I paling malas nak buang sampah, kadang sampai melimpah kat dapur tu kalau Papa JJ tak angkut bawak turun. Dan memang selalunya dia la yang lakukan kerja-kerja sebegini. Itu la maslaah saya ni.
Sistem persampahan kat sini agak complicated pulak tu, as I mentioned somewhere here before, tempat pembuangan sampah kat housing building sini berkunci, maknanya residence jer yang layak buang sampah dalam bins, also before that, kena asingkan dulu apa bahan yang nak dibuang. Paper, kompost, plastik... each has their own place. I kalau paper semua tu memang simpan banyak2 buang sekali harung, tapi kalau bahan lain yang I tak sure nak buh tong mana... main sumbat jer la dalam kategori "busuk" hiu hiu. Tambah lagi si JJ ni kan rajin buang "Bubbish".. apa2 yang dia tak berkenan semua dia sumbat dalam dustbin dapur, so I tak la nak menggeledah satu persatu sampah sebelum buang.
Bukan kereta tu yer.. yang belakang kereta berbaris banyak2 tu. Inilah dia tong sampah for our building.
Kasi close-up boleh belek kunci yang terkunci
Yang bagusnya, segala botol minuman plastik atau kaca boleh dipulangkan ke kedai untuk mendapatkan cash kembali. Haaa ini I suka. Kat grocery shops sini ada machine untuk sumbat bebotol yang ada label "re-cycle" pastu keluar la slip, actually u can choose to get the cash atau nak donate jer duit tu kat mana2 organisasi pilihan. Kalau nak duit, bawak jer slip tadi ke kaunter cashier dan dorang kasi la duit, best kan. So jangan pelik la kalau tengok someone pakai lawa bergaya tapi selongkar tong sampah tepi jalan kutip botol, duit tuuu. Btw tong sampah "terbuka" banyak disediakan di sepanjang laluan merata simpang.
Used clothes pulak, uols boleh masuk dalam booth yang disediakan di serata penjuru. Itu untuk donation la. Ini satu hal, orang-orang Gipsy sometimes suka curi pakaian2 dalam tu, masalahnya depa campak anak depa masuk dalam sebab pintu booth tu kecik just untuk input, bukan output. Dah pernah ada kes kematian.
So.... bersih la bandar Berlin ni yer. Hehehe tak jugak, sampah still merata kaca berterbangan biasa la dorang ni bebas minum pagi petang siang malam jalan di taman dengan botol ditangan. Ada la yang kurang akal lepas minum pecahkan kaca merata. Selain tu, makcik2 Turkish melepak bergosip sambil ketip kuaci pun selamba badak jer buang kat situ.
Panjang nya karangan. Hehehe I busan ni lepak umah sorang-sorang. JJ sekolah papa pun belum pulang dari kerja. So... overallnya sistem persampahan kat sini actually not bad, in fact sangat mesra alam dan nenek-nenek, mereka sangat rajin dan komited dengan sistem pelupusan sampah di sini. Ada satu makcik ni, siap cuci lagi bekas yogurt sebelum buang, huhuhu nanges I kenangkan kat Malaysia dulu pintu sampah terkangkang luas pun orang still campak DEPAN pintu. Kes buang anak pulak... hmmmph.
Assalamualaikum kak, perghh bagus gila sana punya sistem. kita yang takda sistem ni, kemain teruk sekali sampai buang anak lagi senang dari buang sampah.. huwaaaaa kesian tengok baby tak bersalah mati :(
ReplyDeletekesian pula baby tu Nas..
ReplyDeleteSerius suka betul tengok culture orang luar yang macam ni. Awal tahun hari tu pergi dublin, manchester, london, memang rasa sangat best dapat tengok tempat orang dengan culture yang lain ni. Bab sampah diorg pun sama lain. Siap kena beli tong sampah n ada banyak syarikat kutip sampah ikut tong yang berbeza. Bayar je nak syarikat yang mana. haha
ReplyDeletewahh bagusnya sistem buang sampah kat sana...mendidik rakyatnya berdisiplin..
ReplyDeleteDalam kelas English hari tu, ada la sorang mamat german ni. Bila bincang bab recycle, mmg dengan bangganya dia cerita cara pengurusan sampah kat german. Personally, saya pun turut kagum dgn apa yg dia cerita. Mmg detail habis. Cikgu tu pun puji melambung juga kat sistem negara jerman ni.
ReplyDeleteBila nak cerita pasal sistem M'sia, alahai... rasa terkedu jer. Jauh sgt ketinggalan, kan?
buang anak plak dalam lubang kumbahan..sedih kalau story bab baby yang muka suci ni sanggup meke buang2 gitu je..senyuman baby comel yang murni tu...owhh..tetiba je..memang serius sayu..
ReplyDeletekalau kat malaysia boleh buat sistematik macam ni kan bagus
Itulah Nas....kat Malaysia kesedaran tentang kebersihan masih kurang...sampah masih merata2 buang..huhu
ReplyDeleteMama JJ,
ReplyDeleteYa.. The process a bit complicated, but it will give big positive impact to germany generation.. Hihi 😊
Anyway, member sorang baru fly pi german gak, stuttgart ( ejaan main hentam ja..agagaaga ).. Sedih ooii... Doakan saya sampai ke sana juga? Hihiii
terbaiklah sistem kat sanaaaaaaaaaa :D
ReplyDeletekira okla kan. teratur jugak cara nak buang sampah. kiranya rakyat2 berlin sgt berdisiplin. hihi..
ReplyDeleteakak pun malas nak pi buang sampah . Malangnya dalam rumah kami ramai yg suka buat sampah . Nasib baik abg misai rajin .
ReplyDeletebotol plastik boleh pulangkan balik untuk dapatkan cash?
ReplyDeleteperghh..mmg best...kalau ada kat malysia, rasanya tak akan nampak botol2 kosong tepi2 jalan/...heheh
Bab kebersihan ni memang banyak lagi kita ketinggalan, kan? Nak kena didikan daripada akar umbi baru boleh berubah mind set dan budaya masyarakat malaysia ni.. Ni yg my MIL cakap, bila travel ke negara yang bukan Islam, selalunya akan kagum dengan sikap menjaga kebersihan diorang ni..
ReplyDeletebagus jugak sistem gini kan.
ReplyDeleteyang best blh dapat duit balik tu kalau pulangkan botol2 kosong.
salam….alhamdulilah dah smp berlin & melawat tapak pelupusan sampah harini. heheh!!!!boring ke? JJ dah sekolah ekk? lamanya xdengar citer2 JJ
ReplyDeletebagusnya sistem sampah kt sana.siap ada kunci tu..yg bestnya siap dpt duit balik..klu ada sistem macam ni kt malaysia kompem i jadi pengutip sampah..mata duitan ni. wink wink..
ReplyDeletejj dh sekolah takde cerita ke?story la sikit
Bagus btl cara depa uruskan sampah kt sana kn.. Malaysia jauh ketinggalan Nas..Sabah lg lah.
ReplyDeleteHuhu..paling sedih smlm ada lg berita bayi dibuang dlm sungai..Ya Allah, nangis tgk..:(
Bagusnya kat sana. Kalau buat kat msia sistem mcm ni berjaya tak agaknya? Tahap kesedaran rakyat msia terhadap sistem pembuangan sampah ni masih rendah. Dah ada papan tanda di larang membuang sampah. Tapi kat tempat yg dilarang tu lah di buangnya sampah. Sedih lah.
ReplyDeleteeh mmg x perasan lah kalo x cakap tong2 smpah yg bederet blkg keta tu..nmpk cantik je.hohohoho
ReplyDeletebest la kalo bole dapat cash blk..mama JJ mmg amik cash blk ke?ke donate je :)
Baiklah lagi buang anak..ehhh..heheh gurau jer... nak mudah kena dari umah lagilah separate sampah2 tuh nas bila masuk tong lg senang kan..
ReplyDeleteactually dah mai baca dah kat sini..tp ngan dok pegang arissa susah nak komen sebelah tangan..huhuhu..
wahh bagusnye dpt cash..! kat sini nak kena jual kat org dulu baru la dpt duit.. sana simple je eh..
ReplyDeleteSatu yg kakak respect local authority di sana dah sediakan banyak tong sampai berderet - usaha nak bersih. Kat M'sia mana ada macam ini lagi..
ReplyDeleteSalam Mama Jelita..
ReplyDeleteohooo..sistem pengasingan & pembuangan sampah kat sana strict jgk ye.. tp kenapa pintu2 dustbin tu dikunci.? ade mase2 tertentu je ke nk buang sampah..??
good job berlin gov bt sistem mcm ni..
hahaha..tp setuju dgn akak.. kalu tongsampah besar gabak, sampah buang kat tepi merata pun tak guna jgk tu.. hihih :)
sian mama sensorang kat umah..tgk movie on9 je le..
*pasai petua tu, kicap optional kot..cma guna kicap manis sbb kt umah stock kicap masin habis.try ler buat.. insyaAllah..semoga sembuh batuk akak tu nnti *
:)
komen untuk :
ReplyDeletesistem buang sampah - so goooodddd
sistem buang anak - so bad !
haah..memang terbaekk lah system cenggitu..kena buat camni jugak kat Malaysia sebab kat Malaysia nie..diaorg suka buang sampah merata2..nak2 kalau ada event2 macam perlawanan bola ker..pasar malam ker..expo.. =)
ReplyDeletewah bersistem sungguh.. kat malaysia ni bab kebersihan memang sedih.. kalau tandas awam lagi menyedihkan.. ce la cite bab tandas kat sana pulak hehe..
ReplyDeletekat luar negara ni ramai yg buat peaturan buang sambah sgt² bgs, jepun pun sama .. sbb tu naga bersih.. yg herannya negara kita pulak x blh buat mcm tu emmmmmmm
ReplyDeletebagus btl kt sn.. klu la mesia buat gitu gak.. tp tong kitar semula tu pun mcm hiasan je kt tepi jalan.. hurmmmm
ReplyDeleteKalau kena asing bagai tu pun ai malas nk buang sampah hehe....
ReplyDeleteNanti kalau balik Malaysia terus mintak kerja ngan Alam Flora ke Majlis perbandaran ke ...Senang sikit nak apply semua tu kat sini hehe
Sian u boring sebab JJ gi skool. Sampaikan masalah persampahan pon dah berada dalam perhatian u skrg.
ReplyDeleteBoleh tunjuk bukti tak yang Berlin tu kotor? I nak tengok puhlisss....
I pernah dengar pasal sistem ni Lepat Pisang yang berebut anak tu citer dlm youtube. Tapi dia kat berlin ke kat mana eh? heheh. Masa dia citer tu i kagum macam mata tak berkelip punya kagum, boleh negara jerman buat sistem mcm tu. Dan boleh plak mereka educate rakyat mereka untuk ikut sistem tu. I masih kagum.
siap berkunci tuuu
ReplyDeleteAda dua perkara. Satunya kita boleh ambil contoh cara mereka menguruskan sampah. Nampak clean persekitaran.
ReplyDeleteTapi yang kedua (agaknya); diorang buat (cash exchange) sebab ramai kaki mabuk tu yang banyak kaca berterbangan. Yang rajin boleh buat duit. Kat sini botol kicap/sos/cuka tak laku...
kat sini pun kena buat camtu kot, sbb mcm taman kat umah yati ni dekat ngan satu kampung so, diaorang dok tumpang sekali buang sampah, siap tak cukup tog lagi... apa kes??
ReplyDeletebab malas buang sampah.hehehe I le tu. tunggu hubby yang buang. kalau sikit buang sendiri kalau menimbun, mula la nak manja, kononnya tak boleh angkat berat. sebab pernah terseliuh angkat periuk. so..alasan tu telah berlarutan selama lamanya.
ReplyDeletepart asing kan itu ini tu yang leceh. nak kena buat filing dulu baru boleh buang. kikikikik..
mentallity I yg malas ni membuatkan sistem 3R kat malaysia terbantut. muahahaha
cheq pun x suka buang sampah kt umah tu..tu semua kerja en. hb kdg2 tu sj biarkan sampah byk2...sekali mulut ni x bising pasal sampah..sekali tu wat donoh je..xsuka ok sampah byk2 lam rumah..huhu
ReplyDeletemmg best sistem persampahan kat berlin tu..lau msia cam tu kan best..xdelah sn sini bertaburan sampah..ada tong sampah pun x guna gak kt msia ni..org msia suka sgt buang merata2..kdg2 suka hati je campak sampah dr dlm kereta tu ha..
tp x leh bla sggup campak anak nak amek baju2 yg dibuang tu...adoyaiii
yg best tu dpt cash balik hehe
assalamualaikum sis
ReplyDeletemaaf lama xsinggah sini
wah sistematik tol la pembuangan sampah kat sana...siap blh dpt duit balik lg tu hehe
Sangat2 membuka mata Umi Qi wahai mommy JJ...disana betul2 serius amalkan konsep recycle...itulah budaya org malaysia..kena berpuluh kali ajar baru sekali ygbuat huh...rindu JJ
ReplyDeleteI WISH MALAYSIA IS LIKE THIS. I WISH! :)
ReplyDeletesalam ukhuwah nas..saya intan:) seronok nya bila tgk org ada pengalaman duk oversea termasuk nas...suka la baca entry ni...sistem teratur ja ...kat Malaysia aduhai..malu la..huhu
ReplyDeletebagusnyer ada sistem yang macam ni !
ReplyDeletekiranya ada jugalah system pembuangan sampah dan menggalakkan kitar semula.. bila lah boleh buat ni kt Malaysia..^__^
ReplyDeletesistem tu dah bagus.. lestari... hehehe
ReplyDeleteSistem buang sampah kat sana baguslah...kenapa kat Malaysia tak buat cam tue..
ReplyDelete