Selalu sangat masakan hamba jadi begini, masak lain.... menjelmanya lain. Tadi konon nya buat tandoori ayam, bertungkus-lumus kat dapur perap ayam bagai : ~( Hari tu buat jadik (bbq), tapi this time pelik nor rupernyer. Maybe teknik tak betul kot, ker angin sejuk musim luruh ni buat ayam kejang otot tak serap rempah2 tu sumer. Kejam kau ayam!
Sebelum |
Selepas |
"Nyam nyam nyammm" my monster makan dengan penuh perasaan tanpa kata2, sah sedap. I dont need others opinion anymore ;~) Licin pinggan tinggal rangka jer ha. heh heh. Betul tak tipu, memang sedap ;)
Yang paling penting, roti nan menjadik. First time buat nan, selalu capati jer. Kami adik-beradik mmg pakar buat capati pasai salah satu makanan ruji kitorang dolu2.
Cara nak buat roti nan ni hampir sama, just tambah yis, serbuk penaik dan yogurt jer dalam adunan (selalu capati pakai tepung atta, tapi kekadang kami bantai pakai tepung gandum biasa jer). Gelek2 guling2 tu sumer sama. Tajuk kat atas dah betui dah, tada letak itu cheese, pasai kalut monster duk tergantung kat kaki minta perhatian. heishhhh...
Untuk Tandoori yang awal2 mengundurkan diri tu, malas ah nak letak resepi sebab tak berapa jadik, dah macam rendang pun ada. Tu yg tukar nama jadi Undoori. So layankan Naan jer la.
*Doh untuk 6 biji Nan comey2 besar tapak tangan (nak lebih, tambah la bahan)
*Macam biasa campak2 bahan alter mana yang patut, tak der sukatan mutlak.
2 cawan tepung gandum (cwn kecik, bukan cawan kopi setabak yg besar gedabak tu)
1sudu besar butter
2 sudu besar yogurt
1ts yis, 1ts baking powder
garam dan gula sesedap rasa
Bancuh sumer bahan, uli2 buat doh bulat2 dan biar kejap dlm sejam dua. Then gelek2 nipis, campak jer dlm non-stick pan dan cover (Simulator tempayan - cehhh). Kalau tak jadik, tukar sudu yer. Saya tak nak tanggung, apatah lagi menjawap.
hahaha...ada2 je resepi Nas ni... tapi jadik & sedap juga ya.. sy pun sllu buat resepi campak2 tapi last2 betul2 campak kt tong sampah...ahahaha
ReplyDeleteadoii memang sy tak reti masak! :)
Saya pun tak reti la Atie, dah nama pun resepi mengarut. telan jer la... heheh
Delete