Sunday 4 May 2014

Pasembor, Bakso dan Cipak

Bakso adalah menu semalam, hati teringin nak makan sup bebola daging kenyal2 sebab hujan semedang dari pagi sejuk-sejuk basah sampai ke tulang, memang best bila bakso menjadi cuma antara sedap ngan tak jer tapi papa JJ makan bertambah2 (sebab lapar dan sejuk) dan Jelita jugak minta lagi dan lagi, so I simpulkan disini bakso saya adalah sedap walau tak cukup bahan. Psstt I buat cili kicap pedas giler schwein meleleh ayaq mata berdarah hidung, itu yang melengkapkan bakso ku.

Hari ini pulak, bangun awal pagi jam 5.30 bila terdengar papanya JJ meninggalkan rumah untuk membanting tulang beliau plus dah terang-benderang pun keadaan waktu itu, skang ni siang hari adalah melampau panjangnya aduhhh. Lepak ngadap laptop jap dengan anak dara pun datang join baring sebelah sambil layan kartun beliau, terlelap pulak I sampai jam 10pagi. Bangun kemas umah kemas diri panaskan lebihan bakso semalam untuk kudapan anak dara rendam kacang hijau rebus kentang bancuh tepung cucur, tak tau pun apa nak bikin dengan semua ni sebenarnya... gasak jer.

Jam 12 baru la nampak rupa menu satu-persatu. Oh dalam tempoh masa itu, tidak la saya jadi penunggu di dapur, budak yang kat dalam ni duk berguling2 sepagian mmg tak selesa nak berdiri lama, rasa nak terberanak tang tang tu jugak (dah la my doctor last I jumpa Khamis baru ni boleh gurau cakap maybe tak jumpa I lagi dah and please call kalau I ke hospital, hampehh jer).

Arakian... la ni menaip dengan perut kenyang lepas pekena sepinggan pasembor ala me, setakat kentang goreng, cucur tanpa udang, telur rebus dengan kuah kentang jer pun. Errr apa beza rojak mamak ngan pasembor sebenarnya yer? I mula2 tu just nak makan cucur jer untuk bekpes.... niatnya, tapi tak sangka jadi begini pulak, siap goreng papadom okay.

Pepagi dah ngadap coklat brownies with ganache.


*Kacang hijau yang telah direbus masih bertapa dalam periuk, I tak tau nak buat apa dengan deme tu.

*I kurang gemar cucur cicah ketchup (sos tomato) semata, muak semacam tapi kalau Jelita semua pun dia minta nak cicah Cipak.
Cipak = Ketchup
Yer... memang pelik sebutan si Jelita. Dan mujur kat sini takder saper yang heran akan cipak.


*Seperti biasa ditaip tengahari semalam tapi baru hari ni nak publish, and sebahagian kacang hijau telah selamat jadi kuih koci semalam lagi. Burrppppp.

28 comments:

  1. Why baca entry ni pada ja. 10:15malam?
    Whyyyy? Drop my jaw with all those delicious mouth-watering meals
    Amboiiii..bahasa kannnn, hahhaa
    Lagi2 bakso panas2 plus cili kicap menangis tu..
    Yummmmm!

    ReplyDelete
  2. Mana gambornya bakso tu Nas.....hehe bakso ni klu santap diwaktu hujan mmg sedap... :)

    ReplyDelete
  3. lg nikmat makan bakso buatan sendiri even tak cukup bahan..rajin mama jj siap pasembor..cipak tu lain macam je bunyinya jj..haha

    sy tak reti nak suggest apa klu menu kacang hijau sbbnya sy tak suka kacang hijau.huhu

    ReplyDelete
  4. Hi geng..bakso feveret tu..letak byk2 smbal dia.hehe..kacang hijau tu maksellu wit kuih kasui ja..tp ya pun kurng mkn kacang hijau..hehe..jgn muka l katakan..xnk jerawat.hoho..cipak pun cipak la jj janji mamanya phm.hehe

    ReplyDelete
  5. kuih koci..alamak malunya akak yg tak preggy pun malas nak membuatnya hehe...

    ReplyDelete
  6. Pergh bakso. Sedap giles. Eka ade kawan, ayahnya org indonesia. Mak dia orang melayu kita, mak dia belajar buat bakso. Pergh sedap giles. Setiap kali raye, mesti ke rumah dia. Tak penah tak makan kalau raye. Pedas dia sampai meletop lubang telinga.

    Hahahahaha JJ ni, kelakor plak la.

    ReplyDelete
  7. waduhh lama tak makan bakso ni Nas... nak kenak cari lepas ni...hihi...
    JJ sebut Cipak..abg Pa'e sebut kecap...haha

    ReplyDelete
  8. hi JJ…..lama xnampak makin berisi doh. sama naik dgn mama ni makan. heheh……btw papadom ado jugak???? hebat

    ReplyDelete
  9. 1st time singgah sini..jalan-jalan blogwalking.. salam perkenalan =)

    ReplyDelete
  10. hehehe dh hujung2 ni masih ada selera mcm2 yer... layan ajelah. JJ mkn lama makin besar makin cute lah !

    ReplyDelete
  11. salam mama jelita..
    wah menu ..kemain gijess uols.. cma tak pernah lagi makan pasemboq tu..tak tau apa beza dgn rojak..err..sama ke..?


    hehe..cipak?? alahai jelita..sooo comelll :p

    ReplyDelete
  12. Sempat lagi masak macam2 ya.. mmg syok makan bakso dengan sambal kicap pedas.. alahai.. tak cukup semangkuk. Mujur saya tak pandai buat.. kalau tak boleh bertambah berat..

    lawanya JJ senyum... menawan

    ReplyDelete
  13. Terus terbayang bakso. Dah lama bangat tak makan bakso ☺

    ReplyDelete
  14. uwaaaa...citer makanan lagik...pasrahhh jek laaa..

    ReplyDelete
  15. kahkahkahkahhhh JJ ni kan lawak sgt
    cipak lah sgt kan hahahaha
    nasib lah dok kt berlin tu
    lau dok msia..dah mcm2 dlm kepala weols ni hahaha

    iols pun last sunday wat brownies gak
    bluwekkkkkkkk

    ReplyDelete
  16. Yang cipak tuh kan..dok terpikir apakah yg nas hendak ceritakan..hinggalah kehujungnya baru kutahu...heheh..
    pasembur, bakso...pandai u buat semua tuh kan..sy tak pernah mencuba atak terdatang idea tuk mencuba so far...huhu

    ReplyDelete
  17. Kalau doktor kata macam tu maknanya tak lama lagi JJ jadi kak longlah ye..
    Nasib baik cipak Nas.. Kalau huruf k gantai dgn p dah lain jadinya kalau di M'sia ni tau:)

    ReplyDelete
  18. gambar bakso, please. hihihi..

    ReplyDelete
  19. rasa mcm nak pindah duk umah akak sebab akak suka masak sedap2. walaupun gambo takde..cara cerita tu melampau sedap. muka jelita pun sama.rasa nak kunyah je.comel bebenor tauu

    ReplyDelete
  20. tak pernah buat bakso sndiri lagi tau.
    jj oh jj makin nak jadi kakak ni makin comel je sengihnya :)

    ReplyDelete
  21. SA x pueh hati ni...mn gambo bakso....

    ReplyDelete
  22. Dah dapat jawapan bila ur due bila baca entry ni.. dah tak lama la tu kan? Semoga segalanya dipermudahkan…

    dengan ini nak mengaku yg saya seumur hidup belum pernah makan bakso… Jadi mmg x boleh nak imagine rupa kejadian…. Hahahaha, mmg darak sungguh!

    ReplyDelete
  23. Dah sedap sangat tu makan pasembor ala ala ciptaan sendiri kat Berlin hehe...kuahnya apa Kuah Kentang? Macamana tu?

    ReplyDelete
  24. buat kuih koci guna kacang hijau ke owhhh... geniusnya... [letak ikon thumb ups].

    tadi masa baca macam2 rasa nak komen. tetiba bila tiba part komen terus dah lupa plak. haiyoo,.ok.. kicap cili... kicap cili itu tidak sesuai dimakan semasa berpantang hokey. so, smentara belum veranaks ni makan le puas2. sebab cili tak bagus kot mengikut petua org2 tua. tapi kalo nak pedas guna black pepper takpe.

    cipak? hahahahha... rasa nak pindah jerman sbb nak ketawakan jj sebut cipak sambil nasihatkan dia,... 'jj syg, jgn mencarut nak'. hahahah.. comel .

    brownies letak ganache.. wow... itu sgt sedap hokey.

    ReplyDelete
  25. hahahah.. cipak peginye.. ingat apalah tadi.. makin comey JJ ye..

    ReplyDelete
  26. cipak pun boleh la jelita.asal mama faham maksudnya.hihi

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...