Showing posts with label places. Show all posts
Showing posts with label places. Show all posts

Saturday, 9 February 2013

Di Sarajevo Ada Taman


Yang cantik ya amat. Nak2 time winter.

I never get muak with these views (*-*) Psstt.. its snowing again in Berlin here, tak heavy. 
Kan best kalau betul2 snow macam kat Sarajevo dalam gambars ni.







Stchuuupid. 
Papa JJ la, dia cakap kalau nak tengok magic pi duk bawah pokok tu. Pastu... kita yang lurus bendul ni pi la setia ikut arahan. Pastu kan... dia cakap cer push sikit pokok, suh cek kuat tak kuat.
Hmmm... salji runtuh atas kapla. 


Chinese New Year over here takder apa langsung. Best nyer kat Malaysia makan limau Mandarin sampai buntal, dah la favourite JJ tu. Ada jer jual kat sini, 3euro per kilo. Huh angpau pun tarak. Happy bercuti uols.


*We are in Berlin, yet I talk more about BiH kan, dah memang sana cantik sangat. hihihi

Monday, 4 February 2013

Tembok Berlin Bukan Di China


The infamous Berlin Wall, yang dulu memisahkan East and West Berlin. Takder la apa sangat kat sini, dinding batu tu jer, tapi sebab its history and simbolik kepada kebebasan... so it became one of a must see place if u ever in Berlin.
Banyak history dia, tak perlu kot I cerita kat sini sebab I sendiri tak paham. 
Ba dum tssss!!


Panjang tembok ni and dorang tak robohkan semua, tinggalkan sikit siti situ sini untuk ingatan. This part, 1.3km and penuh dengan Street Art Graffiti. Ramai jugak yang terkorban masa cuba cross over tembok ni dulu. 

Tembok is by the river side lagi... best lepak2 minum ice cream makan kopi-o. (Jangan nak betulkan ayat gwe, itu typo :p) Kat river ni tak der buaya tembaga, buaya darat banyak la dan ada hotel boat juga, kepada yang berminat untuk dilambung ombak rindu, boleh la bermalam atas air sinun. Tu nampak dalam gambar atas ada bot, itu la dia. 

Berlin Oberbaumbrücke.
Bridge merangkap jalan rel, gothic bangunan nyer. 


View dari bridge.
Nampak tu graffiti bessarrrrr punya. Penuh satu bangunan yang tak berapa nak cakar langit ha. 

Beruang adalah maskot Berlin, beruang adalah merata-rata di Berlin. 
Yang ni jenis jinak manja.

This one time I sempat tengok dorang conteng2. 
Kalau dapat kat I spray tu sumer... wuishhh gambar titanic karam singh I buat. 

I tak sure pulak berapa kadar kekerapan dorang tukar2 graffiti kat sini, some images stay lama... some kejap ada, kejap takder. Macam Chipsmore :p

Ini me last year, nak jugak tepek kat sini. Harus la ada aku :p

Papan tanda, tangan kat belakang.

Pelik2 image nyer, jenuh ah nak tepek sumer.

Ini si Monster sama bapaknya. 
Tau la voring hadap dinding sepanjang jalan, tidur jer dia. 
Ker ada image yg buat hipnotis? Tak perasan lak.


*Cebisan tembok ada dijual as souvenier. Korang jangan request pulak, penat nak punggah batu naik kapal. 
*Unesco awarded Berlin as a City of Design, jangan tanya ku tang mana design nyer. 
*Berlin Wall dibina pada tahun 60-an dan diruntuhkan pada tahun '89 (I duk tarik ingus la time dorang robohkan ni).
*Our house just 10mins walking distance, macam seram la jugak kan. And even until now, Berliner still tanya "which part u live, East or West?" Kami tengah2 border, tak dapek den nak nolong.
*I lemah la subject fakta ni, payah nak auta. Temberang pun kena berhemah tau.
*Highly recommend this spot untuk mereka yang suka history, disini lah bermula nya.
Sis NurBijen, tempting nuff?

Friday, 1 February 2013

Kota Lama Sarajevo

Soooo many interesting stuff to share about Bosnia, for me.. tempat ni sangat unik dan istimewa. Maybe sebab tak sesak, banyak bangunan2 lama, even as a post-war country, masih kukuh bangunan yang dibina long long time ago, zaman Ottoman lagi. Makanan dorang pun sangat2 best tak banyak mekdi kepci dan tak risau status kehalalalanya lallaala. 


One of the oldest mosque in Sarajevo. I was very excited then.


Tempat wuduk lelaki, kat gate sebelah luar pun ada jugak lagi satu paip, tapi mostly orang ramai singgah minum dan cuci muka even air sangat sejuk... untuk berkat katanya. 


Tapi berkunci bila not "praying time". Punya semangat I nak experience solat kat masjid ni. Yer la solat mana2 pun sama, I know tapi alang2 dah sampai... nak sangat masuk tengok kat dalam nyer. 


Nampak kan banyak menara terpacak2... itu masjid. Ada la jugak few gereja antaranya. Yang I kagum, semua nya sebaris teratur cantik.


Sunset view... nampak umah kecik2 kat bawah sana


This one my favourite



Enjoy the view guys, I kalau boleh nak kurangkan temberang hari ni (*-*)
Salam Jumaat all.


*Recently mereka discover piramid kat BiH. 

Thursday, 31 January 2013

Kampung Ibrahimović


Saper tak kenal Zlatan Ibrahimović???? Sila google. Kalau fan dia mesti tau kan asal keturunan dia dari Bosnia, tapi mamat ni lepak Sweden sejak azali kot. Baidewei, I berkesempatan melawat kampung halaman beliau, Bijeljina (pronounced Biyelyina) di SFR Yugoslavia, sila jangan jeles... bukan I bertendang kat rumah dia pun (*o*)



Ni view masa ondewei ke rumah Atan (nama manja I kasi kat Ibrahimovic). Jalan dia berliku2 macam Kerak hiway, with this amazing view mmg tak terasa apa.



No no no ini bukan rumah Atan yer... ini Etno Selo, Kampung Etnik.
Dorang bina tempat ni untuk umum kenal style rumah dulu2, ala Mini Malaysia kat Melaka tu.


Dengan abang tiri Atan aka laki I. Poyo jer.
Gambar ni buat I nampak kentot pasai I berdiri belah yg rendah tu tau. Please pay attention seeker. 


Kegunaan Kincir Air ni untuk proses bijirin segala. Teringat kat kampung kita pakai yang batu tu kan, yang kena pusing2 untuk kisar beras. 
Oh, korang muda2 maybe tak tau kot :p


Perigi bertuah...konon la. Campak syiling sambil pasang hajat, tahyul semua tu hahahah. 
Btw, that girl is mata hijau is single yo! Yang sorang lagi tu... tenguk perut ah. Piika...chu!


Ada mini railways jugak, masa ni tren tengah pam tayar so boleh la gergasi dua ni lintas sesuka hati. And again, I berdiri belah rendah tau ni :p


One of the old house model. Rumah2 yang on exhibit here kesemuanya real house, rumah asal. Depa angkut sebijik sebijik dari serata kampung dan ditempatkan kat sini. Memang etnik asli.


Makanan tempatan sana. Daging salai yang dipotong nipis, roti yg macam jemput2, keju etc. Pinggan ni besar tau, sebesar meja makan 6 seaters, ada lagi few more side effect dishes. Haa... ni untuk 4 orang makan. Harga? Boleh dirunding. Tdmm tssssss.



Para gadis menikmati hidangan... errr semua my gambar jenis pipi kembung, yer la tengah makan kan... I is not gemok. "Poguzia" adalah panggilan untuk orang yg kuat makan like yours truly here.
I was pregnant la :p


*Bijeljina adalah kampung asal papa JJ before family dia pindah ke Sarajevo after war.
*Masa perang dulu, this area yang first kena attack sebab border dengan Serbia.
*Katanya, di zaman Napolean... golongan "bosses" pilih kuda betina untuk tunggangan masa berperang. Sebabnya... kuda jantan nak kencing mesti kena stop. Boleh imagine kan risiko disitu?


Dari Ibrahimović ke kuda.... panjang lak temberang kali ni.
Ciao. 



Wednesday, 30 January 2013

Berlin Jannowitzbrücke


Jalan2 cari tempe sambil mengirup eh, agi idup agi ngelaban...  MENGHIRUP udara tepu area umah. It was 2 degrees yesterday, so ais pun mula la menyair... ker mencair? (Dan dan nak betulkan tatabahasa). 
Anyway.... here we go.


View from the bridge.
Jannowitzbrücke Train Station yang dekat ngan umah kami. So saper2 nak menyinggah nnt, boleh stop kat stesen ni yer :p Stesen ni bertingkat tau, ada underground tren lagi bawah sungai tu. Ha itu adalah sungai.... ok, adalah sedikit beku.


View from the bridge belah lagi satu.
Banyak cruise yang lalu sini, port dia pun depan tu jer.. belakang Brazil Embassy yg I mention before. Menara yang tinggi tu, TV tower am Alexander Platz. Biasa la macam Menara KL kita... touristic area, ada cafe berputar bla bla bla.. pun ada tren station, even bigger. I prefer station yang this one sebab banyak lift, easier untuk hot mama macam I yg kena usung stroller sana sini.


Yang ni Melayu sesat. Kau kenapa sengih macam tu JJ? 


This what I hate about winter, tu nampak jalan berlopak air? Dah la penuh dengan small stones, melekat kat kasut, tayar vehiculo sumer. Balik umah merata bersepah batu2 api tu even kitorang tak berkasut dalam rumah selain kasut untuk rumah (motif explain sumer ni?) Sebab I fenat berlumba kutip batu2 tersebut dengan si JJ ni. Bukan boleh percaya budak sorang ni, kang dia telan, berak batu nanti. 


Lintas jer bridge ni terdapat Chinese Embassy, belakang ni jer park yang ada beruang tu. And Asian Markt faveret kitorang depan sikit. Banyak Asian shops sekitar ni tapi kami pilih yang ni sebab tokey dia sangat friendly dan selalu offer barang fresh, macam Mak Jah kat kampung offer kain baju latest design... baru la feel like home sweet home kan. 


Ok la, kesekian dulu jalan2 Jannowitzbrücke kali ini. Tschuss!

Tuesday, 27 November 2012

Winter Traum am Alexa

Winter Dream Karnival. Merata tempat ada fun fair musim sejuk untuk masa sebulan ni. 
 Semalam kami pergi yg depan umah baru buka this week, kalau bukan monster yang rasmikan, saper lagi. 




Teruja banyak lampu lip lap, pandang kamera pun tak nak. 



Ini lah sebab musabab gambar saya tak banyak, tension jer kalau minta laki ambik gambar. Takdak satu pun gambar I yg elok, sumer spesis gegar. haishhh



Masih excited....
banyak kereta berterbangan
musik berteraburan
orang berkeliaran
toys bergelimpangan



Berjaya!!!
Berbekalkan 50 cents,  tekan berkali2
Gigih bapak dia main permainan (macam pelik ayat) nak dapatkan si Ted ni untuk monster. 
See... kasihnya bapa. Konon!



Monster langsung tak lepaskan Ted, dakap kemah keming. Terharu tau bapak dia, tak sia2 usaha keras mengerjakan mesin game tadi.



Sangat meriah, banyak game tapi takder yang sesuai untuk monster. 
Tunggu la next year kalau nak terbang2 yer sayang, for now rekee2 jer dulu k. 



Snow White's dwarfs. 



Macam lukisan pulak dalam gambar... ini real tau. Patung2 real maksud I. 
Pehe dok?



Seluas2 alam pesta tu, workshop ni menjadi pilihan. Sini actually paling selamat untuk monster berdiri di atas kaki sendiri, less crowd... boleh la mak pak hilangkan lenguh sat.




U guys tengok, ada rupa monster tak? 
Nampak la tang baju tu berjaya dilukis, paras rupa langsung tak dak... ini jer yg tak puas hati. Mahal giler kot!!! heishh nak nak I suruh dia lukis balik, tapi tu la... malas nak kecoh. Dah la almost setengah jam monster melangut depan tu jadi budak baik kejap, unsangkarable!

Saturday, 24 November 2012

See Sea


Melepak tepi laut last summer yang tak berapa nak summer. Sejuk kemain angin dari laut yg tak berpantai ni. 


Banyak kapal cruise, kapal layar, kapal selam dan kapal segala kapal kat situ sbb port depa pun. Bau busuk minyak tapinyer.... dan air pun kotor, merata najis serati. First time kot monster tengok real duck, kesian.... 




Monster cam biasa la, happy asal dia boleh keluar berjalan2 lenggang itik. Ramai jugak orang berpeleseran kat sini, especially warga tua. Sedut udara laut, sambil lumba jalan ngan monster.




This one funny, dia nampak ada girls lepak kat atas rumput bergedik santai, dia pun laju jer lari nak lepak sama. I risau sikit nak duduk2 lama kat situ sebenarnya, pacat.





She was too tired already, menangis minta dukung. Tapi kalau still cover ayu teriak  lagu tu, kami tengok jer la. Blom tahap kritikal guling2 atas jalan kan hahaha.

Nextime, we get on the cruise to Madagascar yer sayang... wink wink.

Sunday, 18 November 2012

Ich Bin Ein Berliner...


Picture tells a thousand words, lahhh sangat. Monster doesn't let me type, so post pics jer la. 

Some old cathedral


monster muka buhsan

Infocenter

Berliner Dom

Of some warriors

and more



A University, see monster semangat.

Brandenburger Tor



tak manjat tak sah



street performance

Ini time jejalan 2 months back, time belom sejuk yg melampau... just around Berlin city ni jer. Nothing much kan, just old buildings, old old old. Shopping malls kat sini pun tak banyak, kecik2 ala Amcorp kat PJ tu jer. Dah la Sunday all close, so layan bangunan jer la. Lucky boleh cuci mata... tetttttt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...