Thursday 26 June 2014

Mantera Belacan

Umum mengetahui yang papa JJ amat menggemari sambal belacan. Bukan itu sahaja, malah beliau amat memuja sambal berkenaan sehingga kadang-kadang ditapaunya ke tempat kerja supaya rakan-rakan beliau dapat turut sama menikmati keenakan sambal kebangsaan Malaysia tersebut (auta, bukan fakta. Jangan nak marah I pulak yer yang bukan penggemar belacan).

Namun, sekitar masa saya hampir bersalin tempohari, kami kehabisan stok belacan dan saya sebolehnya mahu cuba menghindari pengambilan produk belacan dalam masa berpantang jadi saya tidak menopap stok belacan itu (tak salah mencuba kan). Akan tetapi, kesian amat bila melihatkan wajah hampa kesayangan beta, hari-hari duk sebut belacan, belacan belacan. Setiap kali nak makan nasi goreng tanya sambal belacan... si Papa JJ tu la. Akhirnya semalam masa ke kedai, saya beli la sebekas keciiiiiik jer sebagai pengubat rindu beliau.

Then tadi pagi, masa saya siapkan roti sapu jem untuk bekal si JJ ke sekolah.. apabila saya meminta JJ menghulurkan saya jem kegemaran beliau, dihulurnya belacan nan sebekas itu. Huk alooooh kenapa la letak sebaris dengan jem dan nutella ni, maka saya pun cuba mengeksplain kepada JJ bahawa itu bukan untuk sapuan pada roti, dan tak boleh dimakan begitu sahaja terutama untuk dibawa ke sekolah.... oh no no no. Memberontaklah anak kecil itu, bukan dia tau apa. Nak tak nak, terpaksa saya tidak menghiraukan dia dan memekakkan telinga sahaja, giler kau nak sapu belacan kat roti, heh!!!

Ok la, minta diri dulu yer...mahu ke dapur menyambal belacan supaya suami sayang muahahah. Hebat betul penangan belacan ni yer.


*Semalam I visited few blogs and commented on some using different ID. Jeng jeng jeng.... (^.^)

27 comments:

  1. wah baguslah, melayu tulen pun ada yg tak suka belacan ;)

    ReplyDelete
  2. Haaa patutla semalam akak komen different ID. Eka dah agak akak sebab ada Jelita di dalam komennya.

    Hebatlah Papa JJ. Bangga i sebagai orang Malaysia hikhik

    ReplyDelete
  3. Wah...bagus kekalkan tradisi melayu kita sukakan bekacan...kesian Jelita...

    ReplyDelete
  4. Tadi dah komen, tapi tak appear pulak... huhuhu
    Bisa sungguh penangan belacan... Hari2 papa JJ duk berzikir yer...
    JJ lagi kelakar, nak letak kat roti lagi.. tak leh nak bayang lagu mana rasa roti letak belacan... hihihi
    Itu la, dah agak yg tu you punya komen...

    ReplyDelete
  5. belacan ada banyak jenis rupanya. selama ni dok fikir sejenis je until makan sambal belacan utara, peh. peh. dia punya kaw, nasi goreng ikan rebus buh sambal blacan utara, mak aih! mertua lalu toleh skali je pastu x toleh2 lagi dah :D

    ReplyDelete
  6. sambal belacan campur dengan mempelam sedapnya!!

    ReplyDelete
  7. salam mama gegerls..
    muahaha..tu dia..belacan punya psl..kalah iols yg dok kt mesia ni..hihih..
    cayalahhh :)

    id lain??

    ReplyDelete
  8. belacan bau wangi, memang sedap yumyum

    ReplyDelete
  9. Wah.. sedap tu sambal belacan hasil tangan isteri kesayangan. Saya dah lama tak buat sambal belacan, haha...padahal tok laki kawe pun suko sambal belace jugok. Nasibla dia buleh bini malas buat sambal ni. Hihi. Bukan apa, kalau ada, saya pun termakan juga.

    ReplyDelete
  10. saya x suka buat smbl belacan tp kalau org buat mkn x hingat.

    ReplyDelete
  11. siap bapak ngan anak lagi tuh gilakan belacan..heheheh...tabiklah papa JJ sambal belacan yg berbau pun dia tak kesah..mesti mama JJ buat sedap kan..
    cu bg try teh letok belacan sapu atas roti bg dia rs dulu...heheh

    ReplyDelete
  12. Hahaha sian jelita ... napa tak bagi sapu jak Nast, tengok apa rasa dia hehe

    Tabik spring dgn papa JJ ... peminat belacan wlupun bukan malaysian :)

    ReplyDelete
  13. Bw :) salam singgah dari irra
    http://www.irrayyan.com

    ReplyDelete
  14. sapu tengok, bagi dia try.... benda tu bukan racun or bawak mudarat,x apa kalau kasik dia try. mana tau kot2 trs dia pangkah belacan lepas ni

    hahahahaha

    ReplyDelete
  15. penangan sambl belacan punya pasal.
    uik.jgn mcm mcm ye jj.kang tak pasal pasal update roti sapu belcan.guano tu...

    ReplyDelete
  16. ikan bakar cicah sambal belacan..sedapp

    ReplyDelete
  17. Jarang sangat jumpa mat saleh makan belacan..

    ReplyDelete
  18. Ingt cerita p.ramlee. beli belacan seludup.
    Mudh ke nk dpt stok belacan?
    Hambe x mkn belcan..seduan.
    Kalau mkn kedai..ok..ok..makn

    ReplyDelete
  19. Salam Ramadhan.. akak suka belacan .. makan tu kena ingat2 juga sebab allergic.. belasah je la kalau tak boleh tahan..

    ReplyDelete
  20. hahahaha..hat ni lawak..sambal belacan sapu kat roti pon boleh..haha

    ReplyDelete
  21. dh kenapa bc entry ni jadik lapar..

    lenkali sapu je belacan kt roti, cer tgk reaksi JJ acane.. hahaha

    ReplyDelete
  22. hahaha.. kalau letak jugak belacan kat roti tu, agak-agak JJ makan tak?.. hihi

    ReplyDelete
  23. Hebat penangan belacan ni yerp. Mcm mana lah rasa klo sapu kat roti...hehehe...sian JJ. Tunggu beso sket baru bley bagi mkn sambal belacan.

    ReplyDelete
  24. Nape lak guna diff ID tu?...
    Nak menyamar ke hape ? Hehe.... Oh belacan mmg bestlah MJ....Sudah tukar ka?

    ReplyDelete
  25. Tak bagi dia bau skit belacan tu sbg bukti yg belacan itu tak sesuai disapu ke roti. hehehe. Dah tu, kekawan ofis papa JJ pon suka ke dgn sambal belacan? U buat pedas2 ke utk papa JJ? Ajaib betul org bosnia suka mkn belacan.

    ReplyDelete
  26. sedap tu sambal belacan..akak suka..akak suka

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...