Tuesday, 19 February 2013

Nah Sebakul Karipap

Kalau nak bercerita tentang manjare (makan), Malaysia memang tak terlawan dek mana2 negara I rasa. Dengan masyarakat majmuk, pengaruh dari segala benua dan kecintaan orang kita terhadap makanan, sentiasa terjadi fenomena makan2. Pavlova la crepes la cucur penyeram la,eh. Pasni apa tak tau la kan. 

Kedai makan pun berlambak mencanak naik sana sini seperti cendawan tumbuh selepas hujan, dan cendawan itu sedap digoreng dengan sos tiram atau celup tepung dimakan begitu sahaja. Jenis bercawangan seperti kopitiam, ani, slow killer fastfood pun dah macam pencawang letrik jugak dah, tersergam merata. Of course la kan, nice weather, stress kerja, lifestyle... so kedai makan ni la tempat untuk berjumpa rakan taulan sanak saudara, malah untuk bermesyuarat lembaga pengarah sekali.

Lembaga @ Monster sedang bermesyuarat

Panjang mukaddimahnyer... Ini cerita kami ketika pertama kali ke kopitiam di KL.

Kami memang jenis tak suka hang out minum kopi mahal kat luar, ke sana pun bila ada permintaan dari rakan untuk berjumpa. There's one time, dah la lapar tak sempat bedal anything kat rumah. Ternampak la satu set karipap sebakul dalam menu. My hubby kata boleh la order yang tu satu set, share... kang tak habis, sebakul tu. Harapan yang besar dipertaruhkan. 

Tuunggu agak lama, moment moment moment. Finally sampai la karipap nan sebakul itu. 

Bakul besar sendiri sahaja, karipap 2 ketoi sendiri sahaja. 

Sambil makan karipap kecik cenonet dalam gambar besar gedabak sambil maki (tak berkat di situ) siap berebut ngan hubby (berebut yang tolak-tolak karipap suruh each other makan, but in the same time tarik-tarik malu kuceng). Lepas tu kami berikrar untuk tak ke sana lagi. (I memang tak ke sana anymore, tapi time emergency I call yang bawah umah buat house delivery) hehehe. Aci aci buka pintu... 

Bukan kedai tu tipu, cuma kami tak cek menu betul2. Mana pernah tipu... even mee ayam hanya dua hirisan nipis daging ayam dalam sepinggan yang besar, yer... memang besar pinggan mereka (*o*)

Di sini tak pernah saya saksikan sebarang fenomena makanan. Yang famous mostly non-halal curry wurst sosej itu... itu la. And makanan tradisi macam marzipan (bukan yis yer, itu mauripan), bratzel etc. Same thing year round. Boring kan.

*Saya rindu nasi kerabu, tupak sotong solok lado huhuhu. Rindu D'tomyam juga, Ali Maju juga, Ali tak maju tak rindu juga (Dulu saya kerja kat Pusat Bandar Damansara, almost setiap hari tengok muka Ali-Ali).


*Sampai sekarang kalau I tanya nak karipap tak? Mesti papa JJ cakap jangan buat sampai sebakul, tak habis nak makan nanti. Merajuk dia sampai sekarang. Buruk kan kalau lelaki merajuk. 

Saper nak tolong kira berapa kali I mention "bakul" dalam cerita ni.. hahaha. Again?

87 comments:

  1. Hahaha..tipah tertipu tuu...hiii ketupat sotong..sy pun rendu my feveret tuh, senang nak buat but sotong takder kat sini..yg import frozen jer ade, very the mahal tu ..
    betul kata nas...malaysialah syurga makanan yg tak terhingga..bila dok kat tempat orang barulah rs nak menghargai..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tipah Timah semua tertipu hahaha.
      sotong memang payah la kan nak cari, sini pun I rasa dari zaman batu kot yg duk ada, harga melambung2.
      Kat Malaysia dulu pun hari2 nasi lemak dari pagi sampai ke malam, nasi kerabu setiap kali pasar malam wajib beli. keropok lekor... waduhhhhh.

      Delete
  2. kahkahkah... dapat bayangkan perasaan dan situasi di mana dapat karipada dua butir tu... saya pun penah.. mulalah rasa peniaga tu, penipu yg nak cepat kaya je kejenya....

    tetiba lak menyesal makan nasi goreng seawal kul 7.15 pagi, kalau baca entry ni awal ingatnya harus keluar beli nasi kerabu biru.........ooo dh dua minggu lebih tak makan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh... siap menyesal. hahaa takper, esok masih ada. :p enjoy the kerabu yer.

      Delete
  3. sajer jer buat entry bagi kita rindu makan2 kat M'sia... sob sob!
    dah terbayang nasi kerabu yg superlicious dekat rumah... huwaaa, nak bikin sendiri mmg tak pandai... tauke nasi kerabu pula dah balik M'sia... hohoho

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab tak nak kempunan sorang2 hahaha. Hari tu saya cuba buat pakai kelapa parut kering tu, ikan pun apa jenis tak tau la alaska mari, nasik jangan harap la nak biru, bunga telang boleh mimpi. Macam sedihnya nak makan nasi tak berapa kerabu tu, dgn ulam nyer takder. heishhh

      Delete
  4. ohhh sedapnya ketupat sotong...teringat sorang member dari kelantan bawak dulu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketupat sotong ni takleh makan banyak, muak dan lemau. bak sini sikit. hhehhe

      Delete
  5. Ali maju!!..ukay perdana ke mana2.suka juga!.i pon selalu memaki sambil memakan apabila..harga mahai..tp sampai sejimput/tak sedap..

    paling latest: kluang station..tobat xnak mkn dah..dah la roti dah kaku..sekeping betol2 sekeping..teloq half boil pon dah mengigil dok dlm aircond lame..baik beli sebantal..bako sendiri dkt rumah..puas hati mkn bantal..eh..service charge 10%...ntah ape dia servis pon xtau..

    #eh..ini sudah jadi sesi luah perasaan..muahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ALi maju kat area imigresen damansara, mmg area tu dia conquer hehehe. Macam mana tak maki kan kalau depa duk minta maki.
      Ok, noted, Kluang station boleh potong dari list hihihi. teloq half boil pun boleh gigil gitu, mmg nahas la.

      Delete
  6. Yang suka makan expresso ke coffe latte ke atau apa jua bentuk kopi kat kedai adalah Arjuna sebab benda tu tak boleh buat kat rumah... tak tau nak buat...hehe Okje pulak suka kopi kg yg cair2 je... kepala pun tak pusing minum kopi cair haha...
    Tp betul... menu tu semua penipu...ckp sebakul dtgnya seketul...kalau 2 ketul tu pun dah cukup baik hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan apa, macam tak puas la minum kopi kat luar, yer la kalau jenis2 gitu mmg la kena keluar kan, nak perah latte sendiri? huhuh
      saya pun suka kopi kampung tu, tapi kami minum tak tapis, dengan habuk2 sekali biar mendap ke bawah.
      Cakap sebakul, mmg smapai sebakul. Semata2. hahaha

      Delete
    2. Pergh... sejak komen dah berbakul-bakul ni bizi ye cik MJ...bizi membalas kunjungan dan komenan...sampai entri baru pun tak terbuat...hehe

      Delete
    3. owh bukan bukan bukan, saya telah memutuskan untuk buat satu entry sehari sahaja, unless ada benda yg terlalu saya tak sabar nak share sangat sangat sangat. Ni berlambak entry dalam draft tnggu masa nak publish jer. hehehehe
      Masa berlambak Okje, kengkadang time memalam dah habis bloglist saya baca, komen dah balas, pengomen sudah dijengah, dah tak tau nak buat apa pulak.

      Delete
  7. Untuk makluman, Ali Maju sekarang sudah ada title Dato' .. saya pernah makan di situ, bila berurusan dengan Imigresen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ali Maju tu mmg nama penuh dia ker Pak Ngah? Ha macam mana tak berDato' kalau satu pusat damansara tu dia conquer. Yg kat Putrajaya tu pun dia jugak kan. Makin maju Dato' Ali Maju.
      Servis dorang cepat, standard la mamak, tapi harga selalu lain2 hihi.

      Delete
  8. Paling tak best bila dalam gambar makanan besar gilak.....contoh udang dalam gambar menu besar cam udang galah...tetiba sampai depan mata, cam udang kering jak....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah exactly what I meant. Perumpaan u ni lawak, tapi betul.

      Delete
  9. sentap betul papa jj bila teringat karipap dalam bakul ekk...hehe

    ReplyDelete
  10. kalau ko balik malaysia, rasa-rasa nak makan karipap sebakul yang real..nak 2 3 bakul pon boleh..meh la singgah2 rumah aku..jiran aku buat karipap sedak..order jer..haha..pastu boleh gak aku gomol2 JJ tu nanti..hehe..

    aku pon biasa la dulu pegi pusat damansara sebelum kastam pindah ke kelana jaya..patut la cam penah nampak, nampak menipunya aku kan..hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampakkkk kau!!! menipu. hahaha
      aku tak nak makan karipap, nak makan bakul jer. Aku rasa kau yg surrender bila JJ yg gomol kau nnt, Hulk Hogan pun kalah ngan dia tau (sebab mamat tu dah tua).

      Delete
  11. tgk boley, percaya jangan..sila amalkn konsep tu ye.. kakaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok boley, biarkan air liur jer meleleh tatap gambar macam sedap.
      Eh kalau bukan saya yg terkena, nnt tak leh nak kongsi jadikan pengajaran, takper saya rela berkorban huhu.

      Delete
  12. 'contoh udang dalam gambar menu besar cam udang galah...tetiba sampai depan mata, cam udang kering jak....' ..klaka laaaa ..yang gambar karipap dalam menu tu mesti amik kat pakcik google ni , tu la moment the truth, lain yg sampai .. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. a tu la tak hagak2 perumpaan Mia tapi ada benarnya. Gmabr tah mana2 depa ambik, suka hati jer gitu.

      Delete
  13. nak saya delivery karipap? saya reti buat dan sedap. nak berpikul-pikul pun boleh :p

    kat sana takda nasik kandaq kan? nak post sekali tak? harharhaar ;D ;D ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ------------------------- -----------------
      Itu lah titisan air mata ku yg gugur ke bumi, menjadi salju, terharu :p
      hang tak kandaq karipap mai sini hang siap no.

      Delete
  14. nanti balik malaysia Nastyna bedal 2..3 bakul..kompem terubat rindu..hehe

    err. 5 kali agaknya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang akan pulun semua tu sampai terbongkang.
      5 Kali jer? ala, nak kena tambah lagi "bakul" ni :P:P

      Delete
  15. Malaysia memang syurga makanan..sebab tu kalau kena outstation kat luar seminggu pun dah rasa cam homesick..apa lagi kalau duduk luar Malaysia..tak pe sabar eh.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ngidam nasi kerabu, pulun tempe
      nak tupat sotong, pulun tempe
      nak nasik lemak, pulun tempe
      mujur ada tempe.

      Delete
  16. rasanya tak banyak perkataan bakul..hahaha..
    psst..hari tu nur baru je mkn nasi kerabu, ade jual dekat pasar mlm umah nur, yg menjual tu pula mmg org kelantan, jadi nasi kerabu tu mmg sedaplah!

    solok lada dia pun lemak2 manis..perghh..mmg sedaplah..!

    psst..mama JJ terliur dok...? <--- ayat kasi hangin..! hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. payah nak jumpa solok lada yg betul2 sedap kat KL. pernah cuba yg kat jalan TAR? waduh2 for me itu the best so far I jumpa.

      Delete
  17. Hahaha! Betul la tu dlm menu sebakul, yg real pun dea kasi sebakul kan? Hahaha! Takat 2 ketul tu celah gigi je kut, kan? Hahaha! Bab2 terpedaya gini biasanya kalau kita makan kat tempat mahal la. Biasa laa, advertise nak gempak. Yg real punya, hmm sodihhhh :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dia bagi sebakul, ingat nak jer pulun makan bakul sekali, harga termasuk kan.

      Delete
  18. Itu la masalahnya dengan gambar di dalam menu. Description tentang menu tu biasanya ditulis kecikkkk je. Terlepas pandang la selalunya. Karipap kalo harap dpt sebakul tapi hanya ada 2 ketul memang frust. So, apa rasa karipap tu? Sedap ke tak?

    *mekasih ye sebab menjelaskan bahawa marzipan itu bukan mauripan. Baru je nak terkejut sebab apsal orang jerman makan ibu roti? Hahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa kari kentang. Maybe ada cebisan daging ayam yg terlekat celah gigi tukang kelepet karipap tu kot.

      Hahaha sebab i sendiri pun mula2 ingat ibu roti tu. sebab tu jelaskan awal2 hhihi.

      Delete
  19. TUPAK SUTUNG!!!!!yuhuuu....xdok ko sutung denun. ajar la papa JJ wat plok. btw kros yg dekat & dah ala2 msia ni pun terasa windu dgn happeningnya makanan @Msia, blh bayangkan perasaan u, sabooooor ye :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ado, tapi keghah kejung hok zame bilo dok tahu. kalu dapat, lamo doh buat kak Ros, beras pulut ni pun dah berbunga duk nungu sotong tak sampai2.

      Delete
  20. salam kak..
    muahaha...senapas cma baca mukadimah tu..
    why today cma bw entri semuanya berkaitan dgn MAKAN??
    Saja nk ngetest diet ai la ni.. muahaha..

    Kopitiam mane ni kak? Syahdu syahdan btl kaedah karipap dlm bakul tu.. hihi..
    Rupe tak sebetul yg di imagine kan??dah selalu terkena..huhuh..

    Malaysia mmg penuh dgn makanan.. + obesssss :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hhaha ok ambik nafas please.
      Kopitiam apa tha nama sumer pun dah macam nak sama jer.
      Kalau yg makan tu berpada2 dan ikut style kampung, still ok sebab macam nasi kerabu tu sangat healthy sebenarnya. yang duk pulun fastfood mekdi kepci la yg ada risiko obes. Nasik lemak... heheh tak tau la tu.

      Delete
  21. kedai mana tu sis?kalau ak karipap lenkali cari saya.karipap mak saya terkenal seantero taman, karipap makcik gemok hahaha :D

    P/s : biasa la tu sis,gmbar nampak lain..yang dapatnya lain.eh leh buat report hape

    ReplyDelete
    Replies
    1. karipap tu gemok ker, makcik yang gemok? perlu la dapat ulasan? hehehe ok nnt aku cari kamu afzal, eh cari mak kamu.

      Delete
  22. huk2, cerita pasal makan.. rasa sedih sebab skrg sy sdg kehilangan nikmat nya. harap2 back to normal asap. i love malaysia (food especially) ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Still alahan ke dear? Hopefully pasni u boleh enjoy all the food. Tak lama tu, hopefully.

      Delete
  23. Karipap sebakul?? tapi dtgnya 2 ketui...mau tak gaduh..haha..
    kena rebut sapa cepat..
    uiks! kita baru masak tom yam campur ahad Lepas.. nasi kerabu sllu makan masa sarapan coz sini ada 1 kedai kelantan tu..sedap2 makanan dia..
    nti balik Malaysia boleh lepas kan rindu dendam dgn makanan kt sini..hehe:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. wuishhh tomyam campur, telur dadar makan nasi panas2. huhuu meleleleleleleleeh.

      Delete
  24. Hahaha.. Penangan bakul karipap smpai skarang ehh.. dah lama la plak x makan karipap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan makan karipap sorang2, tak sedap :p share baru sedap.

      Delete
  25. hahahahahlawak gak baca entry nih,,,,lain di kertas ,menu,,,lain sampai,,hiihhihi,,kita masak sendirilah,,huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya nak cuba buat sendiri, karipap minyak la jawabnyer kak. selalu tak jadi la.

      Delete
  26. sweetlah bila lelaki merajuk..hehe

    ReplyDelete
  27. haha biasa la tu..menu ni kadg2 gmbar je lebih.bila dah dapat mesti keluar perkataan "ala" haha kadg2 tu rasa mcm tak bersyukur plak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan... "ala" tu mmg teman mesra kalau makan diluar.

      Delete
  28. karipap! seb baik bukan feveret en hubby he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. takder la faveret kami jugak pun, tapi sebab nampak dalam menu itu yg besau dan macam boleh jadi alas perut kan.

      Delete
  29. indah gambar dari rupa ler tu..... kat mana2 pun sama.... tapi dok kat sana untuk gak.....dpt rasa makanan org......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yups, boleh rasa pelbagai but tapi german ni mostly banyak tak halal. Kat Bosnia saya suka, itu pun heaven for foodies.

      Delete
  30. dapat buat karipap sendiri lg bestkan..tp tak reti la pulak nak buat bunga2 kat tepi tu,susah nak kelepet

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la masalahnya kak, kalau saya buat mesti ternganga masuk minyak. tak sedap.

      Delete
  31. kalau dekat bolehlah saya buatkan sebakul karipap...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alooooh, thank u. Nnt saya dah dekat, jangan lari jauh2pulak yer.

      Delete
  32. betul tu makanan malaysia mang takde tandingannya...pi mana pun mesti teringat kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang... kat sini berpeluh ketiak nak buat tak jadi. mahal lagi.

      Delete
  33. gila kedekut..2 bijik jek??grhhh.. jgn singah sna lg.hahaha..

    ReplyDelete
  34. biasa la tu. gambar tak sama dengan yg real.hehe

    rindu gak .lagi2 dgn masakan kelantan. kat selangor ni susah nak cari.kena balik kelantan gak baru best.sebab tu nik kalau balik kelantan jrg suh ma masak sebab nak rasa byk mknan so baik beli skit2 jea. lagpun harga mknan kat kelantan still lg murah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nik cuba try nasi kerabu kat jalan TAR, ada satu kedai apa dah nama my brother cakap, memang sedap giler. Itu yg paling sedap kat KL saya pernah makan. Harga pun still murah.

      Delete
  35. lain kali nak makan karipap kena beli kat pasar. baru puas hati hati. hehe.. sabo jelah dua bijik je bagi.

    nak makan nasi kerabu ke? meh cikna poskan. hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muhun Chic Na poskan ke Johor dulu. Lagi dekat nak compare ngan nak pos ke Berlin tu. Hehehe :D

      Delete
    2. eh ada kastam. hahahhaa Cik Liyaa hamboi potong jalan nampak ;P;P Chic Na, mohon seludup nasi kerabu melepasi Pn Liyaa please. hahaha

      Delete
  36. hahaha fenomena tipah tertipu ni selalu terjadi kot..bkn sbb tak check menu betul2 je..gmbar makanan tu sendiri menipu..tgok pada pic besaq gedabak...rupanya indah gambar dr rupa..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha..tu la PK. selalu "ala, dan "elehhh", kadang2 "huh"? Ini ker yg saya order?

      Delete
  37. sambil makan sambil maki hahahah sian uols
    mmg memories betul..

    ReplyDelete
  38. hahha.. boleh plak merajuk pasal karipap sebakul..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak la.. dia merajuk pasal bakul sekaripap. bwahaha

      Delete
  39. betoi2..
    tiada yg setanding msia kalo bab makan.maybe sbb kita dilahirkan di msia so dr kecik2 dh mkn ns lemak ns kerabu pastu bila dok obesi kalut la sana xdak ns kerabu kan.muehahaaha itu sgt tepat sbb ms ai kat sana dulu bkn stakat ns je yg rindu..bygkan cucur kodok pun ai rindu tau.hahhaha

    erkkk..dah tukar dr sy jd kami lah ekk.hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ikut tema, aku saya kami kiter.

      payah sanagt nak dapat nasi kerabu, nak makan nasi kerbau la esok.
      cucur kodok bisa dibikin dong. I rasa sajer jer gedik kan pasai payah nak dapat.

      Delete
  40. Hehe mmg geramkan klu pergi kedai mkn mhl tp kuantiti dan kualiti tak up to the price..sy pon jrg pegi mkn kedai2 best kt kl tu sbb tak pcaya punye psl..harap mhl je kan..;D tp klu kt my hometown n melaka tu tau la kt mana tpt mkn yg sdp..mmg rindu sgt mknn msia esp time winter ni..bila sakit tak mampu nk msk terus teringat mknn yg mdh aje dibeli kt msia dan halalan toyyiba..kt sini hmm kedai pakistan aje la huhu ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha time sakit demam rindu tu sumer lagi la. Sini pulak Turkish la kalau nak tapau apa2, tapi currently ni kan duk kalut pasal daging kuda sumer, adehhh mmg dah tak berani nak makan luar langsung dah.

      Delete
  41. makanan malaysia juga yg terbaikkkk kihkihkihkih.....

    ReplyDelete
  42. dua aje..alahai.mau tak geram kan..nasik kerabu my peberet ;D

    ReplyDelete
  43. manjare tu bahasa makan untuk negara sana ke....

    ReplyDelete
  44. TUPAK SUTUN IS MY FEVERET ;)

    ReplyDelete

I'm only responsible for what I say (write), not for what U understand