang dapat gaji lebih rendah dari tu? How about those yang salary rm800? Ada.... ramai. Owhh dapat BR1M yer?

What makes me think more of Malaysia when am here? Ok let me cerita secara ringkas berkenaan taraf dan kos sara hidup kat sini.

Gaji untuk golongan lower income kat sini pun lebih kurang Malaysia jer... even dapat in Euro, tapi spend in Euro jugak, sama jer. So gaji 800-1500 euro untuk golongan ni memang cukup-cukup la kiranya. Harga barang-barang kat sini saya pun tak tau nak cakap mahal ker murah sebab ramai yang dah bising katanya harga meningkat 20% berbanding last year. Contoh harga barang yang bukan luar biasa atau special brand.

Carrot sekilo: 90cent
Susu segar 1 liter: 45 cent
Ubat gigi: bawah 1euro
Rokok sekotak: 4.50euro (considered mahal, so ramai yg hisap rokok gulung sendiri)
Ayam sekor: 3-4euro
Buah Oren sekilo: 2euro (maybe sebab import kot, barang2 Asian pun boleh tahan harganya, yer la...import kan)

I selalu kalau masuk kedai jarang sangat la nak spend more than 20euro. Itu pun 2 kali seminggu shopping kalau I rajin. Bab baju bajan pun, 20euro tu kira mahal dah la harga nya, dah cantik sangat dah. Kalau nak yang basic biasa-biasa 3euro tu berlambak duk ada kualiti ok cuma pesen jer la tak "IN" kata kau.

Harga minyak kat sini bukan di bawah kawalan, so every stesen boleh ikut suka hati depa hari ni nak letak harga berapa esok berapa, but mostly still bawah 2euro seliter tapi masih dianggap mahal dan memang tak ramai yang pakai kereta kat sini walaupun tiada tol dikenakan. Sebab tu mat salleh kalau ke Malaysia depa merempit pusing negara sepuasnya sebab minyak macam almost free kata depa. Jangan ada marah I pulak ni, bukan I yang kata ok.

Bila kita compare harga barangan dengan gaji lower income memang cukup la kan. So middle class kat sini kalau monthly gaji 3ribu euro ke atas memang kira kaya hidup mewah dah la, nak tukar iphone every month pun boleh, eh?

Yang ada anak pulak, kerajaan jaga welfare anak-anak bagi elaun semua. Medical kat sini pun free. Tapi.... orang kita sanggup ker, tax tinggi giler! And wajib bayar health insurance. Other than that, negara sini antara yang paling rendah korupsi. Hmmm bab ni memang payah nak buat kat Malaysia.

Nampak tak apa yang I nak kaitkan kat sini? Huhhhu I sendiri pun tak nampak.


* Honestly I malas sebenarnya nak citer bab-bab ni, nnt korang cakap "kau duk sana diam-diam sudeh". Ngeh ngeh ngeh tapi I tetap nak citer tak banyak, sikit.
**Kalau nak nampak jelas perbandingan yg I cuba nyatakan ni, jangan nak kalut convert harga dari Euro ke RM.. just look at the number, not the value. And after that pandai2 la nilaikan.
*** I ni dah tak golongan belia, so takder la beriya I nak sokong pun hehehehe.

Wednesday, 25 September 2013

Antara Matyo dan Matyeh

Semua orang kenal Matyo skang kan, hehehe walaupun yang sebenarnya Matyeh lagi lama femes sejak dari zaman Jaafar belum tonggek. Ok I takmo cerita pasal bini nyer si Matyo sebab benda ni sudah terang lagikan bersuluh, I cuma nak zahirkan rasa kagum pada rakyat kita yang sangat prihatin ni.

Ramai yang bersuara mengkritik menyokong menubuhkan kelab semua la yang melibatkan kes ni dan tak kurang yang membela dan menginterview pakcik guard tersebut (by the way, I respect u la pakcik). Bagus.... sangat bagus. Imagine yer dalam satu hari, oh tak sampai.. dalam few hours jer dah beribu2 "LIKE". Yer... bagus tu.

Dalam ramai2 duk "LIKE" tu pun, boleh tahan jugak orang nya. Takper... Like jer pun, benda tak mudarat malah mendatangkan manfaat. I pun "LIKE" it myself. Cumanya... I hope kamu bukan tahu klik "like" semata yer sayang-sayang semua... sambil tekan-tekan like share semua tu, mari lah sama-sama muhasabah diri. Jangan kes bini Matyo yang orang nampak terang-terangan kau kutuk kemain, yang kau sendiri perangai macam haiwan peliharaan Matyeh sama jer kurang ajar nya (dengan orang tua).


Kalau I nak buat kelab antiwifepoyo, ada tak orang "like"?
I cant help myself, tapi antara Matyo dan Matyeh, jauh beruntung si Matyeh.
This post may/can/will be removed on matter of time ;)
Sorry dont ask what happen to me, I dont know myself (or am just being a true self).

Monday, 23 September 2013

Ada Apa Pada Kereta

Yer...kereta. Seketul besi yang datang dengan empat ketul getah bergolek-golek yang digunapakai masyarakat zaman moden sebagai sistem pengangkutan darat dan juga ukuran status individu "owh anak saya kerja, dah pakai kereta". Pernah dengar tak ayat bangga seorang makcik apabila anak beliau "berjaya" begitu? Dalam drama Melayu berlambak ayat tu. Persoalannya, kereta adalah penting abad ini... tapi adakah ianya satu barang keperluan wajib milik?

Dua persoalan sebenarnya...mampukah? Dan perlukah? 

Repekan ini menolak tepi kumpulan "wajib-ada-kereta" seperti mereka yang berkeluarga, keperluan kerja, kaya raya, etc, dan fokuskan kepada mereka yang single kerja cukup-cukup makan dan sudah mempunyai seketul motorsikal. 

So kepada golongan disebut. Yang mu gedik nak beli kereta pasai apa? Mu betul2 mampu ker? Mak pak mu kalau memang kaya raya duit tak luak tengok LuiBeton pun tak selera nak beli dah, takpa la. Tapi kalau takat mak pak pun kais pagi makan petang, tak payah la kot nak berkereta bagai, elok duit tu kasi mak pak mu biar suka hati orang tua tu, dapat jugak merasa hasil anak boleh la berlibur sikit sambil meniti hari yang bersisa. 

Kalau pakai motor jer pun cukup bulan poket kering, tak payah la beli kereta. Tangki kereta tu lagi besar dari motor wei, lagi parak nak isi. Memang, ramai orang mampu beli kereta sekarang ni. Tapi belanja untuk kereta tu mampu ker? Minyak la, servis la, tol la... parking la, ni belum kira part mu nak ganti shoemaker speed deghah2 berlumba ngan polis, darah muda la katakan. Tu semua nak kena fikir. Jangan duk nak ikut orang ada, kita pun nak ada. Jangan.

Esok kang kalau la terbeli jugak kereta tu, mu nak tengok jer ker benda tu duk parking depan umah, nak bawak peluk tidur? Tak la kan. Mesti la nak bawak ronda-ronda kota raya, alang2 ada tempat kosong, mau penuh dengan awek mu nak isi lam kereta, takkan merendek sorang-sorang lone ranger. Dah keluar tu confirm jugak la isi wallet terbang melayang. 

Fikir la banyak kali sebelum nak rembat sebiji dua kereta. Mampu kah, perlu kah. Aku royak ni benda basic, nak guna tak nak guna ikut mu la. Orang-orang kat sini muda bergaya takder hal pun guna tren, ber-kot ber-tie pun sempoi jer kayuh basikal tua. 

Mak pak pun satu. "Anak saya kerja, dah pakai kereta". Hmmmm.... pakai la, pakai. 

Monday, 16 September 2013

Hari ini Hari Malaysia, Esok untuk Saya

Owhhh ramainya kata I garang disebabkan my previous post. Tidakkkkk..... I tak garang ok, langsung tak. Cuma nakal jer sikit. And kisah my Abe and me takder ending nya, yer la... still on going kan. We still create new memories even dari jauh.

About that Minahci, of course la dia bengang bila I buat lagu tu tapi takder kemalangan jiwa yang berlaku sebab dia terus tepek balik nandek tu kat dahi and kami pun lari masuk rumah nyorok bawah kerusi hihihi. See... kalau I garang takkan nak lari. And I juga bukan jenis gangster caap jerit2 jalan kengkang2, I lemah-lembut sangat sopan santun orangnya... berjalan pun tak pijak semut.

Cerita-cerita sweet, spicy and sour me and my abe nanti I kongsi lagi pasni, today I just nak wish Selamat Hari Malaysia!!! Saya sangat bangga jadi orang Malaysia walaupun saya tak tinggal di Malaysia. Kita sangat bertuah kerana negara aman harmoni dan kaya dengan budaya, hidangan, alam semulajadi dan pelbagai lagi (dah macam cerpen budak sekolah kan). Hehehe no need for me to elaborate more, we all know that we are very lucky right :)

Selamat bercuti dan semoga hari ini diraikan sepenuhnya. As for myself, hari ini juga saya menghitung waktu untuk umur menginjak ke usia yang baru... semakin muda adanya (^,<)

Thursday, 12 September 2013

Abe oh Abe

Since JJ dah ke kindie ni kan, I duk teringat time I tecit-tecit dulu. I tak pernah ke Tadika, terus masuk sekolah darjah 1. My abang jer yang ke tadika. Amboiiii eksen mamat tu dapat ke tadika... lagi-lagi arwah abah belikan dia jam yang ada lampu tu kan, balik jer sekolah terus memerap bawah katil (tempat gelap) sebab nak tengok jam. So... I yang tak tadika ni duk umah la main sorang-sorang, adik2 I yg lain semua kecik2 lagi time tu, tak best kawan ngan depa hahahaa sampai I sanggup lepak tepi pagar tadika my abe tadi tnuggu dia habis sekolah. Kesian tak kesian.

Pastu kan, ada la sorang budak minahci ni macam bermusuh jer dengan Abe. Umah dia atas bukit belakang umah kitorang, memang dia kena lalu depan umah kami la kalau nak kemana2. Sekali tu lepas my abe mengadu yang dia gaduh ngan minahci tadi, I tunggu budak, jumpa dia I cabut dia punya "nandek". Apa ek orang panggil yang lekat kat dahi tu? See... jahat kan I hahaha. Kasihnya adik pada abang ok. Bila besar ni (sebelum kawen) I pulak apa2 hal semua I call Abe, demam sikit pun ngadu kat dia, bertumbuk bergaduh pun cari dia.....

Alamak. Tetiba sebak pulak bila duk teringat ni. Nanti la I continue. Ciao.

Monday, 9 September 2013

Dating... Skuter

Hujan lebat sungguh masa hantar JJ ker kindie tadi. Walau sebelah umah jer...mengah jugak ah dukung budak ni sambil pegang payung (sambil perang sebab dia kalut nak pegangkan payung). Boleh jer sebenarnya buh dia dalam stroller serkup ngan cover tu kan.. tapi... malas.

Last Friday Papa JJ off, first time ever we got to spend a day berdua-duaan tanpa kehadiran orang ketiga muahahhaa. Yups, selepas 2 tahun lebih, akhirnya! So we went out dating la apa lagi. Jalan-jalan pegang tangan macam orang baru bercinta ngeh ngeh. Tinjau-tinjau market window shopping... pastu makan-makan. Syok nya syok nya macam orang tak der anak, namun... namun.. sepanjang masa sepanjang jalan "Jelita" melekat di mulut both us. Makan walaupun enjoy licin pinggan tapi hati dan minda duk ingat kat JJ jer. Come on, first time I keluar bersantai without her, ok.

Masa jenguk-jenguk kedai kami ternampak kasut dan mainan longgok. Yer kami beli jer barang longgok, takder duit buat cara takder duit ;) So ternampak boots ni cantik, rembat. Harga pun murah, and nampak pulak minah scooter pakai batteri pun rembat jugak (untuk mengubat rasa bersalah dating dengan papa dia).





See... semua orang happy (^.^) yayy!!!!

*JJ takut bila scooter gerak, siap nangis2 la bila scooter tu menuju ke arah dia. 
**Boots, scooter mainan plus batteries = 11 euro.  I rasa makcik kedai tu silap kira la sebab by right boots tu jer dah harga 8 euro. I pun dah sampai rumah baru perasan. Tapi makcik tu pun satu... sibuk kelentong jual batteri kat kami, kan sendiri rugi. Errrr kalau u guys, patah balik ke kedai tu tak? 

Thursday, 5 September 2013

Aku Kayo!!!!

Koya mu ni (Kelate for perasan kamu ni). I kan kaya budi bahasa (^.<)



Sesi pecah tabung. Haaaa gigih I hitung and gulung syiling satu persatu. Dah macam takder kerja sangat kan? Well, itu lah hakikatnya. Dah lama nak bungkus syiling ni semua hantar bank, tapi mustahil la I nak buat with JJ around kan, so now is the right time for this.



Siap separuh, tak dapat nak gulung semua pasai kertas bungkus dah habis, nak kena ambik lagi from bank. Tabung tikus pun belum buka lagi ni.

2sen,5 sen... semua nyer ada nilai hatta 1sen sekali pun, apatah lagi 20sen. Opsss. I do that "keep the change" thingy sometimes tapi I selalu confuse. Nilai syiling paling besar adalah 2euro.


p/s:  Semua duit ni adalah hak milik JJ sendirian berhad, dia la yang collect masuk tabung tikus yang Uncle Chef dia bagi. Also, uncles wajib bagi coins setiap kali visit. Bagus sistem menabung JJ ni.

p/ss: Masa kat Malaysia I simpan note RM5, U will be surprised to see the amount collected in a year time.

p/sss: About JJ's masterpiece in my previous post, we use canvas for the painting. Much easier to do berbanding kertas, from my beginners experience la. (^,^) Have fun with your kids mommies.

Wednesday, 4 September 2013

Untuk DiJual

Yer... for sale, harga boleh runding. 


Agak-agak berapa boleh dapat yer? Bukan di atas ni, itu gambar artis nya. Ni ha master piece by JJ. LAma dah buat, before birthday dia lagi. Sajer gatai nak sepah umah. Actually just stamp kan tangan dan tapak kaki dia jer, kalau boleh nak stamp bontot sekali tapi tu pun dah habis bergusti nak dapat yang ni. Comot. 




p/s: This is not for sale tho. It is a tanda aras tumbesaran beliau and a memory to keep (^,<)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...