Friday 30 November 2012

Sambal Blatchenn

Versi Mat bin Salleh. My husband pandai buat sambal belacan tau..... and sometimes sedap. Tak selalu pun sedap pasai dia takut2 nak letak belacan dan cili banyak2.





Biasanya pakai cili padi semata untuk sambal belacan pujaan hati ni, tapi tok laki tak tahan pedas melampau, so terpaksa mix dgn cabai hijau (itu pun pedas jugak lagi). Dan bawang pun pakai hok besar sahaja, kat sini payah la nak jumpa bawang kecik. Kurang menyengat.... boooleh la buat lepas gian.

Btw, "blutchen" yg sebutan hampir sama dengan belacan bermaksud "helaian kertas" dalam bahasa Jerman. Ganah....ganah!



Thursday 29 November 2012

Cooking Lesson for Monster Chef

Kelas memasak cap ibu dan anak. Lesson semalam adalah cooking for the kids, by Chef Sven.

Bersemangat kami 2 beranak meredah ujan pergi kelas ni semalam. Tak sia2, banyak tips dan infos yg kitorang dapat, selain tapau makanan bawak balik. Kiasu giler. Huishh wat malu orang kampung jer kan, hehehe. Dorang la yg bagi, dah siap2 pack kan letak dlm stroller lagi, segan I tauuuuuu.




Ni nak share some infos, I sure ramai yg dah tau... buat refresh jer la yer. Saya ni banyak yg baru tahu :p And kalau ada tips why not share kan sekali. Btw kaedah2 ni pun terpulang jugak pada persekitaran dan kanak2 tu sendiri.

Bayi dan kanak2 perlu makan 4 kali sehari selain dari bekalan susu yang secukupnya. Pagi, tengahari, petang dan dinner around jam 6pm, bukan tengah malam. Recommended to give fruits, veggies dan sikit jer flesh. Untuk budak takder gigi, kena la buat puri. Monster 6 bln dah tumbuh taring huhuhu. Btw I ada resepi dari Chef Sven ni kalau ada yang berminat.





Budak Jepun ni baik sesangat, mak dia letak jer kat atas alas tu, main la dia sorang2, tak nangis pun. Monster kecik2 dulu dah lompat masuk periuk dah kalau biar sana.



And few more infos that make me go "owhhh....." :

No salt no sugar for them kids. Maybe for us tasteless kan, tp sebenarnya rasa natural buah dan sayur tu sendiri already a big flavor explosion to babies yg baru start makan.

Buah-buahan yang too ripe mengandungi kadar gula yg sama banyak dengan coklat. Ngeeee

Jangan bagi terlalu banyak buah kat kids, takut terjejas aturan  makan dia (my problem exactly). Contohnya banana, kasi separuh jer buat alas perut. All this while I kasi jer monster makan setakat dia nak, no wonder la tak menentu corak pemakanan dia. Fruits jer pun, ingatkan takper.

Certain sayuran seperti bunga kobis tak elok untuk kids, angin. And dahan seleri hijau juga tak sesuai untuk bayi kecil, umur macam monster boleh la, so pakai the ubi instead. Some idea, rebus 2 slice daging ayam, carrot, dan ubi seleri tu.

Fennel tea terbaik untuk melegakan kembung perut. (pasai sini takdak minyak yu yee kan) haaa

Lebih tinggi kandungan fat dalam full milk, lagi bagus untuk kanak2 sbb mereka memerlukan energy. Especially kat sini yg bersuhu sejuk. (I duk ingat yg low fat tu paling bagus, hmmm.... ada jugak I kasi monster durian crepes satgi ni).

Tak perlu kupas kulit buah-buahan, sebab that skin yg banyak kandungan vitamin. Puri campuran apple, pear, plum dengan susu sikit... sedappppp. I boleh tolong habiskan kalau baby tak nak ;)

I am very sure semua orang tau yg ni, jangan masak terlalu lama dengan haba panas nnt all nutrient hilang, best to steam those food.

Paling elok to use makanan bayi yg disejuk beku  dalam tempoh 2 hari tu. Bukan apa, nutrients dah tak der kalau simpan lama2, even makanan tu masih elok.

~~~Chef Sven~~~





Mama sibuk belajar masak, monster sibuk mengajar koksir kokdang. See la duk suruh budak kecik tu buka tutup drawer, tak cukup dia sorang buat sepah kannnn. Time ni dia dah kenyang makan, satu pot Chef  kasi suh dia "try", I pusing tengok, lengan baju dah sinsing sampai ke siku. Hambek..... "merasa" seperiuk sorang2.


Apa pun, I believe every mother knows what is the best for her kid. I share ni just as a guide, dan some cooking idea... kot2 ada yg blur2 macam saya dulu.

Wednesday 28 November 2012

Don the Nut



Tengah berpeluh bijik mata duk canai donut ni, my husband datang la jadi mandur menjenguk menyibuk.

Mr: Why got holes?
Me : Ni kan donut
Mr: But I dont like holes
Me: Ok, U makan la yg tepi2 tu, leave the holes for me.

Padan tak muka dia :p

Owh jangan pandang semacam.. saya bukan isteri durhaka. Dia jugak yg start buat lawak bodo ni bila I komplen pasal cheese berlubang (serius cheese yg ada lubang2 tu tak sedap, for me la. And dia pulak suka yg tu).

Hasil donut setelah dironggeng, adalah pelik seperti yang dijangka. Macam roti berlubang jer rasa dia.

Tuesday 27 November 2012

Winter Traum am Alexa

Winter Dream Karnival. Merata tempat ada fun fair musim sejuk untuk masa sebulan ni. 
 Semalam kami pergi yg depan umah baru buka this week, kalau bukan monster yang rasmikan, saper lagi. 




Teruja banyak lampu lip lap, pandang kamera pun tak nak. 



Ini lah sebab musabab gambar saya tak banyak, tension jer kalau minta laki ambik gambar. Takdak satu pun gambar I yg elok, sumer spesis gegar. haishhh



Masih excited....
banyak kereta berterbangan
musik berteraburan
orang berkeliaran
toys bergelimpangan



Berjaya!!!
Berbekalkan 50 cents,  tekan berkali2
Gigih bapak dia main permainan (macam pelik ayat) nak dapatkan si Ted ni untuk monster. 
See... kasihnya bapa. Konon!



Monster langsung tak lepaskan Ted, dakap kemah keming. Terharu tau bapak dia, tak sia2 usaha keras mengerjakan mesin game tadi.



Sangat meriah, banyak game tapi takder yang sesuai untuk monster. 
Tunggu la next year kalau nak terbang2 yer sayang, for now rekee2 jer dulu k. 



Snow White's dwarfs. 



Macam lukisan pulak dalam gambar... ini real tau. Patung2 real maksud I. 
Pehe dok?



Seluas2 alam pesta tu, workshop ni menjadi pilihan. Sini actually paling selamat untuk monster berdiri di atas kaki sendiri, less crowd... boleh la mak pak hilangkan lenguh sat.




U guys tengok, ada rupa monster tak? 
Nampak la tang baju tu berjaya dilukis, paras rupa langsung tak dak... ini jer yg tak puas hati. Mahal giler kot!!! heishh nak nak I suruh dia lukis balik, tapi tu la... malas nak kecoh. Dah la almost setengah jam monster melangut depan tu jadi budak baik kejap, unsangkarable!

Apple Strudel Simple

Simple ya amat, Monster pun boleh buat. (Tak agak2 la tue).


as always, jangan pandang pada rupa

Resepi ni pakai digestive beskut tu jah. Pakai biskut marie go round pun boleh kalu suka. Cara2 yg konon senang lenang tu:

1 cwn beskut yg dah dismash sampai halus - ini monster buat :p
2 sudu butter untuk gaul dgn beskut

6 biji epal hijau - dikulitkan dikupas dan potong wedges tak tentu arah pun tak kesah, jangan kecik sgt
3 sb gula atau sesedap rasa uol
secubit garam dan sedikit serbuk cinnamon (apa dah nama melayu dia?)
sedikit air

Sudah jelas pun kesimpelannya kan. Beskut tu gaul2 ngan butter, masukkan dlm loyang bakar, tekan2 sikit kasi rata, Reserve sikit untuk tabur bahagian atas sikit yer, atau boleh suruh anak2 smash lagi kalau nak 'kerak' lebih.

In a pot, masukkan epal pieces and the rest, cook until tender. Air letak sikit jer, just tak nak jadik gula hangus semata. once done, tuangkan dlm loyang tadi and taburkan lebihan beskut.

Bake in oven at 180degrees for 15-20mins or until kerak tu brownish, kalau suka hangit, teruskan proses pembakaran :p


that stall behind jual baaaaanyak sweets ;);)


Dulu2 kami suka beli yg dah prepaid pre-cooked tu, tp ada satu ketika macam rasa was was pulak nak makan (my mom cakap kalau was was tak leh makan). hehehe so kena la rajin buat sendiri bila datang kepingin tu.

nak menyelit
Tadi dah letak gambar mommy monster, now letak lagi sekali... tadi gambar separuh ni gambar penuh. (*o*)
pasni takder gambar monster dah, sumer gambar mommmmmmy nyer ok. Ala gurau jer. I sengal now, ngantuk tapi tak leh tdo. Kt tv ada Steven Seagal jer :(

Monday 26 November 2012

Ibu Susuan Monster

Umur monster dah setengah abad ni, tapi still duk bergayut susu cap gantung. She was fully breastfed exclusively for first 6months,and until now even dah start makan segala, dia tak nak susu lain, selain susu cap ibu. And she doesnt even want from bottle. Prrfftttt.



gigit pacifier pun terbalik

Kami mmg tak biasakan dia dgn pacifier pun, bagi just untuk dia gigit2 main2. Dia kdg2 suka tarik budak lain punya. And then sumbat balik mulut budak tu, kaki buli jugak la gaya nya. 




Ini lah ibu kandung, ibu susuan, ibu tunggul si monster hahaha. Tak latest sgt, picture masa monster umur baper bulan tah. Mmg takder gambar yg seswai untuk tayangan umum. Plus, I yg selalu jadik cameraman, so mmg payah la nak ada gambar sendiri. Ala.. u guys bukan nak tengok I sgt pun kan, suka monster jer (*o*)


I've been losing weight... a lot. Muka cengkung urat timbul berserabai, mata panda tok sah cakap la. Padahal tak pernah pun berjaga malam sbb monster kalau tdo jam 9mlm tu, sampai ke 7am esok nya baru dia celik, since baby. Lucky me kan. Tapi kenapa berat tak naik2 ni?? Makan sampai mulut jer penat nak kunyah, tak berenti. Is it because monster still BF and absorbs all the nutrients from me?


Btw, monster got my Tyra's forehead kan :p:p


Sunday 25 November 2012

Churp Churp

U know that sound yang certain orang buat bila "memanggil" someone? Macam bunyi makan siput sedut tu... yang muncung2 mulut mencicit bersuit nak kata bersiul pun tak.

I dont like it. 



Monster lately ni duk buat sound macam tu bila she wants something. Tangan duk gamit2, muka ala2 confident cool, and mulut muncung2... remind me of the scene in warung2 back in hometown. In addition, bapak dia cakap,  "U are so Malay la Sayang". Dangg!!! 

In my defence, I merapu la kat Mr yang.... alkisahnya kami Melayu ni masyarakat penyanyang,pemalu dan berbudi pekerti. Look at monster, she is such a loving girl, sopan suntun, how can she do something rude like that la. She just wants to give an appreciation aka bodek kiss. Kami Melayu mmg suka loving2 manja cenggini. Yang duk buat kat Malaysia tu, mmg depa nak kiss kiss tapi haram to give a real one, so jadi la lagu tu. Cehhhh.

Rasanya.... my husband buys my temberang or not? In monster's case, I am pretty sure she meant that as a kiss. 


Saturday 24 November 2012

See Sea


Melepak tepi laut last summer yang tak berapa nak summer. Sejuk kemain angin dari laut yg tak berpantai ni. 


Banyak kapal cruise, kapal layar, kapal selam dan kapal segala kapal kat situ sbb port depa pun. Bau busuk minyak tapinyer.... dan air pun kotor, merata najis serati. First time kot monster tengok real duck, kesian.... 




Monster cam biasa la, happy asal dia boleh keluar berjalan2 lenggang itik. Ramai jugak orang berpeleseran kat sini, especially warga tua. Sedut udara laut, sambil lumba jalan ngan monster.




This one funny, dia nampak ada girls lepak kat atas rumput bergedik santai, dia pun laju jer lari nak lepak sama. I risau sikit nak duduk2 lama kat situ sebenarnya, pacat.





She was too tired already, menangis minta dukung. Tapi kalau still cover ayu teriak  lagu tu, kami tengok jer la. Blom tahap kritikal guling2 atas jalan kan hahaha.

Nextime, we get on the cruise to Madagascar yer sayang... wink wink.

What girls don't know, girls don't need

Topik membeli dan membelah. Hari2 duk tayang Shopping Show kat tv, busan dah. Saya tak suka shopping. Percaya or not, saya mmg tak reti dan tak suka tak suka tak suka.

Orang kata, shopping ni terapi, tang mana yang terapi nyer? First of all, duit confirm habis.Then, masa terbuang membelek barang lama2 (I akan belek sambil pk pro and cons dari segala sudut), dengan fenin nak kena buat pilihan... tension tau, makin stress adalah. Itu blom masuk part nak menunjuk barang2 baru beli pulak (Ai la teww).


gedik kan I

Yang herannya, si monster suka shopping (yer, walaupun kecik lagi). Menurun pangai Oma dia kali. Kalau pergi mall, laju dia meluru masuk kedai siap belek2 barang. Dia tak kisah seharian kat kedai, mak nyer pun dia tak hirau. 



this mall ana yg punya

Ahad is the best day ke mall.... sumer shops close. Food court jer open so orang tak ramai, bebas la monster berlari marathon dengan mak pak dia terpaksa lari berganti. 


hello...buka la kedai, nak sopin ni.

I still shop from time to time tho, depends on keperluan especially stuff for monster. Itu pun kalau betul2 perlu baru pergi ushar. Bukan apa, I jenis malas beli satu dua benda jer, kalau boleh nak beli sekali harung, so tak payah nak fenin2 shopping again and again and again.

Basically, I hold on this simple rule of thumb ~~~~ "what I dont know, I dont need".


Pada yang suka shopping, teruskan minat dan usaha anda, I memang respect u guys (my mom, MIL and most my frens adalah kaki sopin). Care to share tips not to stress over shopping? Or shop for me perhaps (*o,*) 

Friday 23 November 2012

Monster the Thinker

What happen when u disturb a monster pondering?? 




See that "if look can kill" face. 


Prrfftttt... titew tatut tau!

Thursday 22 November 2012

Murtabak Daging Simple

Yang sedap. Tak tipu, siyes. 


motif?

Happy dapat bunga, tu pasal buat murtabak pun tetiba jadik sedap. (Ada satu pakcik dalam tren kasi bunga ni kat monster, bukan kasi Ai punnnnn :p) Tapi balik umah kalut tunjuk my hubby cakap ada jejaka di luar sana ngorat I... And he said "bagus la". Chitttt!!




Berhempas pulas nak dapat doh yg best tau tak, dah berpuluh kali try, berkali2 tak jadi. Alast, rezeki bunga... hehe. Self reminder for future, jangan letak banyak minyak atau butter masa menguli, but during the canaian itu. Rasanya I sendiri tak kan faham apa yg I tulih ni. Resepinya.....

Bahan Doh:
2 cwn tepung gandum
1/2 cawan air
1 sudu butter
garam

Campur semua dan uli sampai lebam. Rest kan kejap, and uli lagi. Renjis2 kan sikit minyak masa rehatkan doh.


Bahan inti
8 kentang (potong kecil dan rebus)
1 cawan ground beef
1 bawang besar potong dadu
1/2 ts garam masala
4 biji telur (reserve)
salt and pepper to taste

Campak jer semua bahan inti (kecuali telur) dalam kuali, masak half done pun tak per. In another bowl, whisk telur a bit, then masukkan bahan inti tadi, kacau2.

Letak inti atas doh yg dah ditebar / dicanai/ ditarik / disentap nipis dan lipat ikut suka macam I buat. Lubang sana sini sikit2 takper, nnt time masak dia akn tutup sendiri, asal jangan inti tu sumer terburai kuar sudah. Campak atas kuali and cover. Cek kalau dalamnya dah masak, boleh la angkat dan ngap terus.



Mr puji cakap sedap sangat, and maybe I boleh berhenti mencanai untuk a while sebelom dia termuntah roti. Dua minggu berturut2 tau I buat roti canai, everyday. Hak hak hak pujian dia hanya untuk tutup buku canai. Tak kisah laaa... janji my monster santap.


Viba Nougat

Danke fur alles.

cantik tak?


It is our last session for mother and kids course this week. Sedihnyer... walaupun once a week jer kelas ni, tapi banyak membantu especially dalam hal2 parenting. Monster pun enjoy jumpa gang main panjat2.


Also, last doctor session for monster jugak, for this year at least. Dia dah settle sumer vaksin yg penting, next one bila dia umur 5thn pulak, but next year ada lagi medical check up dia. Apa yang bagusnya kat sini, dorang akan pantau hal2 kanak2 sampai mereka berusia 11 tahun. Jangan main2, kalau u kasar2 with ur kids, or tak jaga dorang elok2 kan, nnt pihak jabatan sosial blh ambik anak dari u ok (so I was told).


cantik cantik cantik


Apa yg sgt impress I, sumer yang dorang provide ni free, with very good services. Doctor siap excited tiap kali jumpa kitorang, syok bercerita pasal Malaysia... errrr mostly about makanan ler hee hee. Tapi, Doctor duk mention pasal nasi ayam many times dah, duk mengeluh nak makan tapi tak reti buat. I rasa terkilan la jugak sbb I sendiri tak reti nak buat, takut jadik nasi untuk ayam jer. If not, mmg dah lama I bungkus ayam golek2 limo ploh ekor kasi doctor ngan staff kat sana sbb mereka sangat baik.


tak cantik?


Masa kat KL dulu, monster selalu jumpa itu Dato' Dr. Hmmm..... menunggu berjam, jumpa tak sempat habis kentut, bayar beratus. So kenapa jumpa itu Dr? - Pasai leceh nak tukar2 doktor time tu since temporary jer. Masa nak terberanak tu la Cik Misi sebok suruh pilih pediatricians untuk baby, so I main tunjuk2 name list macam beli kueh kat pasar malam. So stuck la dgn doktor tersebut untuk few months. Takper la, at least ubat dia berkesan.

Motif tepek gambor bebulat bepetak segala?? Sajer nk show off haha. I suka sesangat benda2 ni, sayang pulak nk lepaskan haha. Ia adalah chocolate dalam bekas yg santekkkk I nak hadiahkan to the staff yg banyak menulun, early xmas present to them since my course dah to the end.


nak 50 bijik? 

Saper nak ceklat ni??? Kena la berebut ngan monster yer.


Wednesday 21 November 2012

Kids Saying

Words that coming out from those cute little mouth. No la not Monster, she is still with her duck language.


monster dolu2 rambut pacak

Gambar monster with her cousins masa kat KL. Whoooaaa yg ber2 tu boleh tahan ligatnya. Mulut rancak macam Makcik Temah.


Ada sekali tu I warning dorang suh duk elok2 ...

Me: (muka paling bengis bugis ni) Korang dua better behave, jgn sampai Aunt cubit, kang tak pasal masuk hospital.
Si Adik: Hospital mana Aunt? (very interested face)
Me: ........ (hanya mampu tengok mak dia yg dah sengih2 kambing)


Yang sorang lagi tu pulak, kalau nak mengadu pasal mak dia, bahasakan mak nyer "Kakak". Boleh gitu? Pergi kat Oma (nenek), kabor pasal mak dia sendiri nih.. "Oma, Kak Ain (my sister, yakni mak dia) tak bagi ceklat". Nasib baik la so far Monster panggil I "baby" jer :p


Yang paling lawak masa Si Kakak sibuk nak solat (orang baru masuk sekolah, eksaited dia lain macam sikit). Tengah nak angkat takbir, dengan semangat nya dia baca "Allah....humma ba... rik la na....". Takper la, nawaitu yang penting kan, tapi orang lain yang tak berapa nak kukuh imannya ni nak solat pun tak khusyuk dah.


Ini adalah antara banyak2 funny things I heard from the kids. What is yours ;)


I miss the girls so so much. I never slap,pinch, flick them or however, thats why la dorang tak ambik port apa I cakap :p 

Penat Mulut I Mengemas

Huh, mama selalu komplen sepah sumer kan. See la who does all the house chores :p


calon untuk anugerah pelakon terbaik


membebel... 

Baru lap sikit, mulut pot pet pot pet sampai ke Pengkalan Che'pa. Siap tunjuk2 kotoran yg mama tak sempat nak bersihkan. Fine sayang, u clean better than me, bravo! Just I hope this will going on till u are capable enough to really do this.

Thanks love for helping.

Tuesday 20 November 2012

Chocolate Crepes and Mix Feeling

Lempeng bercoklat, just something simple untuk kudapan petang. Wahhh cekema. Saper yg paling excited dapat Nutella? hehe.... teruja sampai menangis.

nutella, mix fruit jam crepes


sampai ke siku


sila abaikan seluar koyak tu yer


muka comot, tapi tak nampak tak per..


menangis pasal tangan "kotor"


terbongkang penat buat crepes 

She says "ter teeee!!!!" (dirty). Dah habis sebotol nutella tu baru nak dirty, cehhh.

Next coming ~~~~~~ Durian Crepe!!!!! I wish.

Monday 19 November 2012

Fish Roll

More like sardine roll, tapi guna fish fillet. Sesuai untuk yang tak suka rasa sardine dan yang tak reti pusing2 karipap, like yours truly here. I suka kulit yang rangup tu, and filling nyer kalau makan ngan roti jer pun sedap. Cuba la...



Oven baked fish roll

Bahan inti
Sekeping Lach fillet atau apa2 isi ikan
1 bawang besar hiris nipis
2 ulas bawang putih hiris nipis
1 biji kentang diparut
2 sudu besar sos tomato
2ts serbuk paprika (blh ganti dengan cili paste)
salt and pepper
Minyak untuk menumis

Tumis the bawangs, once layu masukkan kentang dan isi ikan. Add in sos tomato and the rest, season well. Tambah cili padi potong kalau nak lagi pedas.
*Kalau pakai sardine dlm tin, no need sos tomato. 

Untuk Doh:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan minyak gas masak or 3 sb butter
secubit garam dan air

Gaul tepung bersama garam dan minyak (or butter), kemudian masukkan air sikit2 sambil uli. Once dah sebati elok tak melekat, kira ok la tu. Rehatkan kejap, kesian dia kena buli tadi. 


And then......
Malas nak citer panjang


Bake in oven at 200degrees selama 20mins lebih kurang. Can deep fry if prefer (*_,*)



Sunday 18 November 2012

Ich Bin Ein Berliner...


Picture tells a thousand words, lahhh sangat. Monster doesn't let me type, so post pics jer la. 

Some old cathedral


monster muka buhsan

Infocenter

Berliner Dom

Of some warriors

and more



A University, see monster semangat.

Brandenburger Tor



tak manjat tak sah



street performance

Ini time jejalan 2 months back, time belom sejuk yg melampau... just around Berlin city ni jer. Nothing much kan, just old buildings, old old old. Shopping malls kat sini pun tak banyak, kecik2 ala Amcorp kat PJ tu jer. Dah la Sunday all close, so layan bangunan jer la. Lucky boleh cuci mata... tetttttt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...