Tuesday, 29 October 2013

Dilema Rendang Perantau

Yer... rendang. Sudah lama tak rasa rendang. Duk tengok orang beraya berendang sakan, I telan liur jer la menatap gambar. So I nekad.... nekad untuk masukkan "rendang" dalam senarai misi dan visi hidup. Heh, visi itu PERLU!

Setelah berkira-kira segala keperluan merendang, saya sebolehnya ingin memasak rendang ori. I nak semua bahan cukup tak macam I masak kebiasaannya, campak jer apa yang ada. Tidak untuk rendang ini, I memang nak semua bahan lengkap, dari daun kunyit sampai la ke kerisik ketumbar semua (errr, letak ketumbar ker?) Tapi for sure daun kunyit itu wajib, bahan-bahan lain nanti I call tanya my mom heheh.

So... plan nya, pertama sekali... I akan tanam pokok kunyit. Semangat waja ni. I akan tanam kunyit semata2 untuk mendapatkan daunnya. Kunyit I tau mana nak cari, tapi daunnya I tak pernah nampak kat sini. Tapi untuk beli kunyit tu pulak, I kena fikir jugak apa resepi lain untuk dimasak menggunakan kunyit tersebut. Yer la... takkan nak beli seketui untuk tanam jer kan, harus la beli banyak2, dah beli banyak takder la I nak buat ladang kunyit tanam semua... and takkan nak buang pulak, membazir. 

Peratusan keberjayaan rendang ini menjadi nampak nya belum dapat dikenal pasti, macam tak yakin jer pulak bila kena fikir nak buat apa dengan kunyit yang banyak2 tu. Ikan digoreng dengan kunyit segar oh so marvellous, terus terbau kampung halaman. Heishh satu hal pulak nak pergi mancing ikan. 

Pastu kan.. kalau nak buat rendang masak berjam, takkan I nak buat seperempat ayam jer kan, harus la buat sekor at least. Saper nak tolong habiskan? And ketupat lemang lagi? Adooooi sakkit kepala. 

Cancel la rendang. Actually I bukan suka sangat pun masakan ni, muak (^,<)

63 comments:

  1. Alaaa cubalah nas buat kalau dah teringin tuh..buat sikit2 lelama menjadik laa..daun kunyit kalau dah dapat tuh elok simpan dlm freezer blh guna tika perlu..kalau salah musim kang dormant lah ia..
    papa JJ tak suka ker lemang ngan rendang tuh..JJ lak? alaa buat sebelah jer lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunyit senang jer nak jari UA, tapi daunnya tak pernah nampak batang hidung hehe.

      Papa JJ makan rendang, tapi tak beriya, lemang dia suka. Hahaha buat sebelah yer, nnt JJ cuba :p

      Delete
  2. awal awal baca entry...semangat tol nk merendang...last cancel lak,,,kuciwa akak tau baca...huhuhu... ala merendang laaa... ples..bg papa jj n jj rasa keenakkannya....heee...

    ReplyDelete
  3. Hehe..baru nk bgtau bersemangat menanam kunyit..tgk2 last ceta x jd plak masak rendang..pastu mmg x jd la tanam kunyit..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak menjadi musim ni. Hihi

      Delete
  4. Hok oloh. Dilema betul kan? ..memang anak Sir yang tulis ni. Siap dia fikir pasal kebun kunyit dan pancing ikan lagi... haaaa..kalau nak seribu daya kan... Jangan putus asa sebelum siap... buat la apa yg ada..jangan anggap tak tradisional pulak, tp anggaplah inovasi... canggih tak?

    Haaa...pendek kata M kot ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah pepatah orang tua, tapi saya ni mengalah sebelum terngadah. Huh? Peribahasa ker tu? Hehe Pendek kata M, panjang kata malas :p

      Delete
  5. hahhahaa....kalo teringin baik buat jaa...buat la sekali kasik jiran2 German rasa...mesti sedappp..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jiran ada sakit jantung, kang jadi apa2 kena sue naya jer hihi.

      Delete
  6. Ni betul2 dalam dilema ni.....jangan putus asa Mama JJ....buat ja bah rendang tu, kasi Papa JJ makan, sure dia akan suka punya.....chaiyo chaiyo! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhahah akan saya cuba sambung asa itu, dah putus lama dah ni :p

      Delete
  7. Hahahha cute sungguh kamu ni Mama JJ :D
    Harap jgn jadi dillema macam bergedil dan berdegil. Haha
    Anyway, nowdays, i ter rajin pulak masak. Pi imstagram, cari ja insta "fynnjamal" atau nak senang type ja "resipirumahkokping" marvelessss uoolllss :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I tak biasa dengan instagram ni, ok nnt I cek. Takut kang rendang jadi dendeng lak.

      Delete
  8. Memula kakak ingatkan Nas nak tunjuk Nas dah tanam pokok kunyit. Tunggu kunyit berdaun. Last tak jadi semuanya cuma bersarang dalam anganan aje ye. Macam ini sah-sah JJ cute tak pernah lagi merasa rendanglah ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Camner nak berdaun kalau akar umbinya pun takder kak. Itu la JJ tak pernah rasa lagi rendang ni.

      Delete
  9. aahhahha... masak je rendang segera klu susah sgt Nas...hihi..
    tapi tak lawan lah dgn rendang tradisi... kunyit tu nti mcm2 lah boleh buat...masak lemak cili api kan cantik klu guna kunyit segar... klu ingat2 kt Sabah dulu pernah makan tak nasi kuning.?? hah! itu pun boleh guna kunyit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak segera kan kat mana Atie, versi meggi pun takdak ni. Masak lemak hari2 kang berlemak naik minyak semua orang. Nsi kuning macam pernah makan, nnt I google.

      Delete
  10. semangat waja konon nk tanam bagai....

    buat je la.. kasik diorg kagum ngan citarasa malaysia. Bawak g kelas. pasti habis...
    kot x, karang tido ngigau!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semangat harus waja :p:p
      Hahaha nak bawak gi kelas neber neber neber, I masak tak sedap. huhu

      Delete
  11. alahhhh masak je uols
    boleh bagi jiran2 rasa masakan kita
    xpun jemput diorg beraya rumah kita mkn masakan uols tu
    kan bestttt :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat untuk Deepavali kan :p baru la Malaysia Truely Asia.

      Delete
  12. huhuhu.

    rendang memang muak tapi bila tak rasa mcm ada sikit rindu lah.

    lagi satu kan,

    kunyit boleh buat masak lemak cili api... sedap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa dia setiap tahun tu secubit wajib jamah. Masak lemak cili api siput sedut uh la la la.

      Delete
    2. wooo...

      bestnye masak lemak cili api tu...

      nak buat kat rumah mak mertua, die tak makan pedas...

      kena la belajar makan tak pedas jugak...

      Delete
  13. laa... dah tk jadi plak. Apa salahnya masak lama. Tinggalkan je atas dapur pastu bleh tido 2 jam. Bangun2 tido tgk2 tadaaa. dah rentung... eh..eh... dah masak. Okay apa. Hehe.

    Tapi kalo setakat nak masak seperempat tu sampai nak kena tanam pokok kunyit, jadi memang i setujuuuuuu sangat2 u cancel kan je la. Lama sangat nak tunggu kunyit tu berdaun kang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapang dada bila ada yang memahami hahaha. Nnt kunyit tu berbunga I up kat sini yerk :p

      Delete
  14. sejak kawin I masak sekali je rendang. remeh sikit. nak tunggu lelama. hmm.. kalau kunyit hidup tu, I selalu buat rempah giling. tapi kat sini kisar le. tak kuasa nak menggiling. ngeee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau I kasi JJ buat rempah pun ok jugak ni kang, boleh tengok sampai ke ceiling umah berempah satgi.

      Delete
  15. redang zaman ni senang je nak buat beli je pes rendang jenama brahim... sejekap je siap rendang tu hehehe & tq sudi mendoakan kesihatan Adik yer !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ek jenama ni, nnt saya masukkan dalam order list hihi. Kami pun rindu Adik :D

      Delete
  16. orang Malaysia yang sorang ni pun jarang sekali masak rendang ... tak berapa minat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau tak ramai yg gemar, mmg malas la sikit kan nak masak nya.

      Delete
  17. hahahaha... ye2 lah .... baru nak puji semangat mama JJ tu nak buat rendang.. sekali baca ayat yg kat bawah tu, cancel la nak puji... hahahahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. KAlau Deqla puji, mungkin I tarik balik ke-cancel-an tu. Hehjehe puji la puji la.

      Delete
  18. pulak... apa cer ni nas?ni citer rendang tak jadi la ni...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rendang anganku musnah kisahnya hihi.

      Delete
  19. sy yg dok mlaysia ni pun tak pernah buat rendang.tau mkn je.haha

    ayat last macam nk cover line tak dpt rendang je.kesian mama jj.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Klau saya duk Malaysia pun, saya takkan terfikir untuk buat. Dulu pun tau makan jer. Hahaha dah tak dapat, nak cakap apa lagi kan hehehe.

      Delete
  20. alamak..nur lak jadi frust bila baca rendang dicancelkan..hehehe

    xpe2...nanti balik malaysia boleh tapau byk2 bawa balik sana, sbb rendang kalau simpan elok, boleh tahan lama..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nur jangan frust, baik pi mrendang post sini mai better ;)

      Delete
  21. Berita gembira!!!
    I ada anak pokok kunyit, ehemmm 2 anak pokok.. Ala kecik je pun, setakat 2 helai daun je tp mmg puas ati klu mk merendang.. Cuma I tak tau sama ada pokok ni akan survive thru winter atau tak.. Sebab ini first time I cuba tanam, lebihan kunyit masa berpantang dulu... So, boleh la klu U nak satu pokok kecik tu..
    Alang2 nk masak rendang tu kan, masak la lebih sikit utk I.. Hehehee.. baki boleh simpan dlm freezer, bila2 teringin nk mkn rendang, stok dh ada..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye..
      Apa lg bahan yg tk cukup?.. Kerisik pun I ada..
      Mode nak bg semangat merendang kat U ni..
      Boleh gak klu nk msk2 kt rumah I.. Rumah kecik je tapi kedai turki ada kt bawah, bahan x cukup, kita lari pegi kedai eh..

      Delete
    2. Yayyyyyyyyy... hahaha semangat kita kan. I pokok halia ada la tanam, tapi kunyit tak terfikir nak tanam sebelum ni. Kerisik sendiri buat ek, wahhh best nya best nya. Alaaa umah I pun kecik jugak ha.. standard la sini kan, umah kecik2 jer hihihi. Ni mmg kena plan ni lagu ni. Tp tu la I tak tau bila I dapat cuti ni.

      Delete
    3. Kerisik tu bukan I buat sendiri.. Tapi ada kawan kirim b4 raya supaya I dpt merendang di Berlin, alhamdulillah, tq to my friend tu, mmg x agak2 banyaknya, sekali buat rendang pakai sikit je rupanya, bergantung juga pada kuantiti masak tu kan, kalau setakat satu famili makan mmg sampai tahun depan xkan habis.. So dalam ertikata lain, macam ada harapan lah kota nak merasa rendang resepi nenek JJ ni, mesti sedap kan...

      Delete
    4. Tertinggal satu perkataan 'kota Berlin' eh.. Masukkan semula dlm ayat di atas..

      Delete
    5. I rasa cam nak ponteng kelas jer one of these day cabut pergi merendang with u, boleh. Hahhaha yer la nak tunggu cuti, rendang krismas la jawapnya. Nnt ape2 hal I roger u k. Semangat rendang macam duk seru seru jer ni. hehehehe

      Delete
  22. haa cancel?? gggrrr..buat la rendang tu..nanti boleh sya nuntut plak hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nuntut dari JJ jer la gayanya. :p

      Delete
    2. kalo nuntut dari JJ agak2 rendg tu menjdi ke tak? hihi

      Delete
  23. ooo...maknanya kat Berlin ada jugaklah jual rempah2 mcm kunyit ek..
    baru nory taw...heheh..tapi susah sikit kot nak jumpa,kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kunyit banyak jer kat kedai asean, yg rupa macam kunyit lagi satu tu pun ada, apa dah nama I lupa. Sini semmmmmua ada, duit jer takder :p

      Delete
  24. mesti harga daun kunyit ni mahai kan kat sana..
    akak yg ada tepi hidung pun maleh nak korek..
    adeke gi beli jugak kat supermarket..katun betui la kan

    ReplyDelete
  25. hahaha.. banyak bnda nk kene pikir hanya kerna sebuah rendang..

    ReplyDelete
  26. Ahahahaaa..dah tau keputusan last tu. Cabaran banayk sgt last2 tak jadilah ek. Tak pe tahan jap nafsu nam amkan rendang...:)

    ReplyDelete
  27. menanti gambar rendang yang sdah siap.

    Ehh.. cancel plak.. Hahaha.

    ReplyDelete
  28. Baik punya plan siap nak tanam kunyit. Last2 cancel pulak. Hehe

    ReplyDelete
  29. haishh
    semalam dah baca tp xdan nk reply..so arini dtg lg skali baca perihal rending x jd ni..perihal daun kunyit.kekeke last2 dah susah sgt cakap je x bapa suka sgt mkn sbb mual.hahaha alah mama JJ ni,sudah gaharu cendana pula :)

    ReplyDelete
  30. Hehe...beria nak merendang tetiba kurang suka...Apa kes beb? hehe...
    Sedaplah weyh rendang ....PJ makan tak?..... Tak apa le buat rendang setengah ekor ayam pun....lagi sikit lagi sedap tau sebab rempah dia banyak!! Okje masukkan jugak ketumbar jintan tu kalau merendang!

    ReplyDelete
  31. beria bc tiap patah perkataan..ingtkn menjadi merendang... hehehe...

    ReplyDelete
  32. Mama JJ napa nak cancel buat rendang dear? ooohhh noo jgn putus asa ye....wpun jauh dari kg halaman...tp disana pasti ada byk benda yg boleh dibuat utk dijadikan rendang...pasti JJ pun nak rasa homemade tradisional food from malaysia...pastikan next entry Umi Qi nak tgk ada rendang mama JJ buat...kagum!

    ReplyDelete
  33. daun kunyit tukar daun basil. kohkoh.. dilema betul.. ai bace pung dilema yu... haha

    ReplyDelete
  34. hahaha.. cancel pulak.. siap nak kena tunggu pokok kunyit besar dulu la cenggini.. kekeke..

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...