Tuesday 28 July 2015

Sarajevo: Makan La, Apa Lagi!

Cerita pasal makan, Bosnia banyak makanan sedap-sedap and some hampir sama dengan makanan kita (pengaruh Turkey) tak jadi masalah untuk cari makan kat sini, setiap pelosok ada jual makanan yang kebanyakannya halal.

Before saya cerita lebih lanjut, dengan ini saya ingain memaklumkan bahawa gambar-gambar di bawah adalah hasil carian google since saya tak berkesempatan snap my own plates, I is malu huhuhu.

So, makan apa la? As for myself, my favourite sudah pastinya Cevapcici (Cevapi)... the national food of Balkan. Setiap hari I makan ni ok.

Cevapi yang digembar-gemburkan itu, basically grilled meatballs lonjong. Served with roti yang sedap giler and bawang cincang. I tak suka bawang, so just leave it there. Nak lagi umph, minum Ayran (macam Yoghurt) bila makan ni. Btw for my tummy usually I order yang 5 pieces dah cukup. 


Kat Sarajevo ada satu tempat di Bascarsija (old town) yang kami selalu merendek tu. I pernah makan dulu so far itu yang terbaik, nama kedainya Cevabdzinica Zeljo. Seronok makan sini servis laju tapi tak boleh duduk lama2, ramai kan orang beratur menunggu. 


Ni pulak menu harga kedai tersebut. I tunjuk ni sebagai anggaran harga makanan kat Sarajevo, in fact this place considered sedikit mahal since it is kat tengah2 town tourist attarction kan, tapi tak jauh pun beza ngan kedai biasa. Matawang mereka guna "KM" (Mark) yang nilainya bersamaan Sg dollar. 
*Voda = water (",)
Mala = kecil
Velike = besar
Hvala = Terima kasih


This is another favourite of mine and the rest of Balkans hahahha. Dikenali sebagai Burek, Pita etc. Macam roti canai tapi berinti, quite close to murtabak. Remember I selalu buat ni kat rumah? Hahahha buat la sangat. Yang ni pun ada dijual merata-rata selalunya secara timbang, u guys boleh pilih nak inti apa banyak sangat choices, ayam, spinach, keju, daging etc. I paling suka daging, and daging pun banyak jenis jugak.. tah I pun tak tau nak explain macam mana nampak serupa jer tapi lain rasa dia. Kena cuba sendiri baru tahu. Fyi, payah nak jadi vegetarian apatah lagi vegans kat sini ok, their basic diets are daging daging segala daging. Tapi tak pulak gemok dorang ni. 


Kopi (Kafa) cara tradisional. Pernah tak I cerita before? This is how it served, kopi dia macam ada serdak serdak sikit, u kena tunggu sampai ia larut ke bawah then minum, gula pulak selalu dorang celup sikit dalam kopi tu and bila lembut, patahkan masuk dalam kopi and selebihnya just letak balik dalam piring or masuk mulut. Hehehe menarik kan. Serdak kopi tu dibahagikan secara rata yer dalam setiap cawan, so bukan sebab depa pemalas yer. Owh kalau u gi rumah orang and dijamu kopi ni, dorang akan keep tuang once u habis, so bila u tak nak tambah, just letak sudu atas cawan tu menandakan U have enough, kalau tak memang laaa dituangnya and u pun minum, pastu tambah lagi lagi lagi. ok I pun dah melalut ni, too much coffee (°-°) 



Eh takkan ni jer, mana lagi citer makan nya kata tadi banyak :p eh ko godek la entry lama lama aku yang dulu, I is hungry now duk tatap tilik cevapi ni. huhuhuuuh sedapnya.. kami gril sendiri kat rumah hokayyy. 

Eh nak share pasal lamb ala Tajin dorang, tapi nanti lah.. nak kena cari gambar dulu, tak syiok ah cerita tanpa gambar. Kan? 

18 comments:

  1. ingatkan KM tadi tu kilometer....terliur tengok grilled meatball tu..

    ReplyDelete
  2. tanjin kak. pls3. menitik elio dah ni. huhu!

    ReplyDelete
  3. berbelit lidah nak sebut nama tempat dan makanan depa..

    ReplyDelete
  4. meatball tuuuuuuuu...dapnyeee......

    ReplyDelete
  5. Nas, aku belum bfast la!!!!!! lapo! Kopi pulak tu!!!!

    ReplyDelete
  6. tengok gambar pon dah kecur..sedap tu roti kepit daging..

    ReplyDelete
  7. teringin nak gi sarajevo! next year in shaa ALLAH! :))

    ReplyDelete
  8. Dari explanation yg diberi kakak dpt gambaran jelas walau rasanya tetap tak dpt bayangkan. Tapi kalau dah Nas as a M'sian suka mesti kalau kakak dpt rasa pun kakak suka juga.

    ReplyDelete
  9. tq for this post! tak sabar nak sampai sini!

    ReplyDelete
  10. Woho rindu jgk makanan bosnian ni.dulu siap serbuk perasa dari bosnia my friend bwk.sedap jgk makanan diorg ni.owh burek tu pun iolsss suka.kikikiki

    ReplyDelete
  11. adoi memang nampak sedap2 makanan org bosnia ni..dh la puasa..lapaq oii..haha

    ReplyDelete
  12. Wow...
    Memang berkeroncong perut tengok cevapi tu...
    Terasa nak carik kebab... bazar ramadhan dh habis. Oooi.

    Hehe

    ReplyDelete
  13. Meatball lonjong tu unik sikit. Terjojol kluar dr roti pita tu hehe

    ReplyDelete
  14. aduh lapar balik hujan2 tgok bende alah ni kak ui hahahha

    ReplyDelete
  15. Haishhhh...lapar balik perut nih ☺

    ReplyDelete
  16. I nak tgk gmbr mama jj yg terbaru. Punye banyak gmbr dia share, tp gmbr diri sendiri takde. ini tidak adil.

    ReplyDelete
  17. terliur la akak tengok makanan tu pepagi nih

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...