Thursday 28 August 2014

Baiknya Kakak Jelita


Sorry gambar macam tunggang-terbalik sebab I laju2 ambik camera dan curi2 snap gambar dorang berdua ni. 


Mama tengah sibuk menyediakan dinner kat dapur and terdengar baby Tipah nangis, tapi mama keraskan hati tak terus berlari dapatkan dia sebaliknya teruskan proses penyediaan makan malam tersebut, tak lama... tipah tiba2 diam. Iskkk tak tenteram nak masak lagu ni (pelik tak anak nangis I tak heran tapi dia tetiba diam I laju2 nak cekidaut). 

Rupanya... Jelita berjaya jadi kakak yang baik buat sementara waktu, errr buat 5 minit. Dia bacakan buku untuk Tipah tu pasal Tipah tak nangis lagi, oh so suwit la kakak JJ ni. Yer la, selalu kan dia suka buat Tipah melalak jer dengan pelukan erat dia tu. 


Kami tak bahasakan JJ "kakak" sebab over here... "kaka" adalah baby slang for berak. Macam tak seswai la kan kami panggil dia "berak" especially depan orang ramai. Masih berfikir apa nak bahasakan Si Jelita ni. Panggil "Along" kang langsung tak menyahut dia kang. 

Wednesday 27 August 2014

Popia Ayam Bersayur Spartan

Lebih kepada Popia Sayur berayam sebab sikit sangat cebisan ayam I buh, just ambik rasa.


Tak perlu any sos pencicah, dah sedap sangat dah enak dimakan begitu sahaja. 


Nak resepi? Nah hambek!

Lobak putih aka radish
Lobak merah
Taugeh
Semangkuk kecil isi ayam
2 ulas garlic
Kulit popia

Lobak putih dan lobak merah disagat-sagat dengan sepenuh tenaga takyah nak lemah lembut sangat la. pastu ambik isi ayam cincang-cincang sampai hancur. Ambik pulak bawang putih tadi letak jer atas papan tu then ketuk dengan belakang pisau sampai lunyai. Puas hati?

Grab the kuali hentak dia atas dapur panaskan minyak.... sampai panas tau!
Campak bawang putih dalam kuali tadi, ambik sudip tonyoh2 dia lagi kasi serasi dengan minyak tu, kaut isi ayam tadi campak jugak dalam kuali, bantai2 la kasi tergoreng semua. Dah tunggu apa lagi... masukkan la lobakan yang dah disagat tu, kacau la!!! Ha dah layu belum? Kalau dah masukkan togeh, gaul rata tutup api terus. Kang togel togeh aku.

Fuh penat la marah2 ni, pi rileks dulu ambik napas, satgi boleh gulung popia. pepandai la gulung tu yer. Kenapa marah-marah ni pun I tak tau, overexcited kot popia sedap sangat (^.^)

Tuesday 26 August 2014

Video Duet Amai-amai

Lamanya tak rakam keletah Jelita... ni pun mujur sempat rekod dia nyanyi lagu "tepuk amai-amai", lagu favourite dia dari dulu. 



Duk ulang santan kelapa muda jer, confuse budak ni hahaha. Si adik pun amboi kemain goyang kaki kasi bunyi-bunyi tu kan... itu bunyian dari socks dia... berkerincing. 


comel sangat setoking


Dulu Jelita panggil lagu ni... lagu "Putak-putak". Tepuk-tepuk la!!!



*Kenapa hari ni susah betul nak buka satu-satu blog, tenet lembab ker blogspot problem? Mood bw down lagu ni. 

Monday 25 August 2014

Lego Discovery Center Berlin

Ahad semalam kami ke Lego Center Berlin yang terletak di Potsdamer Platz. Takyah intro panjang2 la ek jom tengok gambar jom (sila klik untuk tumbesaran) 

Zirafah daripada Lego depan bangunan as landmark, memang senang nak cari tempat ni dari jauh dah boleh nampak.


Masuk2 jer Jelita terus terkam tempat main panjat-panjat ni. Kang satgi letih nak explore this place canner, takat nak main panjat2 kat Kita pun boleh. 


Takper la, since kau nak main sana gasak pi la. Boleh mama duduk mengopi jap, perlu energy kan. Aper la bapak kamu ambik gambar stranger, payah betul nak snap gambar bini sendiri. 


Haaa ada pun. Konon yang tadi tu dia snap persekitaran... katanya. Itu budak Tipah tidur, tak peduli dia hingar bingar kat situ. 


Ku dalam rimau... macam tu la kot motip. 


Tiffany tak nak ketinggalan


Berpeluh-peluh dia main, tapi memang agak panas pun tempat ni, underground level -2.


Apa laaa yang ko bina ni JJ. Lantok ler asal bahagia dan tak kacau orang punya. 


Kawasan ninja, tu ada laser2 nanti u kena cilok2 macam dalam filem perompak berlian tu semua. Kami tak kuasa nak merompak, lalu sebelah bahagian luar tu jer melawat kawasan. 


Nama pun Lego center, harusla binatang lego di setiap ceruk. Tengok Jelita... dia kan menonong jer jalan buat macam kawasan jajahan dia, berlarian bapak nya mengikut. 


Tipah nak tunggang rimau, ngam la. 


Ninjago. JJ muka dah penat tapi tak nak rest.


Depan 4D kino (cinema). Kami tak masuk sebab ada baby, suruh bapak dia bawak Jelita masuk tengok mesti best, tapi tak nak dia bini nya tak join sama. Mannnjaaaa ni... ker takut? 


Batman! Jelita masa ni nak gaduh ngan budak Arab yang kacau masa dia nak bergambar ni, amboi bekeng mu nih.. gerun mak pak kau tengok kau marah orang gitu. Tapi u guys pun tau tau la kan arabs ni, depa main terjah jer sesuka hati depa.  


Kesian uncle ni sampai tertidur2 dia kesorangan kat kerusi tu, meh kita teman dia meh. Si Tipah cool jer melihat persekitaran, senang bawa dia jenjalan tak meragam langsung.. 


Masa ni kami cakap "suka la tu bergambar ngan uncles kamu kan".. lantas Jelita cakap "no no no... this papa and this mama". Depan2 orang tau... kuajaq. Errrk ok salah kami yang mulakan. 


Ada jugak yang shorter than her.
Memang banyak benda boleh buat dengan lego ni kan, korang pun boleh bina macam2 kat sini kalau rajin, weols malas uols. Oh ada jugak benda macam merry go round u boleh naik sambil kayuh tapi Jelita tak cukup ketinggian, roller coaster pun ada, pun Jelita tak cukup tinggi so next time la kot. 


Kat tingkat atas pulak, boleh la tinjau2 banyak yang for show and u still boleh main tekan2 butang ada la benda tu nanti gerak2. Yang this one pusing stereng macam Jelita buat tu then ada kapal ker apa gerak tengok siapa yang sampai dulu. Tak nak kalah dia ni tak padan ngan kecik. 


Yang ini pulak tengah nak launch fighter jet.


Ha cantik kan, ini kat mana ek tempat ni..macam familiar. 


There... kuar dah jet pejuang nya. Cantik lengkap ngan waterfall semua. 


Mini Berlin. Kat area ni boleh tengok bangunan2 tersohor kat Berlin ni ha, jelajah dalam 30minit hihihi eh siap ada siang dan malam depa buat tau. Itu semua boleh gerak2 belon tu naik turun, jongkang-jongkit pun terjongkang-jongkit ok. 


Nice. Berlin Wall pun runtuh.


Dah la jom balik, I bukan boleh lama2 tempat ramai orang macam ni, dah la tertutup, bersesak pulak... perut pun berzapin keroncong, cukup la 3 jam dalam tu.


Harga tiket sorry I tak pasti malas nak cek tapi depa caj budak 3 tahun ke atas, rasa cam rugi sikit tak datang awal bulan lepas boleh JJ masuk free, ni dah la banyak game dia tak leh join. 

Overall, ok la... boleh la masuk sekali sebagai pengalaman hidup. We had fun tho, would be more fun kalau mama makan kenyang2 sebelum masuk sana huhu. 

Cerita Hujung Dua Miggu Sudah

Apa tajuk kau bubuh ni? Gagal betul bab penghuraian, lantakkan. 

Last 2 weeks kan kuar jenjalan, gambar baru transfer jadi hari ni baru boleh tayang sini muahahaha. 


Terpancar sinar kegembiraan di wajah anakanda beta. Dapat shopping jer sengih lebar, budak2 apa tau. 


Ini lah dia play mat yang saya royat hari tu, kakak nyer yang paling excited tumpang sekaki dua. Budak 3 bulan dengan 3 tahun macam dah nak sama size nya. 


Eh ada pulut ayam buatan sendiri muahahaha. Lagi mau riak tayang2 kat sini, Kapten Azmi la ni suka sangat tayang makane kelate tu kan... orang boleh bikin sendiri la muahahaha.


Macam banyak jer gambar snap hari tu penuh memory, baru tingat camera di tangan Jelita so segala mak nenek dia snap, burung jer berpuluh kali dia petik.... itu belum campur lantai bumbung semua. Makanya, ini jer la yang bisa di-share for now. Nanti I upload better ones hat kami kuar semalam pulak yer (^.^)



Friday 22 August 2014

Sushi Tak Sushah



Lihat lah sushi ku.... menarik bukaaaaan. Ini sebelum dipotong.

Ya Allah berserabai sebenarnya, tapi dapat gulung padat tu dah bangga habis dah. Eh colleague tok laki kawe siap nak order hokeh.. katanya dia gulung tak menjadi. Haaa sengok, bukan senang nak menggulungnyer tau, nampak jer mudah. Tapi... betul betul ker kau nak order? Susha susha jer, pergi la kedai beli... belambak duk ada juai, heishh ngengada. Ker papa JJ yang nak makan sushi lagi tapi malu nak cakap? Elelele sejak bila reti malu ni?

Untuk yang ini I letak avocado, timun, carrot dan telur dadar jer. Ada juga few rolls salted salmon untuk papa JJ, I myself tak suka ikan mentah. Kalau gi kedai pun hak lagu ni jer I ambik, rugi kan kalau bawak I makan sushi... ker untung? Baby octopus I usahkan nak sentuh, pandang pun tak nak. 


*Macam mana la dorang buat ada hello kitty ada sakura bonsai semua. Respek.

Thursday 21 August 2014

Tipah Mengadap Beruang

Ini dah berbulan lepas I pun hampir lupa. Ada satu hari tu I ada 2 appointments and memang kena heret si Tipah sekali, makan separuh hari jugak la tapi tak settle-setlle pun lagi paper ni hahahaha. Oh birokrasi.

Anyway... on the way balik, I dah penat sangat so nak jalan pelan2 jer sambil hirup udara segar dengan Tipah, no rush dah...mari kita tenangkan fikiran dengan mengadap Pak Beruang. Jelita dah biasa sangat ke sini dulu sebelum masuk Kita. Ok nanti nice weather kita bawak Jelita yer... skang jom jenjalan ngan dak Tipah.


Tak jauh dari rumah kami ni, ada satu rumah beruang (yang dekat dengan Brazil embassy tu)... dulu dua ekor tapi satu dah mati. Pernah gak dorang nak cuba pindahkan beruang ni somewhere else tapi dah tua sangat dah, so biar la dia habiskan sisa kehidupan kat situ.


Gambar bukti Tipah dah masuk mengadap beliau. Beruang adalah maskot Berlin, jadi tak perlu tanya kenapa beruang tu berumah di situ.


Muzium sebelah rumah En Bear, apa dah nama muzium ntah... tak pernah masuk. Ini bahagian belakang. 


Some pieces of Berlin Wall, here and there ada benda ni


Yang sebenarnya... Tipah tidur jer sepanjang jalan, mak dia yang macam orang giler bebel sorang2. Eh tak, mak dia perasan tourist snap gambar sorang2. 


Nampak tak satu dot merah kat tengah2 hijau padang? Itu adalah gadis putih berambut merah sedang berjemur.


Alamak... mama silap parking la nak. 


Jambatan penghubung ke rumah yang diseberang sungai. Time ni cantik kan, cruise bawak pelancong menyusur sungai Klang pun banyak waktu ni, tu yang tengah parking salah satu nya.  


Dah senja.... balik balik balik! Pemandangan dari bilik kami sebagai penutup.


Wednesday 20 August 2014

Pemberian Tok Nenek



Cantik tak subang. Inilah pemberian Deda (atok) dan Nena (Nenek) Jelita, diberi tika dia masih baby lagi, tapi belum bertindik masa tu kan so kita simpan dulu. Baru-baru ni smepena birthday ke-3 beliau kami pakaikan dia yang ini, santek berseri-seri. Sesuai la tak berjela just nice melekap kat telinga, so boleh la pakai ke Kita. 


Tipah belum bertindik.



*I duk berkira-kira nak kuar shopping kat luar tu gelap jer. I takder baju nak pakai huhuhuhu. I have nothing to wear for shopping even. 

Tuesday 19 August 2014

Masak Lemak Cili Padi Daging Salai Bosnia

Bukan kat Negeri Smilan jer ada daging salai ok, kat Bosnia nun pun ada. In fact daging salai ni merupakan makanan tradisi... tapi diorang makan macam tu jer as kudapan, kalau letak dalam masakan pun sikit2 untuk rasa smoked.

Kat umah kami ni, daging salai memang sentiasa ada. Bapak budak ni siap beli hak seludup masuk dari Bosnia ha, ada jer sebenarnya dijual kat kedai Turkish tapi dia eksen cakap tak berapa mengancam yang tu. Suka hati awok ler.

Actually dah lama I nak cuba masak-lemakkan mendalah ni, tapi kurang yakin sehinggalah.... pagi tadi!


Tada!!! 
Dari gambar nampak macam dah ok kan. 


Inilah dia sebatang sebaris setongkol daging salai yang telah direndam sementara waktu. 


Bersama bahan-bahan lain, tiada dalam gambar adalah serbuk kunyit. Simple lagu ni memang I loike very much. 


Masak nasi, goreng taugeh... tangkap leleh makan sorang-sorang. 
Sedap giles ok, pedas-pedas manja mesra menyapa tekak, tak pekat sangat sampai banjir kuah I simabh ke nasi, fuhhhh bopoluh poluh. Petang nanti papa JJ balik nak suruh dia rasa, and harapnya dia restu penggunaan daging salai dalam menu kali ini. 


Sebab selalu dorang makan macam ni jer....sambil tengok tv (^.^)


Monday 18 August 2014

Tersalah Pinggan

Leher kejang bila bangun tidur kita panggil "Salah bantal" kan? Tapi kalau sakit tu lepas makan, boleh la kita panggil "salah pinggan". Boleh ker? Asyik la nak salahkan itu ini jer kerjanya hehehee. Kejadian berlaku disebabkan tunduk terlalu lama ngadap pinggan tak angkat-angkat kepala, itu tandanya makan sedap la tu. Pssttt pulut ayam....

Cuti weekend kami macam biasa jer, Sabtu tok laki balik kejra half day siap2 kuar jalan2 beli apa yang patut... yer la sini kan Ahad kedai semua tutup, so Sabtu jer la masa untuk pow tok laki, itu pun masa tak banyak huhuhu. Kami beli play mat untuk si Tipah ni, dia kan dah nak masuk 3 bulan umurnya tapi tak meniarap pun lagi, tanda2 untuk mengiring pun takder ni sedangkan Jelita dulu masuk jer bulan ke3 dah pantas meniarap. Kami takder la nak rush budak Tipah ni... tapi still kena encourage jugak budak ni kan, bukan apa... kami duk letak dia atas sofa jer manjang, memang payah la dia nak gerak guling-guling, usahkan dia.. mak nyer ni pun once bontot berlabuh di sofa ni memang taknak bangun lagi dah, duduk la situ sampai lebam. Ini kita boleh namakan "salah sofa" (^,^)

Pastu kami ada jugak beli some souvenir untuk cousin papa JJ yang nnt nak datang sini sebab ada seminar, just a lil something for her daughter.. tapi si JJ sibuk cakap dia punya. Oh play mat si Tipah tu pun kalut cakap dia punya siap huyung hayang bawa benda yang lebih besar dari dia tu. Kesian.. rajin... tapi satu pun takder untuk dia hahahaha.

Owh talking of her rajin-ness, Jelita rajin susun-susun baju Tipah dalam drawer, sometimes I minta dia campak jer atas katil nanti I kemas, tapi tengok2 dah bersusun elok dalam tu. Mama love u la sayang.




*Semalam bersungguh si Tipah gelak bila I tanya "nak kangkung belacan"? Suka benar mak kau berbau hapak belacan kan, mak baru nak start tepek2 bedak kat muka after many years.... 

Friday 15 August 2014

What is it? Aku lempang gak kang!!!

Kalau bercakap dengan anak kan, asyik lempang jer yang aku offer kat dorang... dari sebesar Jelita sampai la ke sekecil Tipah... tanya nak itu ini apa yang tak kena sakit ker tang mana... tapi mesti penyudah ayat adalah "aku lempang gak kang".

Teruk kan I.

Yer.. I tengah kontrol napsu amarah la ni. Sebelum ada anak lagi teruk baran tak bertempat, panas jer manjang. Sekarang ni dah kira bagus sangat dah ni... tapi nak hilangkan terus benda amarah ni memang payah kot, saya cuma mampu redakan ia jer buat masa ni. (kejap aku, kejap I ni saya pulak... nampak sangat konflik identiti kan.. ahh wateva la).

Then few days ago, I tengah nak tidurkan si Tipah ni... biasa la baby nak tidur kan dia merengek-rengek manja, I pun biasa la jugak bebel-bebel manja, "apa dia lagi Tipah oi, kalau ngantuk tidur la... mama nyanyi karang menangis pulak kamu nanti..." bla bla pot pet pot pet (canner budak tu nak tidur), kendian datang la Jelita berlarian dengan wajah girang berseri-seri tangan terangkat paras bahu sambil tanya "Wanna slap baby? I slap baby?"

Haaa dia sukacita offer diri to do the job. Dia ingat semua perkara boleh settle dengan pelempang kot. Mama insap.

Setakat ni Tipah masih belum dilempang kakaknya. 


Nampaknya, I really need to change my own attitude soonest possible. Eh I tak lempang dorang ni (kang uols betul2 ingat I saiko hari2 lempang anak), I cuma menawarkan perkhidmatan tu jer... tawaran tanpa had. Ni yang nak kena ubah. 

Any idea apa yang patut I tawarkan mereka instead? (^.^)

Thursday 14 August 2014

Kerana Terpaksa Aku Relaikan

Betul la tu tajuk tu, Relai... bukan rela. Relai ni kok kelate maksud dia "gheja", tau tak apa dia. Gheja tu relai la... hak hak hak. Tak tau takper, duk diam2 situ jangan menyampuk orang tua nak bercerita. Yang tak tengok citer ni sila skroll down to the end, tak payah baca hek hek hek.

Saya dengan ini kagum dengan diri sendiri sebab berjaya menonton drama bersiri yang judulnya seakan di tajuk atas, firstime ni habis tonton kesemua episod drama melayu (seb baik tak banyak episod). Bukan nak kata saya tak tengok citer melayu, tapi paham2 la saya ni mampu tonton online jer, so kalau jenis drama yang berjela2 bertahun nak kena tunggu dorang upload kat tenet, memang tak ar. Honestly saya suka tengok si Izreen, sempoi minah ni. 

TETAPI...harus la ada tetapinya. Ok I dah pernah komen.. give a piece of mind about this drama sebelum ni kat someone (^,'')  tapi nak ulang tayang kat sini lagi skali. 

Dari dulu dulu dulu selalu sangat buat drama tangkap muat asal boleh... felik aku. Bebudak upload better storyline kat utube ok, ini drama tv macam ni jer kualiti? 

Macam ni....

Si Indah tu kan nak balik kawin, nikah kahwin ok! Bukan balik cuti hujung minggu yang duk main2 last minit tu kenapa? Pastu dah kena tinggal kat R&R cepat2 la cari jalan minta tolong saper2 pinjam duit or minta tumpang, bukan kena tinggal dalam hutan. Ni idak... jadi penunggu kat tempat rehat tu hari berganti malam. 

Pastu dah dapat sampai ke rumah, si bapaknya pulak.. takkan takleh nak dengar langsung penjelasan tak nak siasat usul periksa. Alaaah nak marah sangat tu kenapa? Malu? Aib? Kan anak kau dah ada depan mata tu, anak kau dah sampai ke rumah dengan selamatnya pun patut dah syukur, ni tak! Tau la kau dah kena guna-guna, tapi orang sekeliling, mak sedara tu... tengok jer?? Langsung tak boleh nak tolong? Orang kampung pulak... sorang pun tak hulur tangan? Brutal betul. 

Ok la.. dipendekkan citer memang takder tempat untuk dia kat kampung tu lagi dah kan, so pulang la dia ke bandar Kolumpu. Mana rumah lama tempat kau sewa sebelum balik nak kawen tempohari? Dah let go sebab tamat pengajian? Eh... habis tu mana kawan2? Takkan takder sorang pun kawan available nak dituju, bukan nyer kau kat oversea tempat orang yang sampai tak ketahuan hala macam tu skali. Lagi skali brutal. 

Dan agak pelik keluarga Zen, Datuk Sufiah terutamanya yang suka sangat2 kat budak Indah tu. Bukan nak kata la yer.. bagi saya biasa-biasa jer kot seorang "Indah" lakonan Izreen tu... common jer a girl yang berperwatakan macam Indah tu, I meant it is good, just nothing special yang diluar jangkaan... so bila tergila sampai lagu tu, I heran la.... ker ada specialnya si Indah ni yang I tak nampak? 

Last but not least, Watie ngan mak dia. Haaaa yang itu pun memang tipikal sangat kan. Tapi kan, walau depa ni bawa watak jahat... I suka tengok. Depa ni jahat yang I tak rasa meluat sebab dorang ni kelakar. Dah la pandai Watie nyanyi, sedap kan lagu dia... sedih jugak la kat certain scene.

Ok itu jer kritikan saya yang langsung saper tak nak feduli, itu pun I belum cakap pasal Saiful. Eh few days lepas I tengok citer "Rock Sangkut". Bodonyer lawak sampai tersembur2 mee goreng I makan masa nonton citer tu. I suka jenis lawak sempoi gini... pandai pulak si Hazama tu berlakon yer.

At the moment I layan korea balik, ni dak Alis ngan Zonaku la ni pengaruh suruh tengok citer The Greatest Love, I Loike!!! Memang kena ngan jiwa I la cerita yang payah I nak persoalkan jalannya.

Anak anak pun mula terbiar. 

Wednesday 13 August 2014

Bogoking

Bunyi cam Korea lak, bogo bogo. Ni la cara Jelita sebut burger, tambah "raja" kat belakang tu jadi apa? Haaaa gitu intro.

Sebenarnya benda ni dah lama I nak cerita, kena pulak dengan time skang boikot memboikot itu ini kan, especially mekdi yang teruk sangat kena hantam... tsk tsk. Sepatutnya kena boikot semua rangkaian fastfood, bukan hak satu tu jer. Pelik la dengan sesetengah orang kita, asal boikot jer badut tu kena, walhal yang lain pun patut kena. Jangan pulak korang ingat I sokong mekdi, tak.. tak... dah lama I boikot semua ni yer.

Begini, selain dari kita tak patut makan fastfood sebab tak elok untuk kesihatan dan penyumbang kepada ekonomi amighika bla bla bla... hari tu dalam beberapa bulan lepas la kat tv ni tunjuk macam mana set set reporter undercover menyelinap masuk ke salah satu franchise bogoking sebagai pekerja dan merakam cara depa operate kitchen ni semua, gempak kot isu ni time tu... so la la bogoking ni duk kalut buat "open kitchen day" la apa semua and that particular branch tutup dengarnya... "franchise" pun kata depa. Tak kisah la, tapi memang geli ah tengok bogoking since kuar undercover. Imagine dengan baju seragam sama tu la dia masak, serve pelanggan dan buang sampah siap lompat masuk dalam tong tu pijak2 sampah, itu antaranya la.

Kesimpulannay disini, tak perlu nak pergi maki hamun kedai and pekerja sana... cukup la dengan kita pulaukan mereka dengan tidak membeli atau mengguna produk berkenaan. In fact pasal bogoking itu hari takder saper pun yang tunjuk protes pegang sepanduk marah2, takder... protes dengan cara boikot jer dah cukup, menggelupur bogoking nak bersihkan imej depa balik skang ni.


Ni jangan I kena saman sebab sebarkan cerita, hamba bagitau yang benar semata.
Jerman adalah antara negara yang rendah kadar korupsi, and selalu kuar kat tv sini pun hal hal berkenaan human's right la hak hak pelanggan etc dan banyak jugak show tentang mematuhi peraturan dan undang2. Haaaa main-main la lagi.

Kami kalau teringin nak makan bogo, ada satu imbiss sebelah Netto serve halal food. Yer, produk makanannya halal depa siap tunjuk lagi paket yang depa guna bila kami tanya (bukan kami minta tengok, kami tanya jer). Tak semua Turkish imbiss serve halal food yer.

Tuesday 12 August 2014

Karipap vs Popia : Murtabak Mini

Sepagian diri ini berbelah bahagia... nak buat kariapap ker nak buat popia untuk santapan kelaurga (nampak tak banyak typo yang mana saya malas nak betulkan, lantak la). So dalam berkira-kira tu tiba-tiba terpikir, why not kita buat both... 2 dalam 1, so termuncul la idea muratabak mini segera atau dalam tatabahasa yang lebih tertiba, pakai kulit popia... so takyah bergelumang dalam minyak nak mencanai menebar bagai walau I terror bab-bab tu. Percayalah.

Lagi pun... sejak pemergian bunda tok laki tercinta pulang ke tanahair beliau, tok laki ada la menyesyorkan buat murtabak sebab dia macam rindu nak makan burek (ala... yang pita seakan muratabak kita tuuuw). I malas sebenarnya ngan anak kecik leceh la nak bertepung semua tu, tapi dalam hati rasa bersalah pulak tak tunaikan permintaan, macam ditelan rasa karipap, diluah rasa popia.

Maka, murtahak... muratabak... murtabak! nyer......

Senang, Sedap, Seseseswai!!!


50 keping kulit popia I habiskan sekali harung, banyak kan. Heh, sekali hadap jer kami makan banyak tu, nama pun mini. 

Resepi pepandai la korang gugel kalau nak, lagipun uols ramai yang dah buat cara ni kan, I jer yang baru try. This one I buat inti daging kentang. Nextime I nak try buat cheese, spinach or chicken.. ilham dari Bosnian pita. Uwhh marveles, tok laki tambah2 sayang ni. 


Monday 11 August 2014

Tak Elok Makan Lebihan Anak

Nanti anak tak mendengar cakap kita... kata orang tua-tua la. Ok depa tak cakap "tak boleh".. cuma tak elok jer.

Kata saya pulak, lagi la tak elok membazir jadi sedaro setan.... takkan nak dibuang makanan tu, kat kampung lain la Nek boleh bagi ayam itik rimau makan.

I bite first, then it is mine. 


I selalu bagi anak makan dulu, suap dia kenyang2 sampai dia dah tak nak baru saya makan. Nampak tak pengorbanan di situ? Haaaaa takut anak tak cukup makan, kasihnya ibu.... konon. Walhal tak nak anak kacau masa mak pak makan muahahaha. And disini jugak, memang akan saya bedal lebihan anak sekali la, sebab tak nak membazir dan malas nak cuci pinggan banyak2, main tambah jer dalam pinggan anak tadi. Effisien sangat kan.

Jadi... kena doa lebih la ni supaya anak mendengar kata, dan kita tawakkal jer la yer. Uols ada ker jugak yang makan lebihan anak ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...