Thursday, 20 November 2014

Tanglung di Berlin (warning: banyak gambar)

Semalam temankan si Jijah berarak dengan tanglung, one of her Kita's activity sempena Lanternfest. Nah layan gambar (sila klik untuk tumbesaran). 

Jijah with her bestie Helin, itu adik beliau Lulu. Jam 4pm tapi dah gelap, sejuk pulak tu baru lepas ujan.


Ini pulak adik Jijah iaitu Tipah yang sentiasa excited asalkan dapat keluar tak terperap kat umah.. sejuk la wei brrr. 


Cikgu-cikgu Jijah menghulurkan minuman koko panas dan bretzel. Kami chow pergi kafe yang tak jauh dari situ, tak tahan sejuk... dalam Kita tu dah crowded sangat.


Polis untuk membantu pantau lalulintas pun dah ada...kereta nya harus lah menjadi tumpuan kekanak. 


Termasuk si Jijah tu ha. Amboi... model tanglung ker?  


Tetiba Jijah hilang, intai punya intai...

Nah tu dia. Dah kat dalam... syok tumpang keta Polizei? 


Hampir jam 5pm, ibu bapa semakin ramai berkumpul. Memang agenda acara start jam 5pm la, and dorang kat sini sangat punctual.. kalau kat Malaysia ni, pukul 6 pun tah kemana hala lagi ni. opsss


Payah betul nak snap gambar dia, dah la I nak jaga Tipah lagi. Owh bapak dia masih bekerja yer di waktu itu... demi sesuap nasik lemak. 


Belum apa-apa dia dah start "lawan pedang" pakai tanglung dia tu. Lantak kau la Jijah, rosak kang jangan nak minta baru. 


Acara bermula dengan alunan muzik. Ramai tau... beratus jugak la yang hadir. Yer la sorang budak jer dah ditemani mak bapak.. adik abang turut sama. Meriah. 


Perarakan pun bermula. Kebetulan kami antara barisan hadapan diketuai Jijah dan rakan-rakan. Ya Allah berlari tak ingat dunia depa ni. Suara I jer boleh dengar duk jerit "Jijjahhhh Jijjaaaaaaah jangan kau lari tinggalkan mak kau ni naaaaaaaak. Ke mari kau nakkkkkkk". Hampir gila I panggil dia tau. And lucky that couple depan I (dalam gambar ni) yang merupakan parents to Jeremy, one of Jijah's close friend tolong jaga, tengokkan dia. I memang tak terkejar dah. 


Tipah apa lagi... berselimut sedap sejuk-sejuk ni.. layan tidur lagi best. 


Tak jauh pun berarak.. pusing area Kita cum rumah kami ni seround jer, berkumpul balik depan Kita untuk acara penutup layan band lagi sekali. 


26 comments:

  1. wah bestnyaaaaa aktivit cegini. kalo malaysia nim, mesti x rmai yang join sebab asal jalan je bepeluh! hahaha ---kerusiburok---

    ReplyDelete
  2. macam pesta tanglung kat sini jugak. Cuma celebrate masa cap goh meh kalau tak silap..

    ReplyDelete
  3. Kita kat Malaysia ni lain..hehehe.. Kumpul pukul 10pm dalam tentative program kena tulis kumpul pukul 8pm..hahaha

    ReplyDelete
  4. sebab tu dikatakan janji melayu...janji kul 8 katakan..kul 10 belum tentu sampai..

    ReplyDelete
  5. Seronok pulak kakak tengok main 'kejar-kejar' ni. Adegan mak asyik kena tinggal belakang sebab anak ligat dah lupa dgn siapa dia dtg. Syok dah main dgn kawan-kawan. Cuaca sejuk dan gelap memang sesuailah main lantern tu.

    Comel-comelnya kanak-kanak di sana. Geram kakak tengok.

    ReplyDelete
  6. comeynya si tipah tuh..geram tengok.. tido pon ayu..hahahaa
    syoknya lahai ada aktiviti cam ni..cuaca plak sejuk2 memang layan..

    ReplyDelete
  7. bayangkan diri duduk dalam stoller mcm cik tipah, kena sorong sambil tido....syioookkkkk

    ReplyDelete
  8. fuhhh... tengok gambar pon dah boleh rasa kesejukannya, dah la kt sini musim hujan *kerap hujan* . hehe.. oh, kat Jerman pun ada pesta tanglung eh, igtkan time raya cina je ada *jakun huk2x*..

    alololo... sian adik Tipah sampai tetido - tido berarak dalam pesta tanglung, dah tu crowded pula. heehe.. oh, baru sedar, jam 5pm dah gelap eh kat sana. baru tahu :) *jakun sekali lagi* ;p

    ReplyDelete
  9. haha kelakor tengok si jijah duduk dalam kete polis tu
    meriah jugak ey Nas ^_^

    ReplyDelete
  10. laju je cik jijah masuk.ke dalam keta ye..
    relax je kan tipah.lena lagi baguih.. hihi..

    ReplyDelete
  11. Mak oiii....kul 5pm dah gelap macam ni....

    ReplyDelete
  12. pic muka jijah sebesar alam masa men tanglung x da kah huhu.. mesti comei..

    ReplyDelete
  13. jadi tipah la yg paling best..hahaha

    ReplyDelete
  14. Eh, muka Tipah dah sebijik macam Jijahlah.... Duh! Nama pun adik beradikkan! Seronoknya pukul 4pm dah gelap gelita. I pulak yang tahan seram sejuk kat sini, macamlah ada winter jek kat Malaysia ni. Winter takda lagi, puting beliung ada ler....

    Seronok Cik Tipah melelapkan mata. And you, jerit-jerit tu dalam BM ke? Padanlah orang keliling tak heran!

    ReplyDelete
  15. wa comelnya semua tanglung tu. best la dapat pi jalan2.

    ReplyDelete
  16. huhuhu. depa jalan jauh ke?

    ReplyDelete
  17. ai tgk gambo dalam sejuk ekon kilang ni ai dah gigil kak. huuuu~

    ReplyDelete
  18. serius teruja tgk muka mel..dah sejibik mcm muka JJ
    bila refresh byk2 lagi..yelahh mcm JJ je..igtkan uols throwback gambar JJ haha

    ReplyDelete
  19. Tgk tipah rasa mcm nak nom nom nom.alahai somelnya.geram oiiii!

    ReplyDelete
  20. Merasa gak jijah naik keta polizei yerp. Suka tgk style jijah. Macam dah beso jer dressing nya ☺

    Hahaha...dpt ku bayang kan mama Jijah & tipah terjerit². I kalau handle anak² secara solo memang macam ni. Nasib lah orang sekeliling pandang.

    ReplyDelete
  21. Ha.. betullah memang makin lama Melina dah makin seiras sangat dengan Jelita ni. Alahai.. dua2 comel cute ni.. dah makin sejuk kat sana ya, pukul 5 petang dah sangat gelap nampaknya.. macam2 acara sempena musim sejuk ya. Ingatkan masa krismas je meriahnya..

    ReplyDelete
  22. owh, jerman pun ada pesta tanglung..?

    ReplyDelete
  23. bestnya ada aktiviti mcm ni mesti seronok jijah tu kan..pukul5 dah macam 8mlm tu..

    ReplyDelete
  24. mmg nampak meriah betul perarakan tuh..kul 5ptg dah cam kul 9 mlm kan..oklah boleh buat program lebih awal..
    i dpt imagine camaner susahnya u nak mengontrol sijijah tuh kan..dengan nak menstroll tipah lagi..sib baik ade yg sudi monitor...:)

    ReplyDelete
  25. Kul 5 pm dah gelap cenggitu. Patut le selalu dinner date dlm citer omputih kul 6ptg. Patut le omputih kurus2 sebab last makan pun kul 6. Patut le aku gemuk sbb kul 8 pun masih tak segelap itu kat sini. Ceh alasan. Jijah naik keta polis ke? Hahah.

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand