Friday 27 September 2013

Tajuk Surat

Ohhh baru I jelas akan surat Siti Hajar untuk PM ni setelah research dibuat.. bravo to u sista!

Tu la I duk baca-baca berkenaan surat beliau ni kan, baca sekali dengan komen-komen hat duk ada tu, menarik. Banyak yang sokong, ada jugak yang marah yang katanya golongan belia sekarang terlampau manja la apa la. Ok fine, setiap orang berhak memberi pandangan dan pendapat masing-masing.

Honestly, sejak I duk bertapa kat Berlin ni... I lebih banyak fikir dan kenangkan Malaysia. Kalau dulu I tak kisah pun hal ekonomi negara semua, hidup ala kadar, ada... ada. Takder, diam. Kalau kita tengok embentangan bajet yang dibuat sister ni, its based on midde class kan, tu pun dah macam nyawa-nyawa ayam jer dah. And kat KL tu berapa ramai yang dapat gaji lebih rendah dari tu? How about those yang salary rm800? Ada.... ramai. Owhh dapat BR1M yer?

What makes me think more of Malaysia when am here? Ok let me cerita secara ringkas berkenaan taraf dan kos sara hidup kat sini.

Gaji untuk golongan lower income kat sini pun lebih kurang Malaysia jer... even dapat in Euro, tapi spend in Euro jugak, sama jer. So gaji 800-1500 euro untuk golongan ni memang cukup-cukup la kiranya. Harga barang-barang kat sini saya pun tak tau nak cakap mahal ker murah sebab ramai yang dah bising katanya harga meningkat 20% berbanding last year. Contoh harga barang yang bukan luar biasa atau special brand.

Carrot sekilo: 90cent
Susu segar 1 liter: 45 cent
Ubat gigi: bawah 1euro
Rokok sekotak: 4.50euro (considered mahal, so ramai yg hisap rokok gulung sendiri)
Ayam sekor: 3-4euro
Buah Oren sekilo: 2euro (maybe sebab import kot, barang2 Asian pun boleh tahan harganya, yer la...import kan)

I selalu kalau masuk kedai jarang sangat la nak spend more than 20euro. Itu pun 2 kali seminggu shopping kalau I rajin. Bab baju bajan pun, 20euro tu kira mahal dah la harga nya, dah cantik sangat dah. Kalau nak yang basic biasa-biasa 3euro tu berlambak duk ada kualiti ok cuma pesen jer la tak "IN" kata kau.

Harga minyak kat sini bukan di bawah kawalan, so every stesen boleh ikut suka hati depa hari ni nak letak harga berapa esok berapa, but mostly still bawah 2euro seliter tapi masih dianggap mahal dan memang tak ramai yang pakai kereta kat sini walaupun tiada tol dikenakan. Sebab tu mat salleh kalau ke Malaysia depa merempit pusing negara sepuasnya sebab minyak macam almost free kata depa. Jangan ada marah I pulak ni, bukan I yang kata ok.

Bila kita compare harga barangan dengan gaji lower income memang cukup la kan. So middle class kat sini kalau monthly gaji 3ribu euro ke atas memang kira kaya hidup mewah dah la, nak tukar iphone every month pun boleh, eh?

Yang ada anak pulak, kerajaan jaga welfare anak-anak bagi elaun semua. Medical kat sini pun free. Tapi.... orang kita sanggup ker, tax tinggi giler! And wajib bayar health insurance. Other than that, negara sini antara yang paling rendah korupsi. Hmmm bab ni memang payah nak buat kat Malaysia.

Nampak tak apa yang I nak kaitkan kat sini? Huhhhu I sendiri pun tak nampak.


* Honestly I malas sebenarnya nak citer bab-bab ni, nnt korang cakap "kau duk sana diam-diam sudeh". Ngeh ngeh ngeh tapi I tetap nak citer tak banyak, sikit.
**Kalau nak nampak jelas perbandingan yg I cuba nyatakan ni, jangan nak kalut convert harga dari Euro ke RM.. just look at the number, not the value. And after that pandai2 la nilaikan.
*** I ni dah tak golongan belia, so takder la beriya I nak sokong pun hehehehe.

32 comments:

  1. Assalamualaikum kak, nice entri! sheila memang dari mula nak sangat tanya akak camne harga runcit kat sana. now i know.. dengar2 kat Malaysia nak naik harga petrol lagi =_______='

    ReplyDelete
  2. pehhh..petrol 2euro per liter..kalau convert, RM8.72/liter..mahal gila..

    ReplyDelete
  3. bila dok kt negara sendiri...ramai yg bandingkan dgn negara luar..bila dok kat luar..baru tau hujan emas dan hujan batu hehe...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Pergh, memang jalan kaki jela kat sana..Hahaha..

    ReplyDelete
  6. Dekat sini kalau dapat harga macam itu ramai yg buka warung/gerai dah kaya-raya Nas. Ini yg kaya org tengahlah... rakyat yg gaji 5-6 ribu pun masih sesak duduk di M'sia ni... apa tak bayar tumah pun dah ribu-riban. Belum kereta lagi. Hospital free ada tapi ubat makan seminggu masih tak kebah lagi...

    eh.. nak cakap banyak pulak kakak ni ye. sorry-sorry-sorry...

    ReplyDelete
  7. Walaupun mak dah golongan wanita tua....tp mak pun tak faham kalau cakap pasal ekonomi....pickup lambat kot....hehe...lagi satu sebab tak cari duit...numpang duit laki hehe

    ReplyDelete
  8. Kalau kita tak lalui sendiri pengalaman orang memang kita akan rasa kita shja yg susah.. tapi kerajaan boleh cuba belajar sesuatu yang baik dari negara lain bukan? untuk kepentingan rakyat terutamanya..

    Bimbang sangat dengan masalah kat sini..

    ReplyDelete
  9. Kalau ikot tukar currency memang mahal. tapi dengan perbelanjaan di negara macam u list out ni. Memang murah rasanya. Takde menekan rakyat. hahaha boleh tetibeeer ayat macam ni. LOL

    ReplyDelete
  10. sorry terpaksa delete komen sebelum ni.. macam mana boleh terletak salah figure pulak... adoi la... lain kali kena double check bila letak figure... huhuhuhu

    tapi kesimpulannya, mmg best belanja dalam euro/pound tanpa perlu convert.. kalau melancong mmg lain cerita... sbb kena budget betul2 dan duit kita dapar ciput jer bila covert to pound/euro... bila bermastautiin sementara, boleh rasa yg kuasa membeli kat sini sgt tinggi... baju bajan kalau nak yg ekonomi, selalu bid yg bundle dlm ebay... lawa dan branded.... hihihi

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. takut nk komen lelebih.terus delete yg tadi.hehe..

    apa pun kena bijak berbelanja.nak tak nak kena gak terima. kena tahu nilaikan mana keperluan mana kehendak...:)

    ReplyDelete
  13. dok jd silent reader jer sbb ssh nak komen dukung arissa..huhuhu..rsnya harga2 brng kat m'sia tuh cam overpriced..sbb tuhlah kos hidup menjd tinggi..
    dl ssl jgk dok berngan nak kerja kat uerope, pastuh simpan duit..bila tukaq RM..jd kayoo wehhh..heheh

    ReplyDelete
  14. bekas manager aku yang skg duk kat scotland ade bagitau, bila dah duk kat sana, tak payah pikir dah soal convert2 duit ni..sama la cam ko cakap ni...haha..

    ReplyDelete
  15. Perbincangan yang serius ni.....susah nak komen pasal semua tu, yang penting kena bijak uruskan kewangan masa ni.....harga barang2 melonjak tinggi tak seiring dengan pendapatan....huhu

    ReplyDelete
  16. erk.... economy issue? nak komen apa ni?dapt BR1M? eden tak dapat pong. minyak mahal..eden naik motor je datang kerja. bising jugak. dok bising kat laki je la..

    bising pot pet pot pet.. barang dapur laki yg beli. saja dak wat kepo. sian laki I tau, sekali naik barang kempis poket dia.

    I cuba hidup mcm mana mak ayah I hidup. tak de baju branded. beli je kat kedai jual murah. melancong pun once in the blue moon.

    nak makan sedap sedap masak sendiri.

    tapi kat sini I memang geram, kalau cha ya nun alif yg jadi supervisor kat kilang gaji belas belas ribu. laki I jadi superbezo tak de sampai gitu sekali pun.

    majority org deme je yg pegang jawatan besar. so, deme je la yg kaya.

    walaupun kerja ngan company jepun, mat salleh, tapi soal rekemen gaji org calit yg control. so selain makan nasi kami makan hati...

    sib baik I ada side bisnis. kalau idak tak de belanja la mak ayah kat kampung.

    ReplyDelete
  17. Quite berani jugak la budak yg buat surat tu kan? Err. Terpaksa admit sbb kalau tanya diri sendiri, rasanya takkan terbuat surat macam tu. Hehehe.

    Malas nak komplen. Malas nak bising2. Sbbnya tau bising & komplen camne pun takkan merubah apa2. Baek I pk cemana nak kumpul duet banyak2 utk tak rasa susah & sempit. & one more thing, lagi penting banyak2kan la bersyukur so that ekonomi macam mana pun, rezeki kita still tak putus & mampu hidup selesa. Eh, tak suh org laen wat camni pun, ni cakap untuk diri sendiri :D

    ReplyDelete
  18. Seronoklah baca entry dan komen2 yang berinfo macam ni. Macam kebanyakan rakan kat atas tu, saya pun rasa takut nak komen melebih. Pendek cerita, SEMUA orang kena berbalik ke asas agama.. buat apa sahaja ke bersederhana.. kalau semua orang buat termasuk rakyat dan pemimpin, in shaa Allah boleh atasi masalah.. hihi... entah relevan ke tak komen ni....

    ReplyDelete
  19. emmm...

    tax tahunan diorang berapa kak dora?

    ReplyDelete
  20. dgr macam murah kat sana bawah 10 euro tp bila convert..mak hang mau pengsannn,so moraf of the story mau x mau kena terima seadanya,bising2 pun tetap gak harga naik..

    **lps ni i decide nak nek basikal lak..save x yah boh myk dah.kekekeke

    ReplyDelete
  21. suka entry ni...sejak2 harga minyak naik ni..byk yang mengeluh dan komplen mcm2..pada saya..kalau mengeluh sahaja pun tak guna jugak kan. baik cari jalan naikkan taraf ekonomi keluarga dan cuba cari peluang menambah pendapatan yang kdg2 memang ada depan mata. usaha tangga kejayaan :)

    ReplyDelete
  22. Bunyinya serupa bebelan je hahahaha.
    Saya pun bukan golongan belia.

    ReplyDelete
  23. tula. ada terbaca juga org share kat FB. sedar, sebenarnya benda tu takkan merubah apa-apa. memang takkan.. teeet..

    apa yg boleh buat sekarang, kena usaha cari sampingan.. kena fikir alternatif utk teruskan menerima semua keadaan secara positif..

    ReplyDelete
  24. nice one, ada pro & cons .. so masing2 kena fikir2kan sendiri !

    ReplyDelete
  25. mama JJ menetap je kat sana.. tp sebagai rakyat malaysia berhak bersuara.. nama pun bagi pendpt kan.. so hak masing2 la kan.. hee ;)

    ReplyDelete
  26. entahlah! mcm2 spekulasi skrg yg jadi..minyak naik, barang naik+kos hidup yg makin meningkat.. yg kaya takde kesan kot, yg susah akan bertambah susah..kesian..apa pun kami sbg rakyat ni terpaksa redha je lah..huhu

    ReplyDelete
  27. The point is jangn convert!! Memang murah gila barang2 dekat sana...!! Susu 45cent, mana nak dapat dekat sini. Compare dengan gaji 1500 tu pun macam2 dah boleh beli. Dekat Malaysia, nan hado. Pengalaman pergi Dublin, serius murah. Eh, kalau bab2 baju tu kalau convert duit malaysia still murah lagi.

    ReplyDelete
  28. Salam,
    nice entry i likeee..sememangnya belia mesti peka dengan benda ni.tak kira lah duk dalam negara atau luar negara,kita semua berhak bersuara untuk negara kita.btw,tak dinafikan negara kita memang banyak korupsi.hahaha . korupsi dan kronisasi, rakyat jugakkk yang rugii.opsss.hee.

    Kat egypt barang dikira sangat murah bila convert ke RM.haha memang shopping sakan..

    ReplyDelete
  29. errr.. memang malas nak kisah dgn ekonomi semua tu.. camne pun kena terima jugak ape yg dah ditentukan.. cuma kena pandai2 berbelanja.. tp tu la yg selalunya failed.. kekeke..

    ReplyDelete
  30. kt malaysia, berlumba² org beli kete.. pakainya idak.. kenkadang satu umah, 4ketul kete.. xtau nak salahkan sape..

    ReplyDelete
  31. Setelah campeur tolak bahagi darab....i stop working..duk umah jaga anak..rendu gak nak cucuk atm hujung bulan...tak pe la dah cita2 nk je surirumah....hidup setakat mampu..rasanya msia ni beras pun mahal..kat negeri omputeh at least roti..gandum..susu murah

    ReplyDelete
  32. syukur la.malaysia masih aman..kikikiki
    nnt kalau cakap lebih, paksa kita duk negara lain pulak kan..haha

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand