Thursday, 28 May 2015

Waffles di Kotbusser Tor

Hamvoi tajuk... ala ala Karipap di Paris gitew. Teringatkan waffles yang sedap itu sebenarnya. Dah lama citer ni asyik tertunda jer nak post. Ni ha citer dia... 


April kalau tak silap, di suatu hari yang cerah... melompat la kami tak senang duduk kat rumah di hari cuti since cuaca baik.. omg after winter is coming, Tuhan jer tau perasaan kami teruja tengok mentari tau. So apalagi, siap-siap melangkah ke luar rumah tanpa hala tuju lah, yang penting keluar. So menghala la kami ke arah tasik yang tak berapa jauh dari rumah (around 3km), dalam setengah jam jugak la menapak... ok jer, dah biasa (^^,) 


Pusing pusing then ternampak satu kedai ni baru buka, they serve waffles! Apa lagi, moh kiter try. Btw area sini mostly Turkish, that's why tempat ni kegemaran kami bersantai hujung minggu. 


Ini yang kami order.. sini they serve waffles however u like it, boleh pilih nak filling apa, sos apa eh ikut suka korang la. Tu nama depa letak Celika instead of Jelita.. dah nak dekat2 la tu kan hahaha. 


Si Jelita habis sorang2 dia, ok ada lah kami cilok sikit2 suapkan Si Tipah. Seronok nganga jer mulut macam anak burung. 


Dah mengisi perut, berjalan balik same route. Posing ciked. Actually boleh jer kami ambik U-bahn (tren bawah tanah) 2 stops terus sampai ke rumah, tapi kan tadi kata nak jenjalan. Hehehehe


We prefer this route sebab jalan nya lebih kepada taman, tak banyak kenderaan so the kids still boleh bebas berlarian, tambahan cantik pun ada ros garden and laluan dia pun penuh ngan pokok bunga.. tapi masa ni bunga baru nak berputik. 


Ini the other week we went there, kebetulan ada pesta apa tah penuh jalan kiri kanan orang berniaga macam pasar malam dengan muzik semua, tak boleh nak jalan sesak giler. Tujuan kami tu la... nak ke kedai waffle tu. Eh duk cerita pasal kedai tu, apa nama dia pun I dah lupa hahahaa. Bukan Fish House ni yer.. ini jual ikan kot (^,^)


Ini gambar takder kena mengena dengan waffle, tapi I nak share satu info menarik yang I baru tau... nampak tak kat crane tu tergantung something? Benda tu adalah jambangan bunga yang menandakan that kawasan pembinaan dah siap... celabration la tu kiranya. Tak menarik? Lempeng nak? 


Ok dah. Bye bye.

14 comments:

  1. Alahai comenya Tipah....sama mcm kakak....
    Wow...konon konon style le gambar JJ tu yek hihi....dah mcm iklan Sunsilk weyh...

    Waffle pun nampak sedap....ohhhh teringin sudah.....tp mak suka yg biasa jer, kaya ngan butter...

    ReplyDelete
  2. cantik spek pink awok ter.. meh pinjam meh..hehehe

    ReplyDelete
  3. Jalan2 santai dalam cuaca cantik Berlin tak terasa kalau setakat 3km... tapi gi kelik 6 km doh tu... Patut lah mama JJ slim melim...

    Ai dulu2 suka juga bawa budak2 jalan2 ke city center dlm satu miles (tak pandai nak convert ke km)... Skrang dah jarang ke city center.... haih, di akhir2 perjuangan ni jalan2 depan komputer aje lah... tak sempat nakk menikmati musim spring... Baru nak snap gambar dandelion kuning tu, tiba2 dah berubah jadi putih.... cepat nyer masa berlalu...

    Eh, komen pun tak de kena mengena dgn waffle... Ampun tuan tanah... jgn lempang ambe...

    ReplyDelete
  4. aduii tibe2 teringin waffle itu ..

    tipah nape comey sangat nii nak gigit pipi boleh tak?

    ReplyDelete
  5. Bila lama tak nampak mentari rindu
    Kat sini hari-hari kena panah mentari sampai tak tahan (tapi sekarang musim hujan di JB ni Nas)
    Waffle dia stylo tak macam di sini simple aje..

    ReplyDelete
  6. kekeke.kalau camtu nanti mrt kat rumah i ni siap ,kena letak jambangan bunga la jugak.berjanggut tunggu entah bila nk siap.
    eh, si tipah ni memang mengundang nak picit2 jer tau pipi tu.

    FAD

    ReplyDelete
  7. waffle tu sedapnya nampak. terasa nak carik waffle lak lepas ni. yg nampak menarik sebab gula dengan coklat bersepah atas pinggan. gila tak terliur tengok.

    cutenye crane gantung bunga. sini nak sewa crane pun mahal. tu pasal takleh buat macam deorang tu.

    huhu....

    ReplyDelete
  8. seronok JJ & tipah jenjalan... cantik view kawasan tu Nas..
    waffle tu plak cara persembahan nya nmpak menarik & menyelerakan...sedappp...
    ohhh siap gantung bunga erk klu bangunan dah siap...simbolik...:)

    ReplyDelete
  9. Jijah tu dah kenapa. Libas² rambut ker tu...hehehe...

    Amboi...smapai macam tu sekali tanda bangunan dah siap yerp. Tinggi betul jambangan bunga tu.

    Hasihhhh...sedapnya waffles tu,

    ReplyDelete
  10. Tgh2 malam ni terasa lapar,tgk pulak waffles tu bertambah lapar.gulp.

    ReplyDelete
  11. Petang ni KL berdentam dentum guruh dan kilat sabung menyabung... buat kami asik terperanjat jek.. memang seronok tengok matahari setelah skian lama ditutup awan... kalau di sini yg harunya tak nampak matahari bila diselubung jerubu... faham macam rasanya bila hari terang bersuluh matahari.. dah lama tak berwaffle...

    ReplyDelete
  12. Bestnya la kalau duk negara 4 musim ni kan...kat KL asal tghari je gelap...letih....

    ReplyDelete
  13. cutenya tipah.muka iras kak long dah.
    amboii cik jelita kemahen pusing kan rambut tu ye..
    dah besar dah dia.. :)

    ReplyDelete
  14. Dah dekat ke Celika dengan Jelita? Macam jauh jerk bunyinya, Nas *_*

    Amboi Jelita, sambil makan sambil buat iklan rambut untuk syampu gitu.... Awat nampak slim sikit Jelita di gambar yang itu? Ke I yang ketinggalan train laju nih?

    Rajin ek you satu family. Asal nampak matahari indah jerk nak jenjalan hirup udara segar. Kalau I ni selagi ada transport, selagi itulah kugunapakai demi mengelakkan ketiak berpeluh katanya!

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...