Wednesday, 20 May 2015

Buai... Laju.... Laju

Semangat nampak, hari2 update. Yessss! Saya sedang cuba untuk... untuk... (alaaaaa, tak reti nak susun ayat dah, lantok ler, biarkan nya tergantung).

Gittewww mukaddimah.

So.. apa perkembangan terbaru yer? Wahhh Malaysia sekarang macam-macam kejadian yer... kat sini biasa-biasa jer, takder apa yang menarik. Cuaca pun so so.. kejap cerah kejap gelap mendung, but temperature dah agak ok, dalam belas belas degrees.. ok la. Pagi2 pakai sweater petang2 pakai shirt jer dah boleh. Seronok la jugak at least dah boleh bawak bebudak ni lepak jat taman permainan lelama.. serap tenaga mentari sementara ada. Si Jelita pun even whole day main kat garden Kita dia tu, still excited bila ajak lepak spielplatz dengan Tipah after Kita.

Best giler buai ni, boleh terlelap-lelap kalau baring dalam ni. 


Mama nyer ni pulak.. dalam keadaan suhu yang terasa ala-ala Malaysia ni, mula la tekak terasa nak makan ala-ala sinun jugak. Duk terasa-rasa ikan bakar, nasi kerabu, ayam penyet. Nampak tak, perubahan musim turut merubah kehendak perut pedal huhuhuhu. Semalam buat lasagna untuk bapak nya, I langsung tak sentuh.. tak terliur... duk ngadap belog tengok orang masak-masak masakan kita lagi best.. menjejes ailio.

Dah tu.. kenapa tak buat? Nak buat la ni.. tapi kena merantau cari bahan nyer dulu. Btw, dorang dah tak jual la petai kat Asianmarkt favourite I tu, few times dah tanya.. tak tau la kenapa, petai mahal sangat ker apa. Durian pulak jual sebijik-sebijik dah sekarnag ni, bukan macam dulu dalam tupperware yang isi semata.. takmo la beli sebijik lagu tu, hazab jer nak bedah tak tau apa isi dalam.

Owh weekend hari tu kan, tetiba teringat sambal cuka bawang (sos muratabak tuuu).. selalu kalau beli murtabak, I buang jer sambal cuka tu.. tapi ntah baru ni terasa-rasa nak makan... so apa lagi, gagahkan diri menguli tepung buat Borek, makanan Bosnia yang ala murtabak, but easier to make. Hehehhee sanggup kan semata2 nak sos cuka.



22 comments:

  1. Haha.. saya lak ternampak adik ipar post gambar nasi dengan ikan masin tenggiri letak cuka dan cili padi, teringat2 sampaikan semalam 2 kali makan lauk tu.. saya letak epal cider ganti cuka sb xtahan cuka tu, apa lagi..sedapnya makan... huhu..

    Cuba sediakan sikit2 mana yabg mudah dulu ya..

    ReplyDelete
  2. Hallo JJ , Tipah... erm auntie dah smpi opi sni seawal 6.40pagi..hihi
    seronok lah cuaca ala2 Malaysia skrg..boleh bawa budak comel berdua tu main kat luar..klu buaian mcm tu auntie pun nak naik..hahaha..mcm best jak!
    pergh! rajin tu menguli tepung buat Borek..sedap mkn dgn sos cuka...
    nanti balik Malaysia boleh belanja you all ikan bakar, nasi kerabu, ayam penyet+sayap panggang Sabah pun boleh.... :)

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum dear.. lamanya x singgah
    sihat anak beranak ?

    mesia skrg macam macam hei..
    tp ttp juga makan. makanan yg deme sebut tu semuanya best best belako. murtabak kalu kena cari kt pasar malam. hihi.
    ni dh x lama lg nk puasa pulak. alahai kejap j kan.

    tipah dah setahun la kan ..

    ReplyDelete
  4. seronok je 2beradik main buai...
    walaupun peminat western, tapi bila masak tetap masak masakan melayu tetap terbaik.

    ReplyDelete
  5. lasagna dengan laksa dan laksam tu betul ke dari satu ketururan ? hehe.

    ReplyDelete
  6. seronok dua beradik tu main buai ye...

    haa teringin masakan malaysia kena gigih lah mencari bahan ye, moga dapat penuhi kehendak perut tu hehehe

    ReplyDelete
  7. muka 2 beradik tu sama..seiras.

    ReplyDelete
  8. mak budah boleh naik tak buai tu....
    teringin makanan kg halaman...orang kg pulak teringin nak cuba makanan barat...

    ReplyDelete
  9. bestnya buaian iteww..ditambah budak comel 2 orang tu...

    ReplyDelete
  10. sini brg dah mahal semua pasal gst sbb petai dah x jual sana kut hahaha

    ReplyDelete
  11. comelnya dok dalam buai dua dara tuh..

    ReplyDelete
  12. Anak-anak berbuai mama dia dok mengidam rindu masakan Malaysia
    OK juga Nas padankan masakan sana dgn cili style M'sia barulah harmoni:)

    ReplyDelete
  13. seronok dua beradik Lepak buai dengan cuaca Malaysia..yg dok kt malaysia ni pun pantang org post apa2 jejeh air liur agak.hehe sebut pasal jeruk bawang murtabak tu tak sabar tunggu ramadhan,Bulan posa nikmat dpt makan murtabak cicah jeruk bawang.hehe

    mana resepinya borek?share la sikit..baru berkembang menu Bosnia seantero Malaysia.haha

    ReplyDelete
  14. kemahen beronok² je tipah n jj men buai..semlm bw danish men buai, kejap je pastu sebok suh dukung.. grrrrrrr.. mood masak uols tetap menggunung kan.. bagus²

    ReplyDelete
  15. asal comel sangat yg dalam buai tu..hahahaha..suhu belas2 pon aku rasa lagi sejuk dari genting..

    ReplyDelete
  16. Salam...dah lama tak singgah sini...dah besar dah bebudak dua orang tu..

    ReplyDelete
  17. dapat baring atas buaian ni boleh tido ni...

    petai kat kl pun susah nak dapat skrg kak dora, inikan pulak german....

    huuuu

    ReplyDelete
  18. sukanya korang tidur dalam buai tu..aunty pun teringin jugak nie...hehehe..
    i dpt bygkan lg perasaan nak makan itu ini masakan melayu kita ms merantau...tp yg peliknya bila dh berada ditempat sendiri nie keinginan begitu dengan sendirinya terhapus...huhuh

    ReplyDelete
  19. Babe,sedih citer u ni paling sedih bab murtabak tu.Kikikiki.Dah similar kan murtabak ngan burek.Hehehe!

    Go go mama go!Sejak u start blog balik,I pun jd semangat sama.Isk!Hihihihi

    ReplyDelete
  20. SA kalau makan murtabak mmg x suka cuka bawang tu...macam ermmn x kick...tp dioraang ckp makan murtabak sekali ngan bawang tuh sedap...x pe la..x sanggup nak makn sbb bawang kuat bau dia kan...well..suka tgok jelita adik beradik atas buaian tuh...

    ReplyDelete
  21. Hai, tetiba kita kat Malaysia ni pulak yang teringat murtabak daging! Walaupun barang-barang nak membuatnya, anywhere pun boleh jumpa kat sini, I tak rajin macam youlah. Beli yes, rajin! Nak buat, itu yang tak berapa nak rajin aka malas sebenarnya! Maklumlah kat sini kalau terliur boleh beli. Hehehe....

    ReplyDelete
  22. Mungkin orang asli yg petik petai kat malaysia dah bersara kot. Tu pasal dah takde jual kat sana. Sbb utk pasaran malaysia pun dah tak cukup stok petai ni. Heheh.

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...