Sunday, 30 June 2013

Tentang KITA

KITA, atau kindergarten... I pernah tulis about this here.

Dah berapa lama kan, we've been going around asking for a place with no luck. there is no enough kindergarten in Germany at the moment, itu yang jadi masalah sampai ada yang bertahun dalam waiting list.

Those yang concerns even doctor to JJ pun selalu tanya about the progress, dah dapat tempat ker belum and  gives us some news and updates in case ada rezeki dia and tell us not to give up but  keep going and keep asking. Ada few places but very far from house, yer la kalau dah takder other options, terpaksa la turun naik tren untuk budak ni ke sekolah. Summer time ok lagi, jam 5pagi dah cerah... tapi masuk winter nnt naya tau (ala orang lain rileks jer :p)

Every now and then kami terjah those tadika sekitar kawasan, update, bertanya, berharap. JJ herself setiap kali lalu depan tadika dekat rumah ni, mesti dia pecut panjat tangga kat situ and melekap kat glass door intai ke dalam... penuh dengan harapan.

Semalam, we received a call. Yes, they have one place available. Alhamdulillah, berkat usaha (muka tebal tak malu banyak kali tanya tanya tanya) dan doa, we got the one yang right next to our rumah ni and this coming Monday we're going to melawat kawasan sekolah.


Nanti boleh merempit ke sekolah yer... pergi sendiri jer (^,<)


Tuesday, 25 June 2013

Nangis Jugak Uncle Taf Kang

Salah ajaran atau silap fahaman, parenting for sure is not an easy task.... lagi2 dari parents macam kami yang siawella ni.
Jelita ternampak kat tv ada mamat ni duk tayang six pack beliau, dia pun apa lagi terus tunjuk-tunjuk cakap "owh fat owh fat". Kalau la mamat tu dengar, susah payah mengetaf kan badan tahan makan bina badan ketak-ketak tapi budak JJ cakap "fat", harus menangis dia.

Kisahnya.... I selalu cakap "owh fat!" bila dia selak bajunya tunjuk usap-usap perut, as a joke.

JJ pun six pack jugak... maaf la she a bit cekci since cuaca panas lately. 


So.. I guess JJ understood "fat" as perut, kot. Sebab everytime dia nampak perut dia cakap "fat", and bila I tanya "who's fat?" pun dia tunjuk perut dia (kalau tunjuk perut mama sah2 ada yang meraung nanti). Just I wish dia tak tuding-tuding jari cakap fat kat orang yang boncis right to their face. In the meantime, I am teaching her the right word tummy, belly, bauch, peyut.. joking la....perut!!!


*In case ada yang curious, JJ tengah makan mama's homemade Swedish meatballs ala Ikea, yummeh! 
*Buncit itu bergaya (^,<)

Monday, 24 June 2013

Zaklina


Asalnya nak tepek gambar budak ni jer, then tadi tersampuk dek Bundle memperkatakan tentang trend nama-nama anak zaman ini, terus terpanggil untuk bercerita sikit (^,<)

Sambil tu, layan dulu gegambar budak gedik ni. 








I have nothing much to explain on what's behind or maksud JJ's name, just happened before pregnant lagi dah gedik suka sangat nama Jaquelina. Itu sahaja. 

 Nama ni agak common among Balkanese, but they pronounce it as Zaklina. That's how they call JJ back in Bosnia. 

Jelita pulak tak berkenaan sinetron Indon tu pun, yet sangkut sudu paut garfu. Actually I nak nama ada bahasa Melayu (dah takder nama Melayu yang lebih elok dah ker?) eeiii suka hati la (^,^)



I dont want to talk about meaning whatever, my own name pun takder meaning even Melayu habis. 

Saturday, 22 June 2013

Ceri Berri Lady

Tau kan lagu Cherry-cherry Lady by Modern Talking. Saya sebenarnya dihantui oleh penyanyi nya.. si Dieter Bohlen, dia kan mamat Jerman and everytime nampak muka dia, lagu tu mesti terngiang-ngiang kat telinga. Lawak weh tengok dia serius bicara kat tv tapi I duk bayang dia memuda dulu terhenjut-henjut nyanyi lagu tu.

Cherry Lady, tiada sangkut mahupun paut dengan si Dieter. 


Lihat perutku, buntal kan...
Suka dia ceri, sekilo per hour habis pulun sorang diri


Bila JJ bedal ceri, setiap kali tu jugak lagu tersebut merasuk-rasuk my jiwa. Pastu terhenjut-henjut nyanyi macam sewel (part ceri ceri leidy tu jer I tau).


*Baru saya tau one of the Scorpion member adalah juga oghe Jermeng.... sekappung.
*I prefer She's Gone by Steelheart to this Ceri Berry Lady tho.

Do not worry, I belum sakit jiwa (^,<)

Thursday, 20 June 2013

Agar Tak Agak

Its hot hot hot over here, 32 darjah celcius most of the days sampai si JJ naik ruam, cemar peluh omputeh kata. Then that day ternampak Cik Hainom Okje buat agar-agar gula merah tu kan, punya la terliur menggelungsur jer di tekak sejuknya... imaginasi ku semata.

Semalam. Tanpa ragu tanpa muthu... I godek apa agaran yang bisa dibikin since I still have serbuk agar-agar dalam peti gobok. Actually my favourite adalah spesis pandan bersantan, lantas call my mom. Settle... JJ tolong catatkan resepi segala, tapi malas nak keluar tengah membahang untuk dapatkan pandan, I ubah plan, buat style gula hangus instead.

Godek-godek ketung ketang dengan JJ sibuk pukul telur, mama pukul dia, JJ buang telur, mama lempang dia... maka siap la adunan agar-agar berkenaan, tunggu sejuk dan beku jer. I ni bukan jenis reti sabar, kalau boleh nak tunggu tengok proses agar-agar tu mengeras. Papa JJ tarik kami ke playground sebab dia kesian tengok I kejap-kejap cek dapur kejap-kejap cucuk periuk, plus dah redup sikit time tu.

So, balik dari main-main terus terjah peti, cair loley loley macam pengat jer.

Di manakah silapnya? Adakah kerana I main taruk jer air tak ikut sukatan, atau sebab JJ yg kacau kacau kacau?

Wednesday, 19 June 2013

Gwiyomi-ish Gwiyomi-er

Presenting.... Gwiyomi by none other than, who else... Miss Jelita Jaquelina. Kalau mama dia yang buat, itu buang tebiat namanya, kome pun tak koser nak layan (^,^)


Cucuk-cucuk jari, cucuk-cucuk mata, cucuk cucuk langit. Simple jer kekdahnya. 


Here we go!



This is the girl whom JJ loves so much... Gail Sophicha, so gwiyomi!!



Asal video tamat jer, JJ terus tarik my hand letak kat touchpad minta tekan play again and again and again. Bila I klik on video lain, takmo dia... nak this girl jugak. 


*Musim gwiyomi dah nak habis, si JJ baru tergedik2 mencomel, dia kan busy main tenis dan masak-masak dan kemas rumah (^,<)
*I do wonder fenomena apa la pulak pasni ek?

Update on Obama visit, he spend 27 hours and 14 minutes di Berlin dikelilingi 4 ribu bodyguards. Wahhh kalahkan JJ nampak. About me prep sambal belacan for him was a joke only la... bayang dia pun tak nampak, usahkan batang hidung  (^,<)

Tuesday, 18 June 2013

Tentang Tennis Tonggek Tungging

Saya tak reti main tenis, minat pun tak. Pernah dulu masa lepak ngan my fren yang gila kentang kan tenis dan Federer itu idolanya, I dengan kurang bijaknya buat lawak;

Me: What is this guy's name again?
Fren: Federer
Me: Federer Loser?
Fren: Federer Roger!!!

Dia tak bercakap dengan saya untuk berbulan lamanya selepas tu. Badum tsssss.


Then, my mak mertua.... sangat-sangat suka tonton tennis. Her hero is Nadal. Sanggup berjaga tak tidur sampai ke pagi kalau mamat tu main. Kalau tanya tak nak tidur ker? Her respond was,
"Nadal!!"
(I rasa irrate gila tengok Nadal punya pre-serve ritual.. tarik suar celah bontot, selit rambut ke telinga few times etc then baru nak pukul bola. Heishhh.... ok fine he is much much better than me succesfull talented bla bla wateva.)


So... tadi si JJ dapat senduk main masak-masak cam biasa. Tetiba, dengar  lantunan bola plastik sambil dia jerit2 gembira... agak luar biasa sebab she was alone. Busy "serve" rupanya. Senduk mama boleh jadi raket tenis gitew. Itu la papa nya, pasang lagi Sport Channel  whole day. I nak anak I jadi angkasawan ok.


*Mak mertua saya boleh layan sport channel dari pagi ke malam. Uwwaaa.... no no, kami tinggal berjauhan, there is nobody's influence on JJ's action other than TV solely.

Psttt.. Obama datang berlin hari ni, beribu bodyguards untuk dia katanya. I will be busy preparing sambal belacan for him (^,<)

Monday, 17 June 2013

Jalean-jalean Rowti Perancheese

Haaaa slang gitu, walhal roti kewring jew. Bukan nak citer cara2 buat roti yer kawan-kawan, hanya gegambar perjalanan ke kedai roti dengan si gedik genit ni.

Let's go!







Kalut nak pikul Baguete yang lagi panjang dari dia. Roti fresh ni kami cecah olive oil ngan Balsamic Vinegar jer, sekali hadap, yumm yum. 


How do u like your Baguette? 

Friday, 14 June 2013

US Barbie in the House

And a half Malay barbarian aka Jelita. So, today ke Rumah Barbie telah kami singgahi. Tak masuk pun, lepak ngopi jer with our guest yang comes all the way from US, papa JJ nyer anak buah. She was very excited to see this Barbie House but too bad for her, lil bit rush. To pay so much fee untuk masuk few minutes macam tak worth it jer pulak. 

But then, sempat jugak snap lotsa pictures around there. 


See those kalerful apartment, rumah kami situ jer.. kentut JJ pun boleh dengar dari sini. Even so, ni firstime jejak kaki ke halaman rumah Cik Barbie. 

JJ harus la melekat ngan kakak dia tu. 

In the cafe, semua pink sakit mata nengok. 

Gambar terpaksa di-HDR kan baru nampak orang nyer. 

Fetish nuff? Hehe

Anak Barbie? 

Ucapan selamat jalan dari Romeo, in pelbagai bahasa. 

Fascinated

Jelita yang too excited berlarian berlompatan tanpa arah

Yippie... I was here

Yeah, we were here

Main entrance, disambut beratus Barbie in red. 

Ini baru kawasan luaran tak berbayar, bayangkan dalamnya macam mana. I myself not a fan or Barbie or pinky stuff, so I dont care much. JJ la duk try menyelinap masuk few times siap guling-guling nak stay sana. Get your 15euro then u can ya sayang (^,<)

*Papa JJ faham apa itu babi... Tetttttttt

Wednesday, 12 June 2013

DIY: Pencuci Pinggan Mencuci Segala

Cara seronok membersih perabot dan sekitar rumah, hatta jamban juga.

Dengan menggunakan cecair pencuci pinggan mangkuk ayun, buh sikit dalam spray bottle campur air dan spray la satu umah, lap and tadaaaa. Those yang dah tahu and gunakan cara ni, bravo u ;) those yang baru tahu, u are wellcome and those yang tak tahu and tak mahu tahu, bravo juga.. I pun tak kesah mak esah ooi.

Mereka yang ada anak kecik especially faham la kenapa saya menggunakan spray buatan sendiri ni instead of pencuci yang dijual dipasaran. Not only kewangan-wise, but its more to kepuasan dan ketidakraguan hati mengetahui bahan yang digunakan selamat dijilat kekanak. Ok am not saying pencuci pinggan tu selamat di-consume teguk glup glup, but we use it to clean our tepak hidangan kan.

Other than that, bahan perabut pun takla rosak kena sental habisan pakai benda ni. Persekitaran pun tak menjejes berbuih merata, kang ada yang berenang kuak lentang atas daratan time mama mencuci.

Efektif dan praktikal. Dengan itu, boleh la menari-nari sambil mencuci rumah bila hati penuh keriangan. Itu sahaja ceramah saya pada kali ini, kita jumpa lagi di masa dan waktu yang sama. Adios amigos, ciao bella i bello, tschuss.


*Cecair buatan sendiri ini juga dipanggil all purpose cleaner.

Update Nota Tambahan
Campuran ini tidak disyorkan untuk lantai, unless u guys wanna bilas many many times... not only its slippery yet floor surface wont look that nice anyway, macam kusam gitu kaler dia nnt. For lantai I use mix of cuka makan, water, and few drops of essential oil ( I posted this recipe a while ago). Happy trying ;)

For toilet, can use this dishwasher mix kat area luaran mangkuk jamban, sinki and the rest, bahagian dalaman tu kena sental pakai Mr Taf aka Mr Muscle hokkay hahah.

Saturday, 8 June 2013

Boleh Pegang-pegang


I bet semua orang tau kan lagu Kalau Berpacaran




Papa JJ yang tak faham Melayu yang minat sangat sangat dengan lagu ni. Selalu dia nyanyi2 sumbang dengan lirik lintang pukang, and selalu la I cuba betulkan bahasa beliau, sambil jelaskan intipati lirik nya haha. 

How he sings: Jangan pandang-pandang, boleh pegang-pegang
Real song: Boleh pandang-pandang, jangan pegang-pegang
Selepas pembetulan: Boleh panggang-panggang... 
Ok la, ada improvement kan (^,^)


So, bila duk dengar and menghayati nya many time, melekat pulak. Lirik lagu tu sendiri memang indah dan penuh nasihat dengan irama yang sedap didengar. 


*Takder motep, just wanna get loose. Selamat berpacaran ya'll. 

Friday, 7 June 2013

Pisang Emas Dibawa Membayar

Bayar Bayar Bayar!!

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang apa pun harus dibayar
Jangan semua bawa mati

Rosak pantun... haishhh malas nak kupas isu.


My nenek pernah pesan, kita harus menuntut sesuatu hutang sebanyak tiga kali, or else kita yang bersalah... bukan si pemiutang. Tok pehe takpo, not importeng.

Tapi.... macam mana? What do u do bila orang liat nak bayar hutang? I Angah jer, bukan Along huhuhuhu.


*Dua kali sudah ku tanya, dan kedua kalinya juga kau "ntah mak aku". Aku sebolehya tidak mahu letak kunci Mark kalian.

Wednesday, 5 June 2013

Popia Ku, Popia Mu Jua


Ini mini popia bersayap. Bwahaha


Raya lambat lagi tapi dah kalut buat popia bagai, dah kenapa? Boring takder pasal cari pasal, memang itu lah kami.

Buat projek ni minggu lepas lepas lepas, sakit tulang vertebra seminggu baru hilang, omelan papa JJ pun masih kedengaran di telinga sebab dia yang carikkan kulit popia tu satu-satu, mulut nak kena carik sama.

"This job is the best for people in prison".
"How much they sell the ready one in Malaysia? If am selling this, only King can afford it".
"Seriously there is nothing better to do than pulling this".
"Make sure u don't burn any, not single one".
"Aaarghh really this job is for prisoner".
Antara komplen beliau.

Siap potong straw minuman jadi pencungkil untuk buka kulit popia hahaha. Kesian, tangan saiz besar kuku pulak pendek, berjam nak buka satu2. Sampai habis la dia buat, waima lenguh.

"I need to paten this invention, this is mine". Bangga nya dia bila dapat buka kulit popia dengan pantas sampai I tak terkejar nak menggulung menyimpul.

All went well goreng pun cantik2 semua, simpan dalam tupperware segala.. malam tu buka nak makan, lemau! Vengong itu tupperware. Mundar mandir sambil ngap ngap walaupun lemau, sambil berdiskusi ngan beliau canner nak buat wether still boleh diselamatkan or not... then we tossed it in the oven for few minutes.. luckily kembali rangup krup krup.

Yang paling banyak habiskan benda ni is JJ. Since kami ngadap gulung benda ni dia dah mundar mandir keliling meja macam kucing tunggu nak ngap ikan goreng rangup yang masih panas.


*Kueh raya dah tempah belum? We're not gonna make this mini popia again tho (^,^)

Tuesday, 4 June 2013

Null Dull Sup For Fatty

Aka Sup kosong takdok gapo satu, is JJ's favourite. 



Mushroom, creamy or whatever cecair extravaganza langsung tak dipandangnya, masak lemak or kari segala awal-awal dipangkahnya dari list.. tapi kalau singgang sampai 3 mangkuk dia hirup.

Since nomore ber"gayut", nafsu makan budak ni makin membuak-buak, muka pun makin bolat. Risau kang obess, macam menzalimi anak sendiri pulak nanti, tak bagi makan kang.... lagi zalim. 

She herself tunjuk perut sendiri bila I tanya who's fatty, hahaha I know.. nasty right. Cuba terap nilai-nilai pengurusan. That day dalam tren, we were standing next to two ladies yang kept feeding a boy who was sitting in the stroller with fastfood, oh its more like menyumbat. The boy is around 5 years old I guess, too "sihat". In my personal opinion, its not a pampering anymore, but a torture to him. 

So, back to my dilemma in JJ's case, she can really eat. Perut sometimes sampai ke dada almost explode. How not to feed her kalau nganga macam anak burung, dah habis pun still minta "bitte bitte bitte plisss". Bila nampak gambar buah dalam katalog punya excited sambil kedua tangan di pipi dengan "owhh nein...." dia tu. However, still syukur that she is not so into jajan or sweet stuff. Tomato and fruits are her snack. 

Feeding birds, sambil feed herself





Budak demok sleepy.


*Ok, tak elok panggil anak sendiri gemok (^.<)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...